Mujahadah mencari keredhaan ILLAHI..

Friday, January 28, 2011

ISLAM GENETIK vs ISLAM HIDAYAH


Salam Sayyidul ayyam..
penghulu segala hari..
ALHAMDULILLAH..
dengan inayahNYA masih mampu menghirup udara yang dikurnia ILLAHI..

pagi tadi, saya sempat untuk menghadiri sesi tazkirah
dan ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi..
sebagai bekalan untuk diri dan kalian..
tajuk tazkirah kali ni adalah..

ISLAM GENETIK vs ISLAM HIDAYAH

definisi :

Islam Genetik : islam yang dianuti dari keturunan atau warisan. biasanya orang melayu.
Islam Hidayah : islam yang dianuti setelah mendapat Hidayah dari ALLAH s.w.t

prof. HAMKA : " umat islam hari ini perlu bersyahadah kali kedua, kerana seolah syahadah islam yang pertama tidak diredhaiNYA."

umat islam sekarang menyimpang jauh dari umat islam terdahulu.
perbuatan, kelakuan umat islam hari ini tidak menunjukan keindahan islam yang sebenar..malah menimbulkan fitnah dari orang orang kafir. sehinggakan mereka memandang orang islam ini lebih hina dari kaum kaum mereka. tidak perlu pandang jauh ke negeri luar, lihat saja di negara kita yang tercinta ini..

sedih kan?..untuk hidup di zaman yang penuh dengan fitnah dunia ni..lihat sajalah berapa banyak jenayah atau masalah sosial yang berlaku....malah,perkara perkara maksiat dan jenayah ini sudah dianggap biasa bagi kita.. dan, paling memilukan, golongan yang terlibat dalam masalah ini adalah, orang melayu yang beragama islam..
astargfirullahalazimm..:'(

di mana?
kita letakkan diri kita, bila mana saudara sebangsa dan seagama kita berperilaku demikian?
atau, kita jua terlibat sama dalam hal begini..atau, mungkin jua kita jua menyumbang kepada permasalahan ini..?

antara masalah yang paling ketara dan sudah menjadi biasa :

# pembuangan bayi : setiap 17min : 1 bayi luar nikah dilahirkan..
# pembunuhan berleluasa
...............

dan,
budaya umat islam hari ini yang dikatakan tanpa sedar 'menjual agama':
> tidak sembahyang,puasa
> couple
> berzina
> menyebarkan article/photo yang menhina agama islam. .
> kepercayaan kuat kepada adat : bersanding* ketika kahwin dsbgnya..
-dikatakan adat bersanding ini boleh dilakukan, tetapi secara tertutup dan hanya dilihat oleh adik beradik terdekat sahaja.
> filem atau drama yang mengandungi unsur unsur syirik/khurafat.
> buta agama, buta AlQuran.


astargfirullahalaziim..
terlalu banyak keindahan dunia ini yang melalaikan kita..
fikiran umat Muhammad s.aw kini dijajah oleh anasir anasir jahat yang ingin mencelarukan perpaduan umat islam. kesannya, kita jauh tersasar dari kehidupan beragama yang sebenarnya. budaya beragama sudah lapuk ditelan kemewahan dunia yang fana semata, hingga mengaburkan umat manusia tentang penghidupan di kampung akhirat sana..

zaman hari ini..
facebook..blog..
yang amat berleluasa di minda masyarakat dunia kini.
tidak dinafikan, aku juga di antara golongan ini..
bagi aku, penggunaan Fb / Blog ini terpulang pada si pemiliknya..
jika, diguna sebagai medium untuk mencari ilmu, itu tidak salah..namun, jangan melampaui batasan. aku juga kadang2 terlalu taksub dengan FB bila fungsinya yang mendekatkan kita dengan kawan sahabat handai dengan cepat,senang..tapi,kita harus bijak menggunakan medium ini untuk menimba ilmu dan memperoleh ilmu sebaik mungkin..
bukannya, utk menambah dosa..

INSYAALLAH..
ingin jadi lebih berhemah pasni..:)
kawan2 juga ye..

ust juga menceritakan..
ade seorang pakar bahasa yang memberi pendapatnya kepada beliau..
tentang perkataan ISLAM .
soalnya : " diantara Islam dan islam yang manakah yang menunjukkan agama islam ini adalah praktikal dan merupakan agama yang boleh diterima di seluruh pelusuk dunia??"

katanya lagi : Islam yang ditulis dengan huruf 'I' atau merujuk kepada satu kata ganti nama Khas. sepatutnya ISLAM ditulis sebagai islam menggunakan 'i' yang merujuk pada umum atau kata kerja. kerana islam bukanlah satu kata nama, tetapi kata kerja..bukankah islam itu praktikal, dan harus dilaksanakan..bukan hanya satu kata nama seperti yang dianggap masyarakat dunia kini..

ustaz : boleh diterima juga pendapat dari pakar bahasa ini..memang sekarang islam hanya tinggal pada nama..?? kn?..


benarlah,
Rasulullah s.a.w bersabda :
" akhir zaman ini, islam hanya tinggal pada nama.
akhir zaman ini, ALQuran hanya tinggal tulisan".

naudzubillahiminzalik..:(


inilah dunia akhir zaman..
sudah jelas, makin banyak tanda tanda kiamat itu makin mendekat dengan dunia ini..
bilamana, zaman ini mengulangi zaman jahiliyyah dahulu kala..

rasulullah s.a.w juga bersabda :
" aku, bila diutuskan di dunia, maka kiamat sudah dekat"
- diumpamakan seperti dua jari, iaitu jari telunjuk dan jari manis yang dirapatkan..namun ukurannya tidak pasti, dari segi beza tinggi kedua jari ini atau ingin mnunjukkan kerapatan kedua dua jari tersebut..wallahua'lam..


jadi..
apa yang perlu kita lakukan?..
mungkin tidak untuk merubah orang lain..tapi mulakan dengan mendidik jiwa kita dahulu.
akhir zaman : time to deliver
masa untuk melaksanakan..
bagaimana??

1) beriman kepada ALLAH s.w.t
2) beramal soleh.
3)tegur mengur dengan penuh kesabaran.
4) amalkan budaya 'tanassuh' - nasihat menasihati.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)
Al-Asr : 1-3

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
As- Saff: 8
kita harus didik jiwa kita..
jangan sesekali memandang remeh soal agama dalam semua hal..
merubah cara hidup kita berlandaskan agama islam yang sebenar.
bersama kita sahut seruan ini,

" saya mestilah muslim dalam ibadah."
"saya mestilah muslim dalam akidah"
"saya mestilah muslim dalam akhlak"
"saya mestlah muslim dalam berkeluarga"
"saya mestilah muslim dalam berkawan"


islam hidayah : walau dengan apa cara atau matlamat sekalipun, islam menerima orang yang ingin memeluk agama islam secara terbuka kerana ianya adalah hidayah dari ALLAH s.w.t.

tugas kita sama.
tidak kira islam genetik mahupun hidayah.
kita harus mengembalikan kehidupan beragama pada zaman hari ini..
dengan cara,
menzahirkan iman, menonjolkan kehidupan beragama dan tidak membeza bezakan sesama manusia,malah sama menasihati dan beramal soleh semata mata mengharapkan kesenangan di akhirat sana..
INSYAALLAH..



" jaga agama ALLAH, dan ALLAH akan jaga kita",
~cahaya~
>280111<



~LANGIT ILAHI : Hiburanku:~

salam alaik..
selamat pagi..
salam penghlu segala hari...:)
moga hari ini terus diberkati...

ALHAMDULILLAH..
masih diberi kesempatan untuk berada di muka bumi ini.
untuk..
meneruskan rutin harian dan meningkatkan rasa cinta ini padaNYA...
bangun pasgi2, terbelek kalam satu puisi indah dari halaman sahabat..
sungguh indah puisinya..
hayati...


Kala sedih,
aku cari hiburan untuk jiwa
memujuk hati yang terluka,
membelai jiwa yang berduka
pelbagai hiburan wujud di atas dunia
tetapi kebanyakannya hanya penawar sementara cuma

tetapi aku selak mushaf itu,
jiwaku terhibur dengan deretan cerita
kamu tahu, mushaf itu amat istimewa
hingga selepas itu dukaku terpadam semua

diceritakan di dalamnya kisah ibu Musa
bukankah mustahil untuk pacal israel sepertinya menembus istana
tetapi Allah dengan kuasaNya
membalas Yukabid yang mentaati perintah
lantas dipulang Musa ke dalam pangkuan pengubat gundah

diceritakan di dalamnya kisah seorang budak yang ditinggalkan saudaranya
bukan sekadar diuji dengan dikhianati keluarganya
bahkan pernah digoda dalam bilik terkunci
juga dipenjara
tetapi Allah dengan kuasaNya
membalas Yusuf yang mentaati perintahNya semua
lantas diangkat Yusuf menjadi pemerintah yang berjaya

diceritakan di dalamnya kisah seorang lelaki yang menyeru kebenaran hakiki,
namun dilempar rajanya ke dalam api,
tetapi Allah dengan kuasaNya
membalas Ibrahim yang percaya tanpa ragu kepadaNya
api menjadi sejuk melanggar hukum asalnya

Maka aku kembali kepada diriku,
besar masalahku, besar lagi masalah mereka
hendak dibandingkan penyelesaianku, oh mudah sahaja
maka mustahil Allah yang membantu mereka akan meninggalkanku begitu sahaja
maka mengapa aku mesti berduka dan berputus percaya?
Bukankah Allah yang ada dengan mereka,
di sisiku juga Dia ada?

Aku terhibur
dukaku melebur
senyuman terukir
kesedihanku meminggir
yakin
itu tidak akan membuatkan aku tersingkir

banyak lagi cerita penawar duka,
banyak lagi kisah membawa cerita,
belum diungkap ayat-ayat sakti di dalamnya
semua pada mushaf itu,
hiburanku yang terulung di kala duka
hingga kini,
hanya senyuman kepuasan yang beraja


credit to :
~Hilal Asyraf~
>270111<

Thursday, January 27, 2011

~ingin terus mengembara~


Bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum w.r.t...
Salam dan selawat ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat baginda yang senantiasa dirindui sepenuh hati ini..
Alhamdulillah atas kurniaan nikmat Iman & Islam yang kekal dalam dada ini sehingga hari ini..Moga hati ini sentiasa melahirkan suara yang lantang untuk memperjuang agama, menzahirkan fizikal yang membenarkan kata kata dan iman yang menetap dalam dada sebagai mutiara tasbih padaNYA YA RABBI...
ALHAMDULILLAH...
menikmati hari yang baik ..dgn penuh ketenangan dan kedamaian kurniaaNYA..
sungguhpun,
memang tak terucap lafaz betapa aku bersyukur dengan segala nikmat kurniaan DIA.
namun, aku masih belum mampu jadi yang terbaik untukMU..
Hitunglah kesyukuranmu, bukan kesukaranmu…besarkan nikmat kita pada Allah, kecilkan rasa ujian yang ditimpa ke atas kita.”
INSYAALLAH..
bilamana..diri ini masih mampu berdiri dengan amanah yang TUHAN berikan..diri ini sentiasa ingin berjuang untuk diri ini memperbaiki kelemahan..kekurangan..yang ada,untuk terus gagah melangkah di mujahadah ini..

terus mengembara ,
~cahaya~
>270111<




Wednesday, January 26, 2011

~ jom belaja menjahit..:)~


assalamualaikum..

hi everyone..:)
alhamdulillah..syukur terhadap ILLAHI dengan limpah kurniaan yang MAHA ESA pada diri ini agar terus menikmati penghidupan di muka bumi ini..
alhamdulillah..
jiwa ini tenang melalui hari ini..
alhamdulillah..
keja hakiki juga dapat dilaksanakan dalam suasana tenang dan damai sekali..:)

tak banyak sgt keje ari ni..
maklumlah awai tahun..sample and case pun baru nak merangkak2 naik bilangannye..uhuhu..
ari ni juge ade satu jamuan bufday untuk JAnuary babies..
antarenye ialah : EN.Basir, Pn.Maznah dan En.Firdaus..
dan..cam biase la i..
si tukang buat air merangkap 'tea lady' of integrated lab..haha..:p
dipuji puji dek air teh yang 'kaw' itu..ahaks..
xtaula..tang mane yang sodap itu..
sampai aku pon da xlalu nak minum air y ku buat sendiri.
klu nk mnum teh, rela pi beli..aishh..
(~_~")..

hehe..
oke.. back to tajok..
ari ni i nak blaja menjahit..huhu..
da tadik si bakal penganian ade bawak stock die punye cik luve2 y belum siap.
so, i mintak le sikit tuk wat balik ..
hee..sbb nk blajo..
lagipon.borink tahap gabanz duk umah..so, better isi ngn bende2 gini rite..
nampak la juak kepempuanan tuh..wek..:p

ok.
sementelah itu..meh la nk tunjuk2 sikit gimane nk wat 'cik luve ni'
sbg reminder wat aku y sokmo2 lupe..huiih..:p

ok? get redy?


jom!

lalalala....

bahan bahan yang diperlukan adalah :


kain felt y dipotong mngikut citerase tersendiri..

en. benang..(warne ikut sesuai)

miss gunting utk cut2..

cik jarum..


redy?
sume ni senang didapati di pasar mane2..


SOP..
ek..standard of procedure..:P
ataupun..
care care membuatnye..

1. masukkan benang ke dlm jarum, panjang benang main agak-agak je..huuhu..
2. then, potong kain felt ikut bentuk yang anda nak..cth y dibuat ni, btuk love..double layer..so..love ni dipotong kpd 2 saiz berbeza utk wat layer gtu..


love double layer.

3.ok, pastu letak luve pada kedudukan y betul dan mulakan jahitan dr bawah kain felt tersebut spt gambar dibawah..

abaikan tangan yang cantik itu..:p

4. then, jahit benang mnggunakan jahitan insang pari. sila rujuk di sini.
5. jahit di sekeliling bahagian luar love ...

hasilnya..


hek..sile kemaskan jahitan anda..:P

dan..siap!!

so, da siap la project DIY kawen2 ni..hehe..
senang kan?..:P
leh cube lagi wat yang lebih kretip mengikut kreativiti masing-masing...:)
ok. babai..^_^

Tuesday, January 25, 2011

~ suka itu duka?~

bismillahirrahmanirrahim..

kalau tadi aku gembira2..tibe2 air mate aku laju berderai..
suke itu duka kan?...
hmm..ini adalah kenyataan yang aku hadapi..bukan kali ni je..tapi dah banyak kali...
bile aku terlalu gembire..mesti ia satu petanda yang ade sesuatu yang akan buat aku menangis nanti..


entahla..perasaan ni tiba tiba datang..
*sigh..

tadi, memang terdetik  di hati aku..
"kenapa aku gembira sangat ni?..mesti aku nak nangis ni"..

dan..
ternyata..
apa yang aku rasa..
apa yang terdetik..
semua itu betul..
:'(



YA ALLAH..
kau tabahkan hati hambaMU ini..
aku terlalu banyak mengecewakan perasaan orang yang aku sayangi..
kau ampuni aku,YA ALLAH..

semangatku rapuh..
bila pautan yang aku genggam itu patah..

jiwaku hiba,
bila hati dia aku lukai..



kecekalan...ketabahan..kekuatan...
semua itu hilang..
hanyut dibawa gelora yang sedang melanda jiwa...
aku pula terumbang ambing dilambung arus..
bagaikan tiada pautan untuk terus bertahan..
tika ini..
aku hanya mengingati DIA..
yang akan memulihkan semangat jiwa..
yang akan kembalikan diri ini ini tenang menempuh gelora..
-
-
-
-
-
-
-
-

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (8)

AS-SYARH : 94



astarghfirullahalaziim..
ya TUHAN..ampuni daku..;'(

>250111<




be kretip....do krafting..

hi me blog..:)
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..masih sempat menyempat untuk mengapdet sedikit blogku ini..sedikit coretan harian yang ingin ku calit di sini hari ni adelah....jeng..jeng..jeng...hasih..xsuprise pon!?!?!..:p
:: be kretip..do crafting::
huhu..satu fenomena gak ni....ala ala season crafting kowt..hek..
terpengaruh sedikit ngn rakan sebaye..berbuat crafting2 ni..mnyebabkan aku gedik gatai nk buat buat kretip..uhuhu..walopon mmg sedor diri ini idokler kretip pom aih...he he..
maafkan saye..^_^

nak dijadikan citer..adela sorang colleague aku kat lab itu nak melangsung kan ari bahagie die xlame lagi..bulan 5 kowt..INSYAALLAH..
so..ari2 die akan buat crafting2 sume ni waktu pree kat lab kami..
huk..huk..
naseb bek bos agak spotim jek..wat xkesah..haha..lagipon mmg xdop kije..sume setel..
haha..riak..~_~'
so..bile da hari2 duk tengok punye jeling..lame lame tertarik la plak nk cube cube buat..
so arinie..bile dah mmg xdop kije sgt kat lab itu..
apo laei..aku n de geng mule berproject kawen2 ni..:p
mule mule..aku tukang gunting2 cik love je..
pahtu..da tgok cik nuyul n cik teha masyuk je duk jahit cik luve tu..rase teringin nak cube..ahaks..
ok..
setart la blaja..pakse suh cik teha ajar..haha..

ok..yang ni malu nk citer..tapi nk citer jugak..yaiks!..:p..so, utk menunjukkan kegigihan aku nak blaja menjahit benda alah ni..aku da siap2 cucuk benang masuk dlm jarum..punyela aku tekun..tibe2 cik teha (SIFU) bersuare...

cik teha : " aik..pegang jarum mcm nk cucuk orang!..(ala ala ganas gtu la)..
aku y malu : ala..da lamexpegang bende2 cm ni..huhu...
(malunye..tapi, mmg siyes rs kekok pgg jarum y first tuh)..wek..:p

so, tanpe melengahkan mase..aku pon memakse cik teha ajor aku..haha..mule2 kekok ..pahtu makin lame makin best..huhu..so, pas siap satu aku wat lagik..dan buat lagi..dari cik luve 1 ke cik luve 2..ade jugak kemajuan sikit ..tapi cik teha komen lagik..

cik teha : wei, cube lembutkan tangan tu sikit...pegang jarum cm keras je..hahaha..
aku : ala..nampak je gini..tapi penuhdengan kehalusan tauk!..haha..agak riak di situ....
(walopon mmg jahitan aku lintang pukang..tapi oke la tu..)

sbg bukti..
aku xsnap gambo2 tdik..huhu..xpela.len kali kalu smpat aku kasi tgok itu cik love versi aku..haha..

da la..aku ni lembab sikit bab2 kretip metip ni ha...
mmg fist2 x bape nk jadik la..hoho..buruk..
pelbagai ragam aku tgok jahitan aku...
then,
aku berjaye siapakn lebih kurang 5/6 cik luve kot..uhuhu..
seronok plak..walopon agak2 kurang perfect gtew..huhu..
maafkan saye..;)
i'll try de best!..

pahtu..aku mule la duk berangan..nak wat mcm2...bile da pandai menjahit ni..aku rase best pulak..huhu..saje2 wat suke2..hilang kn rs boring ..leh isi mase lapang kn?..huhu..insyaALLAH klu rajin ..aku nk beli kain felt ni..then reka2 wat sdirik..huhu..chaiyok!!..ngeeee...
aku memang...semngat benda baru2 ni..pahu hampess..hihi...SOWI!!..:)

ok.
bagi yang blur2 cane si cik luve tu...ni ade sikit gambo..yang dikidnap dr blog
cik miss dicup shoppe..
yang merupakan tukang idea kepada bende2 crafting ni..huhu..
cantek..menarek..tertarek la..
aku suke..cute gile...
aih..bile la nk jadik rajin cam miss dicup ni..hmmm??..~_~"

hehe...TQ missdicup..
bole majukan bisnes anda lagi..
n..
klu perlukan assistant jahit menjahit ni..i ready je..janji byr lebey..heee..:)

ok.
sile tgok cth ye..


cik love : keychain


cik luve ugak.


cik dadu..

kiut miut kan??
hehehe...


berkenan betul i am..huhu..da order satu hp strip da..
sebb comey sgt..hee..:p
so,pasni..nak try wat sdri..hehe...


mood ari ni: epi epi saje..sebab gaji da masuk..^_^..tapi , tetap kene berbelanje secara berhemah sebab bulan ni memeng budget sendat padat..hoho..nk kne balik kg n ke KL....my kezen nak tunang..nk xnak kene gla..huhu..:p
week plan : balik kg dis weekend..jumpe frenz n family..uhuhu..oyeah!!..:)
ok.la..tata for now..rest jap..^_^...

aku, yang sdg berangan,
~cik madey~
>250111<

Monday, January 24, 2011

:: PENGINSANAN ::

salam ukhuwah..salam 19 safar 1432H bersamaan 24 Januari 2011..
mase yang makin pantas berlari..hmm..mengeluh lagi kat diri sendiri..>_<"


back to tajuk ..::Penginsanan::
sebenarnye..tajuk ni adalah inspirasi dari ucapan tuan pengarah siang tadi..dalam perutusan pengarah 2011..by DR. RAMLI SAAD...
Alhamdulillah..kerana diberi peluang untuk mendengar utusan dari pengarah yang sangat memberi inspirasi pada warga staf IPPT termasuk diri ini..insyaALLAh akan dimanfaatkan sebaiknya...
bertemakan "PENGINSANAN IPPT MELALUI PEMBENTUKAN NILAI WARGANYA"..
beliau menegaskan bahawa penerapan nilai- nilai murni di kalangan staf IPPT sangat penting dalam menggerakkan organisasi untuk pembangunan negara..tema ini diaspirasikan oleh NC USM, dato' Zulkifli dalam ucapan perutusan beliau baru baru ini..
"Nilai-nilai kemanusiaan penting untuk dimakmurkan kembali dalam universiti dan IPPT kerana ia menjadi asas untuk mencorakkan kesempurnaan bagi pembangunan organisasi dan juga negara."
Katanya," nilai adalah satu keyakinan yang tinggi yang menentukan apa yang diyakini benar, baik dan betul seterusnya menjadi penentu dan pendorong untuk seseorang itu membuat keputusan dan tindakan."
"Justeru, amat wajarlah nilai warga IPPT diberikan penekanan agar dapat menghasilkan KPI yang lestari, berkualiti dan bernilai".

“Nilai adalah keinginan yang menyala-nyala dalam diri yang menyebabkan kita terdorong, sanggup berkorban dan rela menempuh kesusahan demi mencapai tujuan yang dipahatkan dalam Visi dan Misi IPPT.” katanya kepada warga IPPT semasa menyampaikan Perutusan Tahunan Pengarah bertajuk Penginsanan IPPT Melalui Pembentukan Nilai Warganya.

dipetik dari ucapan DR RAMLI..

emm..
sangat bermotivasi kan our pengarah?..hee..
honestly,
untuk berada di bawah pimpinan Dr.Ramli adalah sangat membahagiakan..
beliau adalah seorang ketua yang mesra..dan yang palig penting beliau menerapkan nilai kerohanian atau kespiritualan(rujuk kamus dewan..xde?..:P) dalam corak pimpinan beliau..
ape taknye..
tahun lepas je..beliau menggalakkan semua warga staf untuk menghadiri kursus ESQ 165..dengan sanggup mengambil risiko melaburkan rm1k + /person..untuk menyertai kursus tersebut..bukan calang2 keputusan yang diambilnya..
ternyata..kesan dari kursus kepmpinan itu sedikit sebanyak merubah personaliti atau nilai yang dipegang oleh setiap warga stafnya..beliau percaya..inilah satu cara yang amat berkesan untuk meningkatkan daya diri seseorang ntuk melahirkan sesuatu yang luar biasa hasilnya dari setiap stafnya....begitu juga isu KIP and KPI yang dijelaskan beliau..
Key Intangible Performances (KIP) disamping Key Performance Indicators (KPI) ini perlu dihayati dan dijadikan amalan agar kecemerlangan dapat diteruskan dengan nilai-nilai moral yang positif.


INPUT : RUKUN IMAN -----> PROSES : RUKUN ISLAM -----> OUTPUT : IHSAN/NILAI/TAQWA
tertarik dengan satu falsafah dari 'Albert Einstein' yang pengarah kemukakan.
" not everything that counts can be counted and not everything that can be counted counts"
lebih kurang ginila..tapi xsure sgt..nt reupdate balik..;)
asalkan maksudnye sudah tercapai..untuk saye..he he he..
explain cket la : maksudnye....kita harus bergerak atau memajukan diri/ organisasi untukmencapai satu target yang disasarkan..sebagai contoh KPI and KIP..yang merupakan performance indicators bagi IPPT..yang menetukan hala tuju APEX yang dijuangkan bersama USM. namun, di sinilah boleh wujud..suatu penghalang atau kerosakan kepada nilai yang tulen dari dalam diri setiap insan. sebagai contoh , ketamakan,penindasan,dan sbgnya..jika tidak dihayati dengan betul....maka, walau seberapa tinggi pencapaian yang ingin kita capai..kita jangan sesekali meninggalkan saham untuk akhirat jua..
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
surah AL-ANa'm 6: 32
ucapan nilah yang amat menyentuh hati ini..rasa tersentuh bila mengingatkan diri yang kadang2 lupa..langsung melupakan bahawa segala usaha di dunia ini hanya bersifat sementara ..yang kekal itu, adalah di kampung akhirat sana..dan apakah bekalan yang akan di bawa di sana?..di dunia ini hanya ujian buat manusia......
"ya ALLAH..kami mohon..kau iringi perjalanan kami dengan rahmatMU yang maha KAYA ya ALLAH..kami meohon agar kami senantiasa di bawah lindungan kekuasaanMU ya ALLAH..pelihara nikmat IMAN dalam dada kami...istiqamahkan kami pada jalan agama kami...andai ilmu yang kami cari ini kotor..sucikanlah...ya ALLAH..apa yang kami lakukan ini ..terimalah sebagai mutiara tasbih kami kepadaMU ya ALLAH...jadikanlah apa yang kami kami kerjakan ini..ibadah kami kepadaMU ya ALLAh.."

jadi..
haluan kini perlu berubah...
diri ini perlu berubah...
untuk meyakinkan pertemuan dengan ALLAH SWT di kampung akihrat sana..
INSYAALLAH..
kita juga..jangan terikut ikutkan orang lain..yang penting diri ini harus dipagari dengan pagar iman.
INSYAALLAH..
perjuangan di mujahadah ini masih panjang dan memeritkan..
moga diri ini kekal tabah..dan kuat di sepnjang perjalanan..
INSYAALLAH..

credit to pengarah yang memberi inspirasi tulisan ini..
ALHAMDULILLAH...nukilan ikhlas dari aku,
~cik madey~
.240111.















::motivation::


salam alaik..

Alhamdulillah..

bercerite mengenai motivation..wat actually make me to talk bout dis..hmm..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
adelah..hee..;)
one of it : sebab saje..:p..terlebih motivate diri kot hari ni..uuhu..
juz for share..
...
...
....
....

ok.start now!
'motivation' dalam bahasa melayunye adalah ' motivasi'
yelah..setiap orang perlukan motivasi unuk improve diri menjadi lebih baik dan baik dari apa yang kta ada sekaang ni kan?!..malah, kita juga harus
mempertingkatkan ketaqwaan dan kecintaan kita terhadap ILLAHI...INSYAALLAH..
"Dear ALLAH..guide me along the way"

back to story..
semalam..
ade seorang kawan..meluahkan ketidakpuasan hatinye..tentang persekitaran /environment keje..means....included people around the work place.
katenye : is it wrong to be playful / not matured?..n many people complaining bout him/her..so..die sedih..n maybe rase down sikit..
erm..mule2..die xmau citer..
but then.selpas dipujuk rayu.
.akhirnye..die meluahkan ap y terbuku di hatinye..
mule2..rase takut jugak..sbb risau..selama ni..kate2 aku ada menyakitkan hati die ke?..huhu..sebab memang suke main cakap lepas je i neh..mane la nk tahu kan..terlepas satu due kate..uhux!..>_<'(nyesal)..

*rase bersalah~_~'*uhuh..
SORRY MY PREN!...
>_<"

is it too much??....SORRY..really not meant to hurt u ok..
SMILE..PEACE~:)

pastu..mula lah sesi pjuk memujuk..huh??.HEHE
sgt xsesuai...
bukan pujuk memujuk..tap lebih kurang nasihat menasihati as frens..:)
siap pesan kat die..trust me la..juz treat me as your 'sunbae'
sunbae?!..hee
..
lebih kurang cam senior la..itu korean punye version..wek..:p

ok.
aku?..nk kate pakar dalam bab motivasi ni ..dak la..tapi adela jugak input input bernas yang kuar sebutir due..bukan ciplak fakta dari mane2 pon..tapi memang keluar tulus dari hati neh..
memang gtula aku..bila cakap bab menasihati orang lain..aku rase otak aku memang ligat berbicara..mencari kate2 yang sedap didengar dgn harapan si perajuk td tuh..akan gembira dengan ape yang aku cakap..^_^
n...
itu satu kebahagiaan wat aku tau..:)

tup tup..die kate..aku leh jadik mak orang dah..
sebab pandai nasehat..huhu..
adeh..~_~'..
yela2..sedar diriku....yaikss!!

tp tula..bakat terpendam yang aku ade kot?..huhu..
klu bg nasihat kt orang aku pandai je..tpi mlangnye
aku xbole apply kt diri aku sendiri..
'weird' kan?..huhu..
tpi xpela..as long as aku heppy bile diorang heppy..tu je..
ALHAMDULILLAH..

tapi..be real...memang ape yang aku cakap
kt die smlm..aku pun xsedar selama ni..
n that words really motivate me..
syukur..THANKS ALLAH..
bagi aku kesedaran jugak sikit..uhuhu..

hal semalam tu..secret..so, xleh nk cter detail la kt sini k..juz cter scara general..
sebenarnye...
jujurlah aku kate..
aku pon xsangke aku boleh cakap ape y aku cakap semlm..
really found a different me.....huhu..
new discovery bout myself!.ahaks..
ALHAMDULILLAH again.:)

at last session..i think die better..
can smile, though.
huhu..really happy..
tapi xtau la..die sudi x nak "eat every words i had said"..:p
terserahlah...xmau pakse2..xbest oke..hehe..
tpi for me..shud pakse MYSELF!..
jgn tahu nasihat org jek?!..~_~'
fighting!!..hee...
:)



::conclusion::
ok.
becos of dat jugak..
giving me an ispiration to write dis..
to renew my blog page.
.
to mark up my strength...
untuk melakukan satu perubahan..

yelah..di pertengahn januari ni..baru bercakap pasal perubahan..agak 'klishe' kan.
for everyone y make new azam on every first month in new year..:p
me too..(:
walopon da terlambat kot..hehe..
tapi..xmau cter detail kat sini la..juz hold back the list of my new azam for dis year
deep inside myheart..
dengan harapan..akan dapat kekuatan untuk memenuhi setiap azam y terlist itu..:P
INSYAALLAH..

lately gak..
really comes out with so many things..
kadang2 semak samun otak saye..>_<"

huhu..
dan,
bile saye xmampu nk tahan..hanye air mate yang kuar..(manje!)
tpi..who care?
aku hanye mampu bermanja dengan diri aku sendiri je..
(poor me!)
:'(



perit..





sedih..


marah..



sakit..

sape y tahu..??
tp, xkesah la..
aku sanggup tanggung sorang2..:)
sebab mmg diri aku..xsuke org amik tahu pasal aku..
tapi aku suke ambik tahu pasal org..tpi bkn bz bodi yek!..:)
hehe..
sbb tu..aku rs aku sgt independent..
all things going by my ownself..
wat to do..i had no choice..
ALHAMDULILLAH..
kerana sentiasa beri jalan keluar di tiap kebuntuan..
thanks ALLAh..

ALHAMDULILLAH..
kerana tidak pernah merasa keseorangan..
ade kawan2 y sangat care..
ade saudara mara yang sentiasa mendoakan..
thanks..semoga korang sangat bahagia..

dan..

setinggi tinggi syukur..
kerana..


ada ALLAH ya SAMI'.. yang sentiasa mendengar..:)
alhamdulillah..


okla..nk rest jap..moge bjumpe lagi di lain kalam..INSYAALLAH..





si tuan punyejari y menaip :
~cik madey~
.230111.







Salam alaik...ahlan wasahlan : ~wajah baru 2011~

assalamualaikum..sahabat sahabat seperjuangan sekalian ..:)
Alhamdulillah..masih diberi nikmat kehidupan dari yang MAHA ESA hingga saat ini..

alhamdulillah..seperti mendapat satu tiupan semangat baru..pada tahun 1432 H ni..aka 2011 M..ingin terus gagah dan aktive berblogging..mngkin diisi dengan lebih sarat info2 lagi untuk mencari ilmu di muka bumi ini.INSYAALLAH..moga senantiasa memperoleh kesempatan untuk melakukan pencarian ini..

ye..memang tidak punyai bakat untuk menulis yang indah- indah ..hanya berkongsi pendapat dan salah satu cara memuhasabh diri ini agar sentiasa berada di jalan yang terbaik untuk mujahadah kali ini..moga rasa yang dikurniakan ini kekal istiqomah dalm dada..
tak maula bak kate pepatah melayu berkate ..ehem2x..:P
" hangat-hangat tahi ayam"..
bukan untuk mengutuk diri sendiri..tapi sebagai pedoman dan panduan dihari muke..uhuk..~_~'
sbb.memang sebelum ni pun..diri ini agak kena atau sinonim dengan peribahase tersebut..uhu..:P
maafkan saye..:)

ok..mungkin kelihatan agak serabut cket (ke byk?!)..wajah baru ni..huhu..dan mungkin akn ditokok tambah lagik..hehe..mengikut cite rase yang sesuai pasni..^_^
buat mase ni cukop la dulu..huhu..
lagipon..memang time ni je mase terluang menghabiskan time berblogging ni..maklomlah..bkan lah seorang blogger tegar..hanyelah sambil sambilan isi mase borink and untuk sesi curhat gtew..hekhek..:)

dan juga tak glemer cm blogger y lain...hihi..maklomlah agak lambat/ketinggalan sikit dalam dunia blog ni..tapi cukuplah sebgai kepuasan untuk diri ini..:)
ALHAMDULILLAH...

plan for dis new Blog's spirit :
  • nak tmbah kolum baru untuk majalah solusi...novel..ataupun interest la lbih kurang..
  • tambah kolum ASSALAMUALAIKA YA RASULULLAH s.a.w yang akan dipetik dari majalah solusi every month!..INSYAALLAH.
  • mencari lebih banyak isi isi ilmiah..
  • lebih rajin untuk mengupdet blog ini..INSYAALLAH.

* huhu.tu jela..kot xkesampaian pulak nt...jgn spt peribahase di atas da lah cik madey ye....:)

ok.sekian dulu..sebab perot ni sedang meronta kelaparan ni..uhu..lum bekpes...nk makan dulu..then, ade satu cite yang menarikuntuk entri pasni..hehe..INSYAALLAH..;)
salam..



Sunday, January 23, 2011

Ketampanan rupa Rasulullah s.a.w

Ali bin abu Talib telah menceritakan : " Rasulullah s.a.w ialah orang yang berkulit puti kemerah-merahan. keringat yang menitis dari wajahnya bagaikan mutiara. Aku tidak pernah melihat hal itu, baik sebelum mahu sesudahnya." (riwayat Ahmad)