Mujahadah mencari keredhaan ILLAHI..

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

~ sayangi dia, IBU~

Dengan nama Alah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Assalamualaikum wbt..


salam buat sahabat2 yang disayangi kerana ALLAH sekalian..

ALHAMDULILLAH..

sudahkah kalimah itu kita lafazkan hari ini?
jangan lupa ye..
hari ini, buat ke berapa kali entah..
ALLAH masih anugerahkan sehari lagi peluang untuk kita meneruskan kehidupan di bumiNYA ini..
jadi, tidakkah kita mahu berterima kasih pad tuhan ya RAHMAN?..

lets say,
ALHAMDULILLAH.
a simple thing to do..
a simple word to say.
a simple gift to ALLAH,
whenever we've got everything from HIM..
:)
and put a smile onto your face.
to share ur happiness with others..


senyum itu sedekah..:)

** CERITA SAYA**

sayangi dia , ibuku.

~8 may 2011~

hari Ibu sedunia.
HAPPY MOTHER's DAY.

bila tiba bulan MAY, terlalu banyak kegembiraan yang nak dikongsi bersma.
hek, bukan sahaja aku, tapi semua orang kot.
tapi, aku punya happiness tu, ++++ sikit..
hehe.
y?
tunggu..sat lagi aku cerite.

bulan MAY amat glemer dengan sambutan hari2 yang penting.

HARI IBU..
HARI GURU..
HARI PEKERJA..
CUTI SEKOLAH..
n so onn..

haha..taktau dah..:P
tu jela kott.

n paling special, my birthday..hehe.
sebab tu, i like MAY sejuta kali..
every MAY on every YEAR, i'll have my new age.

hurmm..
birthday tu lain entri i cite..
hek,
yang paling diingati bila tiba bulan MAY adalah, HARI IBU.
ape taknye, dari budak2 sekolah hinggala y dah tua pon,
akan mengambil kesempatan pada hari ini, untuk menghadiahi dan merai ibu mereka dgn sesuatu.
even, dengan hanya sekeping kad ucapan pon.
every year, kalau ade kesempatan, mmg kami akan sambut hari ibu.
biasanya dlm family, kami akan berkumpul dan buat sambutan hri ibu beramai2.
sebagai menghargai ibu2 yang tercinta dalm family kami.
waa.. rindu sangat moment itu~

kini,
bila dah dewasa, berjauhan dari fmily.
tak dapat nak join selalu.
ape pon, doaku sentiasa mengiringi.
:)

Sayang ibu ANDA tak?

OF COurSe La!
bila disoal budak kecik pon, mereka akan menjwab yang sama.
sape yang tak sayang ibu.. kan?
hehe.

dalam hadith Rasulullah saw.
juga ada menyebut..
tuntutan kita supaya menyayangi ibu kita..

Petikan hadith rasulullah saw.
Abu Hurairah radhiallahu 'anhu berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

dalam kitabullah juga turut disebutkan tentang suruhan berbuat baik pada ibu ..

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[Luqman 31:14]


*********************

begitulah,
ni baru sepotong dua potong ayat.
masih banyak kisah dan ayat2 yang menuntut kita untuk menyayangi ibu..
bayangkan betapa besarnya darjat seorang ibu.

mengapa ALLAh memuliakan seorang ibu, melebihi seorang bapa, pasti ada hikmahnya..
menghitung nikmat pengorbanan seorang ibu, dari saat mengandung hinggalah saat kita dewasa untuk meniti hari ini, pastinya tiada hitungannnya..

dan, dari ALLAH jualah, yang merencanakan segalanya sebaik mungkin.

mungkin, adakalanya kita tidak sedar betapa tabahnya hati ibu kita menahan perih sepanjang membesarkan kita sehingga dewasa..walau sepahit mana pun dilaluinya, takkan pernah terlihat keluhan darinya.
begitu ALLAH menjadikan seorang ibu dengan sifat kasih sayangnya yang tiada bandingnya.



sahabat,
ingin aku kongsi di sini.. kisah aku dan ibuku.
ALLAH lebih menyayanginya, dan kerana itu, dia berada di sana lebih awal dariku..
semoga dia bahagia disana, bersama orang2 yang beriman.
 wajahnya, namanya, sentiasa ada dalam hati ini..
Alfatihah.
buat arwah ibuku tercinta,  NAPISAH BT CHE SOH.

dibesarkan dengan gelaran 'ma'..
dialah tempat ku bermanja dari waktu kecilku hingga dewasa aku.
disebabkan aku adalah anak perempaun yang pertama, dan jarak untuk mendpat adik perempuan y ke2, agak jauh,  aku sedikit manja dengan ibuku. cepat merajuk, dan selalu mendesak jika menginginkan sesuatu..itu adalah sifat aku, yang perlu dipenuhi oleh ma.

ternyata kasih sayang yang aku terima tiada ternilainya.
mungkin waktu usia remaja, aku masih belum mengerti menghargai kasihnya.
sehinggalah, dewasa... di usia awal 20an, aku mula mengerti.
malah, berada berjauhan darinya juga buatkan kasih sayangku padanya teruji.
bila pulang ke kampung, pasti rindu tu akan terubat dengan layanan mesra utk memenuhi segala  kemahuan aku.
juga, tak lupa..menjamu aku dengan masakan2 yang lazat y juga kegemaranku..
wah, bahagianya rasa bak puteri diraje..huhu..:)

sehinggalah,
suatu saat, bila kami sekeluarga diujiNYA,
bila arwah jatuh sakit..
di situ, bermula saat memeritkan kami sekeluarga.
setiap hari, setiap kali di hujung solat pastinya dilanjutkan doaku, agar ALLAH memberi kesihatan yang baik padanya.
sampai suatu masa, bila dari ke hari kesihatan dia makin teruk.
pelbagai usaha telah kami lakukan untuknya.
dari doa hinggalah ke tawakkal padaNYA.
agar ALLAh memberi kesembuhan pada sakitnya.

namun, ketentuan ALLAH itu pasti ada hikmahNYA.
kami redha dengan ketentuanNYA.
setiap malam, aku berdoa.
agar ALLAH masih bri harapanNYA pd kami.
dan janganlah kau ambilnya dari kami, sebelum kami bersedia menghadapinya.

ya ALLAH.
apalah daya hambaMU, melawan kehendak takdirMU..
walau sepahit apapun yang kami tempuhi, ALLAH telah mengurniakan yang terbaik buat kami.
dan buat dirinya.
ALLAH lebih menyayangi dirinya.
dia pergi dulu dari kami, dan pastinya kami akan menyusuli pemergiannya..
kami redha ya  ALLAH.

ye, kehilangan nya sngt memberi impak dalam kehidupan aku.
segala pengalaman, dan kisah yang aku lalui itu, telah banyak memberi kesedaran pada diri aku.
dari situ, aku mulai kenal tanggungjawab aku kepadaMU..
aku mulai melangkah ke dunia di mana aku punyai tanggungjawab yang lebih berat yang telah aku abaikan selama ini..yang mungkin selama ini aku tak pernah fikirkan pun..
kehilangan dia, menemukan aku dengan satu erti penghidupan yang amat bermakna.
aku mula menghargai nikmat kasih sayang yang ALLAh kurniakan..
ampuni ku ya ALLAH..
ampuni dosaku terhadp ibuku..
ampuni dosa ibuku ya ALLAH...


inilah hikmah dariNYA.


 
kini,
kami dikurniakan sebuah keluarga yang baru
ALHAMDULILLAH.
semoga kasih sayang kami kekal terpelihara dalam redhaMU.
akan kami suburkan mahabbah ini keranaMU..


~hari IBU~



hargailah dia,selagi masih ada.
kadang2, kita tidak sedar kesilapan kita..
sepertimana kita tidak bersyukur dan menghargai apa yang kita ada, apa yang kita perolehi..
dan hanya setelah kehilangannya, baru kita nak sesali dan hargai dirinya..
jangan terlambat untuk membuktikan kasih dan cinta kita padanya.
setelah ketiadaannya..
jangan pernah mengeluh dan berputus asa..kita masih boleh berjasa padanya.
jadilah anak yang solehah yang senantiasa mendoaknnya di penghidupan sana.
jadikan ketiadaanya, sebagai satu titik tolak untuk kita terus kuat mnghadapi segala ujianNYA.
dan, mulailah dengan merubah diri kita, yang selama ini dah terlalu alpa dengan kemewahan nikmat dunia,
ke arah menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmatNYA..
ingatilah ibu anda..
bukan sahaja, pada hari ibu, tetapi dalm setiap hela nafas kita, jadikan
dia seorang insan y bertakhta di hati kita setelah ALLAH dn Rasulullah saw..

sayangi, cintai dan kasihilah ibumu..

bila mereka bercerita tentang hari ibu,
aku terdiam, aku terbisu..
hati aku merintih sayu, menyatakan rindu,
moga kau tenang disana wahai ibuku,
diri ini sentiasa mendoakan dn mengingatimu..

ya ALLAH.
peliharalah ibuku dari segala azabMU,
ampuni dosa2ku padanya,
ampuni dosa2nya,
tempatknnya dia antara orang2 yang beriman.
alfatihah..
aminn..


aku cinta ibu,
~cahaya~






Tuesday, May 3, 2011

~kekuatan dalam kelemahan~

Dengan nama Alah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Assalamualaikum wbt..

Duhai sahabatku,
Wahh..sangat merindui kalam blog ni..sekian lama tak singgah berlama- lamaan di sini..
Pastinya setiap hari tu pasti ada mase menjenguk, tetapi tiada masa untuk melepaskan rindu besamamu..huhu.. maafkan aku ok..;)


Alhamdulillah, setelah seminggu jugak ditarik oleh Tuhan nikmat kesihatan, kini aku beransur pulih. Mungkin kerana kekangan masa yang terlalu menelan waktu istirehat aku .. ape tak nye, 3 minggu berturut2, tiada hujung minggu untuk bermalas-malasan di rumah..wahha..ada baiknya juga, kerana aku tidaklah menghabiskan waktu aku untuk bertiduran sahaja..uhuhu…tapi, itula, waktu rehat juga terbatas…
Nah, itulah natijahnya..terus aku berMC dua hari kerana demam, dan hujung minggu y lalu, aku pulang ke kampung halaman aku.. wah, legaa..

Biaselah, pulang ke kampong memberi peluang untuk aku melepaskan rinduan aku pada keluarga tercinta.. terima kasih ya Tuhan atas nikmat RahmanMu..:)
Bersua mata dengan orang yang tersayang, adalah satu nikmat ketenangan yang Allah kurniakan pada setiap insan.  Dan aku adalah insan yang bertuah kerana punyai ramai orang tersayang di keliling ku..ALHAMDULILLAH.

Ya ALLAH, semoga aku dan keluargaku terus dikurniakan inayahMU.
Kau pinjamkan aku kekuatan MU ya KHALIQ..untuk terus melihat kegembiraan dan keharmonian dalam keluarga kami. INSYA ALLAH.

bagi aku,
kekuatan aku adalah orang yang tersayang.
di situ jugak terletak kelemahan diri aku.
di saat aku ingin melihat orangg tersayang bahagia, aku peroleh segala kekuatan untuk melakukan sesuatu.
tapi, di saat mereka lemah, mereka bersedih.
hati aku ni lagi rapuh..
saat itu hati aku juga dah hancur mungkin. huhuk..

kerana itu,
tiap kali aku perlukan kekuatan untuk melakukan sesuatu,
ianya akan aku sandarkan atas nama orang yang aku sayang.
demi mereka yang aku sayang..
dan sesuatu yang aku lakukan itu akan dilakukan dengan penuh azam dan semangat.
ALHAMDULILLAH.
syukur ya TUHAN.

dan haruslah aku berkata tidak.
tidak mahu melihat kesedihan dalam diri mereka.
kerana jiwa aku terlalu 'fragile' bila bersoal tentang mereka.
mungkin juga sbb aku ni, perempuan. dilahirkan bersama naluri seorang ibu.
bersifat penyayang, dan melindungi.
hek, bukan mahu memuji..tapi itu hakikat yang ikhlas dari aku ek..:)
ALHAMDULILLAH juga, atas nilai2 murni yang dihadirkan dalam diri ini..

saat ini,

Aku berjanji dengan diri aku.
Aku akan melakukan sedaya mungkin untuk melihat keluargaku gembira.
tiada yang lain aku mengharapkan, agar KAU melindungi keluargaku di bawah RahmatMU ya ALLAH.
Kau beri aku kekuatan, untuk menghadapi segala suka duka yang perlu aku lalui demi menjaga keharmonian  dalam rumah tangga ini  ya ALLAH.

ALHAMDULILLAH.
ALLAHUMMAINNI A’UZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZAN.

Sunday, April 10, 2011

Rezeki ALLAH itu MAHA luas..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILLAHi..
atas kurniaanNYA yang tidak putus putus kepada kami, seisi makhluk bumi..
juga atas lindunganNYA yang melindungi kami dari segala bencana bahaya..
kerana rahmatNYa yang merahmati kehidupan kami..

IRHAMNA, Ya ALLAH..


:: CERITA AKU::

salam sahabat, yang dicintai kerana ALLAH swt..



=)
have u put a smile onto your face today?..
untuk jalani hari yang indah di bumi ini..hiasi lah dengan senyuman anda...
pastinya, anda akan dapat senyumannya kembali..
hehe..

okkay, 
back to topic..
" rezeki ALLAH itu MAHA LUAS"

hari ni pun, aku masih kat lab mencari rzeki..
keje overtime, hee..
so, time rest ni, dek terlampau boring mnunggu waktu nak habiskan keja..sempat la nak update belog ni jap..hehe..
fyi, ini waktu rest ye..kol 1pm..so, tak ganggu waktu keja..hee..

ok.
yang nak dicerite itu bukan pasal keja aku.
pastinya, keja aku..semua dah sedia maklom..huhu..

*****************************

mencari rezeki itu adalah terlalu umum..
sesiapa sahaja mencari rezeki untuk hidup..
ye, TUHAN itu MAHA PEMURAH..
Dia menciptakan kami, dan menentukan jalan rezeki kami sejak azali.
tapi,
itu tak bermakna kita hanya boleh duduk, dan rezeki tu datang bergolek..
ye dak?..
yelah, contohnye..
bayangkan, kalau tong beras tu kosong, takkan tetibe dia nak penuh sendiri..kan?
sebab itu manusia perlu berusaha..
berusaha untuk mencari rezeki TUhan yang sedia ada di bumi ini..
dengan kate y mudah, berusaha untuk bagi tong beras itu tadi tu berisi..


************

alkisah,
semalam, aku dan miss osmets aku keluar mencari rezeki..hee..
wah,
pagi2 buta tau.
selepas subuh, 6.30am...
memangnya, bole dibilang kot berapa kali aku keluar rumah waktu gini..
hee..^_*

tapi,
tak tipu..
sebenarnya waktu2 gini la waktu yang paling mendamaikan..
kalau nak keluar cari rezeki, waktu gini la memang disarankan..
woha!..cakap cam biase je kuar pepagi gini..hee..

sebab tak biasela, aku teruja sangat.
tapi, siyes..
waktu pagi2 camni ah, kalau kita nak wat keja, mmg perlu start time ni..
kalau dah tengah hari, confem dah malas..
so, bangun lah awal2 pagi..

eh, banyak plak melencong..:p
hee..
sebenarnya aku n kengkawan plan nak g kutip kepah kat pantai kuala muda.
kat mane?
ok.. kalau korang igt, peristiwa tsunami thun 2004 dulu..y melanda acheh tu.
kat pantai kuala muda ni adalah salah satu tempat dekat Malaysia yang terkena tempias bencana tu.
dekat area Kedah.
kat sane, mcm ade perkampungan nelayan gitu..
dekat je ngn tempat aku tinggal skg, almost 30 minutes je kot perjalanan.
1st time pegi ari tu, hujan lebat n air tgh pasang.so, tak leh wat aktiviti ni..huhu..
ni 2nd time pegi, dengan harapan air surut n nak kutip kepah.

hek, kepah?

si comel, kepah.

mungkin ade yang tak berapa nak kenal dengan kepah ni..
aku pun mule2 gitu ah,then pas di selidik dan dikaji..rupenye si kepah ni sangat cantik..see!..hehe
si kepah ni adalah sejenis hidupan laut, yang hidup dalam lumpur.
yeah, kalau kita kenal udang, sotong, lala, kupang, n ape2 je ah sbg makanan laut..si kepah ni juga tergolong dalam kumpulan itu laa..mungkin kurang komersial sikit kot..uhuhu..
taktau kenape..mungkin sebab org mals nak cari, sbb kna maen lumpur..huhu..
ntahla..biarlah si kepah hidup bahagia dalm lumpur dia..:)

wah,
sesudah sampai sane, excited sgt nak terjun laut kutip kepah.
tapi, tak reti ..uhukss..
terpaksa tgu cik nuyul and the gang tibe, baru le leh..
so, kami duduk tengok2 view kat situ..

sangat cantik dan mendamaikan..
kelihatan bot-bot nelayan berduyun laju menuju ke satu arah.
si nelayan keluar mencari rezeki di lautan..
terlihat, kegigihan manusia dalam mencari rezeki Tuhan.



yeay!.
cik nurul dah tibe.
bermula lah xpdc kami, si pengutip kepah Jr...
:p
senior, opkos r cik nurul..hee..
bab kate dia : air skg tgh mati atau  'air mati'
kami : huh? dgn muke agak frust..
means : air ni tak pasang atau surut..tapi tak dalam r..kalau ikut bulan islam 2 minggu air mati..then, 2 minggu lgi pasang surut..hek, kalo betol..kekdahnye, kami tak kira pon tarikh tu..
tapi..bole je...katenye.. 
jom cuba..


wohha!.
pengalaman mula2 mencelup kaki ke pantai tu, mmg menakotkan.
siyes, tak pernah rase takot nak mandi pantai, tpi pantai kat sini mmg menakotkan.
pijak je, kaki kita akn tenggelam.
ye, spt dicite tadi, pantai ni, pantai berlumpur.
confem lah, dasar pantai ni penuh dgn lumpur.
kalau anda pijak je, kaki kita akan terasa geli2, dan tenggelam gitu..
wahha, mula2 rase geli nak pijak.
then, lame2..pas ditarik oleh cik nuyul..berjaye akhirnye..
betul la, pepatah ade kate.
"alah bisa, tegal biase"..
hee..
^_^
syok2.

pantai berlumpur, kuala muda

pastu, mula lah misi nak cari kepah.
susah jugak ek.
sbb kepah2 ni sume ade bawah lumpur2 tu.
so, kna redha la, untuk mencelup tangan anda y gojes tu dlm lumpor..haha..
aku oke je.hii..
masyuk lagi.

mula2,tak dapat..hampir nak give up da.
paihtu jumpe!!


wahha!, hampir nak melompat cenggitu, tapi..lupekan..
aku berada dlm lumpur skg..hekk..~_~"
makin lame, makin syok plak berlumpur..haha..shud try!!!

at last, jumpe lah dkat 10 ekor kot..huhu.
wahha..cukop dah la.
walopon osmet2 aku y len dpt 2 plastic bag kot.
huhu.aku, malas la nak gigih sgt, kot nanti penat..sbb kna ovetime pulak sbelah ptg nt..huhu..
kang tak keja plak aku.
hee..dapat merasa experience tu pun, dah ckup bahagia..leh cite kat org kan...^_^

ok, dah setel bab kutip kepah.
dengan gembiranya kami bawak pulang 2 plastic bags of kepah.
ahakss..
dahtu pikir2 menu nak masak apo...hoho.

nilah hasilnya!!


~~~~~~~~~~~~~~~~~

ok. fine. 
kami bertolak pulang.
pas singgah pasar, then makan2..
tibe di rumah, kunci rumah takde!.
ya ampun,
semua org lupa bawak kunci umah..huhu..apo da naseb badan.
huhu..terpakselah kami susahkan jiran2 kami..
sbb memang tak berdaya dah..uhu..
setelah 3 jam, masalah berjaya diselesaikan..
waa..legaaa..
rasa nak nages, rasa nak pengsan..~_~"
pape pon, a great experience..
in any ways u had..
dun worry, the difficulties, comes with a relief..trust me!!



ALHAMDULILLAH..akhirnye setel.
perjalanan yang agak panjang ari ni.
syukurlah, ALLAH kurniakan sifat sabarNYA pada manusia..
kalau tak,....haish.
~_~"
TQ jiran2 yang helpful..=)

then, kami maen masak2..heee...
dan menikmati hidangan dengan masyuknye..hii..
sedapp hingga menjilat cari..

kepah masak sambal

sambal tempoyak

telur bistik

sayur goreng kailan
cubelah!..:)


:: MOS::

ya.
mencari rezeki itu perlukan usaha.
sehebat mana pun kita, rezeki itu tidak akan datang bergolek.
sebanyak mana usaha kita, sebanyak itulah yang akan kita dapat..

rezeki Allah itu maha luas..
di mana mana sahaje tempat kat dunia ni, Allah dah permudahkan hambaNYA dalam mencari rezeki..
Tuhan itu dah mencipta kita manusia, saling bergantungan dengan hidupan yang lain..
dari segi saintifiknya, ia dipanggil 'simbiosis'.

yang perlu, cuma usaha.
usaha mencari..
disitu, ALLAH tentukan rezeki kita.
y pastinya, yang berusaha lebih, akan peroleh ganjaran yang lebih..

rezeki itu bukan sahaja tertakluk pada makanan, material dan sbgnya..
hubungan kasih sayang juga adalah rezeki..
kebahagiaan adalah rezeki..
kerjaya kita juga rezeki..
cahaya mata dalam keluarga juga rezeki..

hatta,jangan sekali lupakan..
 memohon dipermurahkan rezeki oleh ALLAH itu perlu.
kerana sesuatu usaha itu, perlukan tawakkal..
sbg tanda kita percaya,
apa pun yang kita lakukan..apa pun yang kita dapat..
adalah datang dariNYA...

ALHAMDULILLAH..
jangan lupa bersyukur ye...^_^

sekian.
having great day,
~cahaya~






Thursday, April 7, 2011

~Ye, TUHAN itu MAHA ADIL~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur ya ALLAH..
diri ini masih punyai kesempatan untuk merasai nikmat penghidupan ini..
dengan harapan agar hati ini terus disinari NUR dariMU ya ILLAHI..
yang akan senantiasa mengajak diri berada di jalan kebenaran yang diredhaiMU...
dengan izinMU, ya ALLAH...

:: TUHAN itu MAHA ADIL::

AL -ADL..



ye,
satu nama indah, YA ADL..
YANG MAHA ADIL..

dalam kehidupan kita hari ini, sudahkah kita bersyukur pada DIA?
kerana sifat ADIL NYA..
pernah terfikirkah kita, dengan setiap yang berlaku itu, ALLAH itu dah cukup ADIL terhadap seisi makhlukNYA..

pemberian rezeki..
penentuan jodoh..
cabaran dan ujian..
kegembiraan dan kesedihan..


sudahkah kita mencongak kembali, apa yang DIA anugerahkan itu adalah dah cukup Adil bagi kita sebagai hambaNYA..
sungguhpun, kita semua sama disisiNYA..
yang membezakan kita, adalah taqwa dan iman kepadaNYA..
sesungguhnya, ALLAH itu MAHA CANTIK, MAHA BAIK..
dan, MAHA ADIL...

:: KATA AKU::

salam sahabat,
bercerita mengenai MAHA ADIL ya, TUHAN..
syukur, kerana input ini hadir dari inspirasi persekitaran yang cukup memanfaatkan..

kenapa aku kata ALLAH itu maha ADIL?

maaf, aku tidak arif dalam tafsir dan hadis untuk membuktikan..
ini hanya, dari sumber anugerah yang Tuhan kurniakan pada aku.
anugerah akal yang waras..
yang buat aku berfikir, tentang keindahan di sebalik nama YA ADL..


************************************************************


pemberian rezeki..

lihat,
bukankah Dia itu Maha Adil, 
dalam memberi rezeki kepada seisi makhlukNYA..
rezeki itu ketentuanNYA..
jika tidak cukup, cukuplah sekadar ada..jika lebih dari cukup ingati orang y memerlukan..
sesusah manapun, rezeki untuk sesuap nasi itu pasti ada..
begitu jua orang yang senang..Allah mengingatkan orang yang senang itu sentiasa memberi sedekah, menderma..mengingati mereka yang serba kekurangan..
kerna itu, kita ditentukan berbeza dari segi materialnya, agar yang merasai kelebihan berkongsi nikmat dari TUHAN bersama orang yang kekurangan..

***********************************************************



Ketentuan jodoh

begitu  juga, penentuan jodoh.
ALLAH dah tentukan pasangan yang terbaik untuk setiap manusia..
pasangan yang saling melengkapi...
menyempurnakan kekurangan dengan kelebihan..
yang memberi kekuatan di saat kelemahan...
yang pasti, orang yang berada di samping kita itu adalah pasangan terbaik untuk hidup bersama kita..
sungguhpon, lelaki yang baik untuk wanita yang baik..
jadi, cuba perbaiki diri, untuk menjadi lebih baik, untuk mendapat yang terbaik..
orang kate, kalau tak usaha, jodoh takkan dtg bergolek kot??..eh?...
ye, ada betulnya...
doa itu juga usaha kita kan?..berbanding jalan shortcut dgn mencari calon pilihan hati sendiri..
drpada mendekatkan kita di jalan kemaksiatan, lebih baik kita mohon padaNYA dijauhi dari perkara2 tersebut..
bersabarlah, percaya pada ketentuan..kerna, ALLAH itu MAHA ADIL kan?..=)


******************************************************************


cabaran dan ujian..

ujian ALLAH itu ketentuan Qada' dan Qadar..
sebagai hambaNYA, meredhaiNYA adalah jalan yang terbaik..
ALLAH itu berhak menguji hamba yang dikehendakiNYA..
DIa akan menguji sesiapa sahaja, bagi membuktikan cintaNYA pada hambaNYA...
namun,
lihat dan renungilah..
termaktub dalam ayat2 ALLAH...
DIA tidak akan menguji hambaNYA di luar kemampuanNYA..
bukankah ALLAH itu cukup ADIL?..
tidakkah kita mahu berfikir tentang ini?..
rugilah, bagi hambaNYA yang dikurniakan akal, tapi tidak mahu berfikir...

ujian itu meningkatkan darjat hambaNYA..
samada ingin menghapuskan dosa lalu, mahupun ingin mengangkat darjatnya disisi ALLAH dengan bersabar menghadapi ujianNYA..
moga kita tergolong dalam golongan yang bersabar menghadapi ujianNYA..
dengan IzinNYA..=)

*********************************************************

kesedihan dan kegembiraan..

sama juga, nikmat kebahagiaan,
kesedihan dan kegembiraan..
bukankan ALLAH menghadiahkan kesenangan setelah kesulitan..
jadi, bergembira itu berpada2, ingat juga akan duka yang bakal mengganti...
begitu juga ketika berduka, harus juga berwaspada, agar tidak bersangka buruk terhadap ALLAH swt..
kerna, harus yakin akan terbit sinar gembira setelah kesedihan itu..
LA TAHZAN, INNALLAH HAMA'ANA..
:)

***************************

ALHAMDULILLAH..
kerna, ALLAH itu MAHA ADIL..
=)

ok.
sekian dulu kalam ini, moga bertemu lagi di lain kesempatan..
dengan hanya IzinMU..:)

wassalamualaikum wbt...

TUHAN itu MAHA ADIL,
~cahaya~
::070411,0100 am::







Tuesday, April 5, 2011

~ AKU..yang lemah tanpaMU ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Assalamualaikum wbt...




ALHAMDULILLAH..
thank you ALLAH,

yang sentiasa memberi kekuatan di kala lemah..
yang sentiasa mengisi kekurangan dengan kelebihan..
yang sentiasa anugerahkan kelapangan setelah kesempitan...
 yang sentiasa mengurniakan kesempurnaan dalam ruangan kehidupan ini..

diri ini, hanya mampu memanjatkan lafaz syukur atas segala kurniaanMU..
dan,
sentiasa berusaha memupuk diri untuk memberikan pengabdian yang terbaik untukMU ya RABBI..
dengan izinMU jualah, aku memohon istiqamahku dalam islam, iman dan ihsan..



Assalam..
buat sahabat-sahabat..
yang setia mengiringi kalam yang tak seberapa ini..
moga kita semua dilindungi ILLAHI..:)

wah,
blog ini kian lama aku tinggalkan..
huhu..
(~_~")
masa yang kian menghimpit dari hari ke hari..
aku hanya mampu merindui untuk menulis disini..
dah lame jugak tak blogwalking sana sini..
dek, jadual yang FULL..ek?..:p
alasan semata.

ALHAMDULILLAH,
ari ni ade sedikit kesempatan nak coretkan sesuatu disini..


MAC sudah berlalu, APRIL kian menjengah..
sebulan lalu, sudah tersemat sebagai memori..
dengan segala peristiwa yang terhidang, makin matangkah diri??..
menilai, dan mencongak setiap detik yang berlaku sebagai pengingat diri...
sudah bersediakah aku..untuk pelbagai lagi ujian getir yang menanti...

satu hari, aku diuji lagi..
sebagai hambaNYA, aku wajib meredhai..
bila satu dari nikmatNYA, ditarik kembali.
aku dah merasakan diri ini terlalu lemah..
begitu imanku teruji...aku hanya mampu, memohon moga ALLAH mengiringi perjuangan aku saat ini..




:: CERITA AKU::

2 minggu lepas, aku demam..
dah lama aku tak demam..
tup tup..aku demam tetibe..
mungkin banyak maen hujan kot..huhu..
ntahla..
tapi, aku kalau bab2 sakit ni, aku dah phobia..
sebab aku paling tidak suka sakit..malas makan ubat kekdahnye..
mase sakit jugaklah, aku akan jadi org paling sensentap kat dunie kot..haha..:p
bukn pe, memang time2 gini la, air mata senang sgt nak keluar..hehe..manje!
time2 gini jugaklah, nak pikir yang negatip2 ..tak ke haru gitu..huhu...
MAAF la..uncontrolled..hee..

yelah, dulu mase mak aku ade, kalau sakit je, memang aku merepot tak abes-abes kat mak aku..
asek nak berkepit je kot..
skg, bila dah kena tanggung sorang2..tu yang jadi gini..huhu..padan muke aku! 
=(


aku ni lambat sikit membesar ..
ye, dari fizikal tu,memang makin tualah..umo pon makin bertambah2 ye dak..hehehe..
tapi, dari psikologinya, aku belum cukup matang nak hadapi benda2 camni..
sebab tulah, bila dah sampai tahap tak mampu nak tanggung, memang aku suka bazirkan air mataku sendri..
kui3..maaflah..

tapi, sampai bila..??
bila la agaknya aku dah cukup ready nak hadapi benda2 macam ni..
sebab hanya aku je, yang perlu fikir  utk dri sendir..yelah, sape nak tolong kan..:p

tak cukup dengan tu,
malam yang memang aku tak larat sgt nak bukak mate tu, dapat phone call dr adekku..
dia kate, abah sakit...
rupenya, sebelum tu along dah call banyak2 kali..ade missed call n msej kat phone..
juga, cakap pasal abah..
" bilo nok balik?..abah sakit..dah g scan kat hospital tadi..doc syak ade Hepatitis"...

YA ALLAH..
saat tu, kelopak mata ku terasa panas di birainya..
jantung aku berdegup laju, tanda gementar..
apa lagi yang aku mampu lakukan..
selain berdoa kepadaNYA memohon kekuatan.... YA KHALIQ,
moga ALLAH  kuatkan aku, adik2 aku dan abah, untuk melalui semua ni..


esoknya, aku pulang ke kampung..
paginya, aku sampai dirumah..
tengok abah yang terbaring atas katilnya..
aku duduk ditepinya,
dia mengadu sakit..
di dada aku, perih menahan sebak,
hanya ALLAH y TAHU..

aku kuatkan hati..supaya jangan terlihat pun, air mata depan abah..
sebab tu, akn buat dia lagi lemah...
aku kena KUAt..INSYAALLAH..
di hati, terucap doa2, agar aku terus diberi kekuatan..

hari tu jugak, kami akan dapat keputusan ujian darah abah..
di waktu menunggu, aku tidak putus2  berdoa padanYA..
semoga Abah dijauhkan dari segla penyakit yang berbahaya...
resah dan gelisah bergelora dlm jiwa..
cukup tabahkah aku unutk menerima ketentuanNYA nanti..

usai melihat keputusan ujian,
dan mendapat nasihat doctor..
satu ucapan..
tanda dikembalikan segala ketenangan yang hilang...

"ALHAMDULILLAHIRABILALAMIN"
ternyata, ALLAh itu maha Mendengar..
DIA tidak akn menguji hambaNYa diluar kemampuannya..

sungguhpun,
aku mengaku, aku rasa tidak mampu lagi nak tanggung ujian ni..
wajah arwah ibu aku dan saat2 dia bertarung menahan sakitnya, kembali segar dalam ingatan aku..
dengan izinNYA, aku mohon beri kami kesempatan masa..
untuk masih lagi  merasai nikmat kurniaanMU di muka bumi ini...


ALHAMDULILLAH..
setelah seminggu..
syukur pada Tuhan..
kesihatan abah bertambah baik..
moga ALLAH terus lindungi abah dalam rahmatNYA..
dan dijauhi dari penyakit atau bala..
naudzubillahiminzalik...

INSYAALLAH..
=)


YA ALLAH,
diri aku belum cukup kuat untuk diuji sebegini..
tapi aku percaya,
setiap ketentuan takdir..
setiap yang berlaku ada terselit hikmah yang tersembunyi di sebaliknya..
sekusut mana pun kehidupan yang kita lalui, carilah ketenangan dengan hanya mengingatiNYA...
adakalanya, kita diuji, kerana DIA ingin kita rasa nkmat cintaNYA..
satu ayat, 
yang sentiasa memberi kekuatan pada aku sehingga hari ini,
LA TAHZAN, INNALLAH HA MA'ANA..





pinjamkan aku kekuatanMU, ya KHALIQ,
~cahaya~
::050411,2.49pm::





Sunday, March 20, 2011

:: BILA TERLALAI dengan DUNIA::

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Assalamualaikum wbt..:)

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
atas segala nikmat kurniaan yang MAHA ESA...

dah lama sangat tak update blog ni..uwaa..sedey..
sebab sebelom ni janji nak rajin updet blog kan?..kemana menghilang janji janji aku tuh..huwaa..sedey lagi..
sebenarnya, diriku terlalu dikekang oleh masa.
ya ALLAH, 
terasa hidupku di belakangan ini terlalu dilalaikan oleh urusan dunia...aku menyedarinya, tapi kenapa aku seolah olah tiada berbuat apa-apa..istigfar...

kerana itulah, 
aku kembali mencoret blog ini...
aku ingin berbicara dengan hati..
memuhasabah kembali diri yang kerdil ini tentang kesilapan diri..

beginilah,  metode yang aku gunakan untuk kembali 'refresh' tentang hubungan aku dan DIA..
duduk, dan biarkan jari berlari..menyampaikan rasa hati..
bagaikan diri ini menyapa, lalu hati aku menyahut setiap persoalan  dengan nadanya di papan kekunci..
tika ini, aku duduk berteleku memandang tulisan ini..menghambat memori lalu setiap detik yang aku tinggalkan...di situ, terbit satu penyesalan...


ya ALLAH, maafkan aku..masih layakkah aku mendapat keredhaanMU??..
setelah berkali kali ku mengundang kemurkaan MU??

kekangan masa, buat aku lupa akan tanggungjawab aku,..
di mana aku lempar cinta yang sepatutnya aku suburkan untukMU..

ampuni ku ya ALLAH..

aku ingin kembalikan cintaku padaMU..
tunjuki aku jalan yang BENAR, jalan yang Engkau redhai..

Tinggi menggunung dosa-dosaku
Bertambah tinggi semakin hari
Berjuta kesalahan berlapis kesombongan
Selalu saja datang menghampiri

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Segala puji hanya bagiMu
Lautan ampunan kasih sayangMu

Engkau yang pemurah Engkau yang pemaaf
Hanya padaMu hati ini berharap
Irhamna ya Alloh ya Rahman ya Rahim

Kasihanilah kami
Ampunilah kami
Selamatkanlah kami


Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Irhamna ya ALLAh ya rohman ya RAHIM


OPICK : IRHAMNA




******AS SALAM******

yang merinduiMU,
~cahaya~

Saturday, March 12, 2011

sanah helwa!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..
Assalamualaikumwbt..

Alhamdulillah, syukur pada Tuhan atas kesempatan ini..

salam hari Sabtu..
zikir hari ini adalah : " LAILAHAILLALLAH"

sekianlah cerita bagi minggu ini..hujung minggu kembali lagi..
=)

:: STORI MORI::

semalam, hari jumaat 11 mac 2011..
kami genetic staff ada buat celebration party sempena birthday untuk kawan2 yang menyambut kelahiran pada bulan Mac ni..
antara nya adalah : kak ina , kak siti, ajak, dan kak dianah.

so,
kami plan untuk buat suprised bufday party untuk diorang..
walaupun tak berapa nak surprised sangat lah kan..hehe..
apapun, 
alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang..
si birthday babies pulak, amat terharu dengan sambutan ini..
menu2 yang dahsat lagi lazat..^_^

jom selak album..:)

carrot cheese cake

pulut durian


dan banyak lagilah kuih muih yang terhidang..:)

tak lupa bihun goreng yang mantopp dari cik nuyul n frens..TQ

birthday babies n present..

kak dianah.

oke, thats all..
sanah helwa ! pada semua yang menyambut kelahiran pada bulan ni..

semoga panjang umrunya, murah rezekinya, tenang jiwanya, dan diberkati hidupnya oleh yang maha ESA..:)




present u,
a video dedicated to all my sahabat2..:)
enjoy!



semoga ukhuwah kita terus terjalin keranaNYA..
amin.


~cahaya~
::120311,4.30pm::






Thursday, March 10, 2011

~dihimpit masa~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
 Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,
 dengan nikmat Tuhan yang tiada terhitung lagi..
seberapa banyak lafaz syukur aku panjatkan , 
tak kan pernah cukup untuk menyamai setitis pun nikmat yang ALLAH kurniakan pada diri ini..

syukur..syukur..syukur..

semenjak dua menjak ni, masa makin gagah memecut berlari..kadang kadang tidak berupaya lagi untuk menghambatnya, ...masa tidak akan pernah menoleh kebelakang, dan akan terus berlari..tapi diri kita ini harus sentiasa menoleh ke belakang, untuk melihat apa yang telah ditinggalkan dan dalam masa yang sama perlu berlari untuk mengejar masa yang berbaki..

apa maksudnya??..

ketika masa itu terus meninggalkan kita, kita mesti bijak memanfaatkan setiap detik masa sebaiknya..namun, jangan hanya pandang ke depan, tanpa sedikit pun memuhasabah kembali diri.. setelah meninggalkan masa masa yang takkan berulang lagi, apakah sisa sisa yang telah ditinggalkan dalam masa itu..untuk meneruskan kehidupan dihadapan, langkah yang terdahulu harus dijejak kembali..dan setiap masa yang berlalu itu, akan terus menggamit memori..tapi, sejauh mana kita menghambat memori itu, untuk dijadikan pedoman untuk melangkah ke hari seterusnya..jika, hari yang lalu dipersia..insaflah..mulai kehidupan hari ini dan hari mendatang dengan sesuatu yang memanfaatkan diri di jalan yang diredhaiNYA..
jika masa lalu,dimanfaatkan sepenuhnya mencari keberkatan dariNYA,
 jangan pula memperlahankan gerak, tapi teruskan berlari malah melangkah dengan lebih gagah lagi...



yang dipinta hanyalah kekuatan..
yang dituntut hanyalah kesabaran..
yang dirayu hanyalah keazaman..
yang dicari hanyalah ketenangan..

moga diri ini cekal meneruskan langkah..
tanpa mengenal erti berputus asa,dan lelah mengejar...

INSYAALLAH..

masa itu bukan untuk dipersia.
masa itu untuk diperguna.
masa yang berlalu, tidak akan pernah berulang.
saat ini, tidak akan pernah sama dengan saat seterusnya..begitu juga saat sebelumnya.

maka, tidak pantas untuk melalaikan diri walau sesaat..
penuhi setiap detik dengan sesuatu yang mendidik jiwamu.
terokai masa dengan mencari ilmu yang belum ditemui.


sekian lama masa itu di tangan kita..

dimana masa itu dimanfaatkan?

berapa lama masa yang telah dirugikan?..





DEMI MASA, sesungguhnya,manusia itu dalam kerugian..
astargfirulahalaziim..



:: MEnguruskan MASA::

jika aku,
nak ber cerita soal masa..sah sah aku fail..
pengurusan masa aku sangat teruk.
uncontrolled.

menghargai masa pun, lagilah..

jadi bila betul betul rasa terhimpit dengan masa ni, barulah nak pikir pentingnya 
menguruskan masa dengan baik...

bagaimana?

kalau dulu,
 waktu sekolah bizi dengan keje sekolah,
masuk universiti, bizi dengan assignment,
dah keja, bizi dengan keja la kan..
di waktu rehat, apa yang aku bizikan??..
nak kata keja rumah, komfemlah tak kan..
sbb, tak kawen lagi..:P



jom semak rutin harian!..


rutin harian weekdays :

6.30am : bangun sembahyang subuh.
7.30 am : bersiap siap..makeup!
8.00 am : gerak ke tempat kerja.
8.10-5.10 pm : kerja harian.
5.30-6.30pm : kelas Alquran. (isnin saja)
5.20 pm : tiba di rumah.
5.30 pm: solat asar dan mandi manda.
6.30 pm : makan2 dan internet surfing.
7.30pm : solat maghrib dan mengaji& solat isyak.
8.30 pm- 10pm : tuisyen (selasa,rabu &khamis)
11pm- 12am : blogging.
12.00 am : tido.

rutin weekend :

sama, cuma xpergi kerja je kalau tak standby.
then, lebih banyak spent masa dekat umah, lagi tenang gitu.
tak payah nak stress dengan jalan raya, tak payah nak bazir keluar duit, tak payah susah nakcari susah!..:P
pastu, hobi tegar, TIDO..>_<'

hurm..
is it the right time consuming??..
hua3..no comment....TIDAK!

however,
frankly speak, this is how my life keeps going..
from day to day..
kadang kadang, bosan..
melalui hari yang sama je.

haish.
aku mengeluh, tak baik.
>_<"
istighfar jap..

astargfirullahalaziim..

LIHAT! 

dalam kesibukan menguruskan urusan kerja dan kehidupan..
di mana kita letak masa mencintaiNYA?
waktu bila kita peruntukkan untuk membizikan diri dengan pengabdian kepadaNYA??..
berapa lama?..ada?..

begitulah,
kita ni, kalau kita tak duduk, dan berfikir sekejap tentang siapa diri kita, apa yang kita lakukan,
kita akan berterusan melakukan kesilapan tanpa kita sedar..
sekurang-kurangnya,
'blogging' 
adalah satu cara, yang membuat aku 'reverse' balik pada setiap detik masa yang aku lalui..
dari itu, aku berfikir...fikir..dan terus berfikir...

dari mana asalnya diri ini?..
apa yang ada dalam diri ini?..
ke mana hala tuju diri ini?..

AMPUNI KU, YA ALLAH..

sebenarnya..

aku sentiasa mencari sesuatu untuk memperbaiki diri.
bermuhasabah kembali diri dalam menguruskan masa yang masih berbaki ...

bagaimana bisa aku berubah?..
 jika hari hari yang aku lalui, tiada manfaatnya untuk diri..
di mana aku meletakkan kecintaan aku kepada ALLAH swt sehari2?..
bila masanya aku mengingatiNYA dalam setiap waktu berlari ?
dan..
bagaimana?..
untuk melalui masa masa yang diberi ini, tanpa sedikitpun melalaikan diri dari mengingatiNya..??

to be cont...
INSYAALLAH..

aku akan terus berlari..
~cahaya~
::090311,12am::