Mujahadah mencari keredhaan ILLAHI..

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Renungan I




RENUNGAN I : REZEKI ALLAH YANG MAHA LUAS

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur ini dipanjatkan ke hadrat Illahi, atas kurniaanNYA yang tidak putus-putus kepada kita, seisi makhluk bumi. Begitu juga atas lindunganNYA yang melindungi kita dari segala bahana bahaya, kesesatan, dan meletakkan jiwa ini kekal dalam nikmat HidayahNya . Di samping,rahmatNYa yang kian melimpah ruah dalam merahmati penghidupan sekalian alam.

Subhanallah, tika terlihat keindahan  alam ini yang  terletak kedamaian yang tiada ternilai. Tidakkah ia satu terapi yang sangat baik, untuk hilangkan ketidaktenteraman hati, tatkala kamu melihat hijaunya bumi, tenangnya air yang mengalir, sinarnya sang matahari yang menerangi setiap pelusuk bumi, dihiasi kumpulan awan yang meredupkan alam ini. Pandanglah dunia ini dengan mata hati, yang akan membawa kamu memahami keajaiban dunia yang penuh hikmah ini.


IRHAMNA, Ya ALLAH..

Salam sejahtera buat sahabat-sahabat yang saya cintai kerana ALLAH. Alhamdulillah, kerana hadirnya rasa ingin berkongsi dengan kalian, apalah  kiranya yang terbit dari sang hati ini,yang mungkin hanya suka-suka, dan mungkin juga tanda kasihnya dari saya yang menulis sebagai hadiah buat semua. Sesungguhnya, ingin berpuitis itu bukan saya, tetapi si penyair, yang bercerita itu bukan juga saya tetapi si penulis novel. Hadirnya tulisan saya ini kerana ingin berkongsi kepada kalian semua tentang apa yang saya nikmati dalam pinjaman kehidupan yang saya jalani. Sudilah kiranya saya mengajak kita semua merenung, setiap apa yang ada pada diri kita, setiap apa yang hadir dalam kehidupan kita, setiap apa yang direncanakan buat kita, adalah kerana Dia semata.

Sudahkah kita bersyukur dengan segenap nikmat yang kita kecap hari ini? Sudahkah kalimah ‘Alhamdulillah’itu singgah di bibir tanda penghargaan buat DIA yang mengurniakan segala-segala?. Jika sudah, Alhamdulillah, kerana kamu itu manusia yang mensyukuri nikmat Tuhan sebaiknya. Jika belum, Alhamdulillah kerana Tuhan itu tidak pernah mengharap balasan atas apa yang dikurniakanNYA, dan tidak juga bakhil untuk terus menerus memberi kamu nikmatNya. Terima kasih ya ALLAH.

Kenang sejenak detik kehidupan hari ini. Bagaimana kita jalani sesaat lalu?. Andai yang terukir di bibirmu itu adalah senyuman, Subhanallah, itu adalah sangat membahagiakan. Jikapun, yang terbit adalah kacaan air mata di birai kelopak mata itu, Alhamdulillah, kerana itu tandanya hati kamu sedang hidup. Yang tersenyum itu kerana rasa bahagianya, yang tertitis itu adalah kerana kekuatannya mengharungi kehidupan. Walau apa pun yang kamu lalui, hargailah, syukurilah, kerana detik yang berlalu itu tidak akan pernah terulang lagi.




Sahabat yang saya cintai kerana Allah,

Apa yang bermain di benak fikiran saya ketika ini adalah bagaimana untuk memahami dengan lebih jelas tentang tanggungjawab yang dilalui oleh semua manusia dalam kehidupan kita hari ini dalam mencari rezeki yang halal. Hakikatnya, itulah yang dilakukan oleh semua manusia yang hidup di dunia, mencari rezeki untuk makan, rezeki untuk hidup, untuk memberi kesihatan dan kekuatan pada jasad ini dalam perjuangan untuk beribadah kepada Yang Maha Esa.

Mencari rezeki itu adalah terlalu umum, kerana sesiapa sahaja mencari rezeki untuk meneruskan  hidup dengan pelbagai tatacara.Ya betul, Tuhan itu Maha Pemurah, kerana Dia menciptakan kita, dan menentukan jalan rezeki kita masing-masing sejak azali, tetapi,itu tidak bermakna kita hanya boleh goyang kaki , dan mengharapkan rezeki itu datang bergolek di kaki  sendiri. Sebagai perumpamaan, bayangkan, kalau tong beras di dapur rumah kita sudah tidak berisi, masakan tetiba tong itu akan penuh dengan sendiri? Tidakkah kita fikir, untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu berusaha, bukan hanya menadah tangan mengemis dan meminta sewenang hati. Oleh sebab itu kita perlu berusaha, mencari rezeki Tuhan yang sedia ada di bumi ini. Seperti perumpamaan tadi, berusaha untuk  mengisi tong beras yang kosong itu agar kembali berisi.

Kawan-kawan sekalian,

Mari kita lihat adab-adab mencari rezeki yang disarankan oleh agama kita, Jom!





Adab-adab mencari rezeki :

1)  Menganggap mencari rezeki itu adalah amal ibadah kepada Allah SWT.
2)  Memelihara iman dalam diri dalam berusaha.
3)  Mencari rezeki yang halal dari segi cara memperolehnya, mahupun sumbernya.
4)  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun dari Allah swt.
5)  Menginfakkan harta ke jalan Allah.
6)  Meringankan tangan untuk membantu golongan yang lemah.
7)  Merapatkan ukhuwah dengan tali silaturrahim sesama manusia.
8)  Tidak meminta-minta.
9)  Bersikap zuhud
10) Tawakkal kepada Allah swt.

*sumber :infokito.wordpress.com ~ dengan ucapan, terima kasih. J

Nah, mari sama-sama kita amalkan ya! Sebenarnya setiap adab itu dikuatkan lagi dengan hadis-hadis yang berkaitan adab-adab tersebut, dimana Allah sentiasa meyakinkan kita dengan janji-janjinya dalam kitab mulia, alQuran. Sama-sama kita rujuk ya!




Akhir kalam,  

Ya, mencari rezeki itu perlukan usaha dan taqwa. Sehebat mana pun kita hari ini, rezeki yang diminta-minta itu tidak akan datang pada kita semudahnya, kerana setiap sesuatu perlukan usaha dari kita.
Harus kita ingat, Tuhan juga telah permudahkan hambaNya dalam mencari rezeki kerana rezeki itu ditempatkan di mana- mana sahaja kita berada, sesiapa pun  kita di mata dunia, rezeki Allah itu bertebaran luas di bumiNya.  Kebergantungan manusia dengan seisi makhluk menjadikan kita tolong menolong dalam membantu melengkapkan kehidupan masing-masing. Yang tinggal, cuma hasil usaha kita, serta perjuangan yang kita sanggupi dalam mencari sesuap nasi. Dari situ, Allah tentukan rezeki kita, sebanyak mana kita berusaha, sebegitulah ganjaran yang kita bakal perolehi.

Mari kita lihat rezeki itu bukan sahaja dari segi fizikal dan material sahaja, ia juga terbit dalam bentuk kasih sayang, kebahagiaan, kerjaya, keluarga dan sebagainya. Melihat rezeki itu seluas-luasnya, dari makna kegembiraan yang kita rasa, dari kaca mata ujian dari Allah juga dikira rezeki yang telah menjadi ketentuan buat kita. Apa yang penting, bagaimana kita mengolah perjuangan kita untuk mendapatkan rezeki Allah yang Maha Luas itu dan sejauh mana kita mensyukuri apa yang Allah kurniakan itu..

Hatta,jika kamu sedang menikmati rezeki Allah pada hari ini, jangan sesekali lupa untuk mengucapkan syukur kamu padaNya. Jika rezeki yang kamu cari itu masih belum ditemui, mohonlah doamu seihklas hati, agar Ar-Rahman sudi memberinya, dan bertawakkal hanya pada Allah, sebagai tanda kita percaya, apa saja yang kita lakukan, apa pun yang kita dapat, adalah kepunyaanNYA. Subhanallah, “Rabbi yassir wala tuassir”.

Firman ALLAH,
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (aljumuah 62:10)


Akhir kata, senyumlah buat seisi dunia, dengan itu kamu akan mendapat senyumnya kembali. :)


Ikhlas,
Nurcahaya.
bebaskan dirimu terbang mencari keredhaan Illahi”.

sekian...
(madey  020412, 11.00pm)

Sunday, February 12, 2012

Cinta Ya Habib, Muhammad SAW.

Assalamualaikum wbt..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadhrat ILLAHI, kerana dengan limpah kurnia inayah dan izinNYa, nikmat kelapangan ini mengizinkan saya mencoretkan lagi sedikit tulisan di kalam blog " CAHAYA" ni..
Tulisan ini didedikasikan untuk hamba buat diri sendiri, yang selalu alpa dan leka dalam memenuhi kesibukan dunia. Mungkin tak seberapa, tetapi saya hanya berkongsi, apa yang diberi, dari kaca mata yang melihat, dari gema telinga yang mendengar,dari getar hati yang merasai...anugerah yang tidak ternilai dari MAHA PENCIPTA, YA RABBI.



Tulisan kali ini menjurus kepada kecintaan manusia kepada Nabi Muhammad SAW,
 Ya Rasulullah, Ya Habibullah...Kekasih ALLAH, kekasih seluruh umat manusia di bumiNya ini.
Hari ini, 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiul'Awal 1433 M, ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad Saw yang disambut di seluruh dunia. Ya, mungkin cukup sinonim kita dengar, bila adanya hari sambutan, tatkala itulah baru kita mengingati. Ye,itu benar. Bersyukur jugak, MALAYSIA mengiktirafkan hari ini sebagai hari cuti umum. JAdi, bolehlah, kita beristirehat, join sambutan ataupun tulis blog macam saya buat sekarang ni..hehehe....Suda terbiasa, sambutan Maulidur rasul di segala genap peringkat seperti JKKK, daerah, Negeri, dan kebangsaaan pastinya amat meriah di kala ini. Malahan, untuk anak-anak remaja hari ini , almaklumlah semua nya di hujung jari, so..mungkin hanya sekadar ucapan di Fb WALL anda, berkongsi sunnah/hadith nabi, mengalunkan selawat bertubi-tubi,  mencari cerita/sirah nabi kat p.cik 'Google' ataupun sekadar mendengar lagu nasyid perihal Rasulullah..itu dah dikira 'awesome' OK. At least, anda tahu siapa Nabi Muhammad saw, anda cintakan nabi Muhammad saw dan berselawat ke atasnya... kan?

Namun, ada yang memandang serong. mungkin kerana egonya barangkali.
 " ALA, time nilah nak post pasal sayangnya nabi, cintanya nabi, time lain buat2 lupa?" err..tipikal Melayu?...
MASYA ALLAH..itu dikira sombong tau. buat-buat tidak peduli. Jika pun, diri sudah terlalu megah dengan ilmu di dada, tiada salahnya kan turut serta meraikan hari ulangtahun Nabi Muhammad ni. Dan, janganlah sesekali memandang rendah terhadap orang lain. Apa kata, share something jugak untuk disampaikan dan dimanfaatkan bersama.. better kan~

hehee...


OK.
bersempena sambutan kali ini,  kalau untuk menyertai sambutan itu tidak berkempatan, pelbagai cara lagi boleh kita buat untuk meraikan Nabi Muhammad SAW ni.. antar nya mengenali  Rasulullah saw dengan lebih mendalam lagi. Yelah, bak kata orang melayu " Tak kenal, maka tak cinta." kan?.. sebab itu kita perlu kenal siapa Nabi Muhamad Saw dengan lebih mendalam, agar cinta kita padanya juga lebih mendalam..
di situ, akan membuahkan bait-bait rindu kita pada Rassulullah, dan kita akan sentiasa mengingati Baginda dalam setiap saat dalam kehidupan kita. Selain, menmbahkan ilmu di dada yang masih banyak ruang untuk diisi kan?..

CINTA TERHADAP RASULULLAH SAW

satu persoalan..
bagaimana kita meluahkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW..?

mungkin banyak cara untuk kita menyatakan rasa cinta kita kepada baginda.
tetapi,
adakah hanya kita sahaja yang mencinta rasul terulung ini?
adakah cinta yang kita lahirkan ini cukup hebat berbanding para sahabat di zaman pemerintahan Nabi Muhamad saw?
sejauh mana kita letakkan rasa cinta ini untuk rasulullah saw berbanding makhluk/benda lain dlm kehidupan?

bukankah, cinta kita lebih terjurus kepada keluarga?
cinta kepada sahabat?
cinta kepada pasangan ?
cinta kepada harta benda?
cinta kepada kehidupan?
dan apa bukti kita mencintai Nabi Muhammad SAW berbanding cinta dunia kita?

sebelum meletakkan cinta terhadap Rasulullah saw, kita harus berpegang pada beberapa asas.
iaitu, sebelum kita mencintai Nabi Muhammad SAW, telah ramai para sahabat yang terlebih dahulu mencintai nabi lebih dari apa yang kita mampu saat ini. Sebelum kita lahir juga, telah wujud jutaan umat yang mencintai nabi Muhammad saw. jangan sesekali menganggap bahawa cinta kita sudah cukup hebat berbanding umat baginda yang lain.
Persoalannya, adakah nilai cinta itu adalah nilai cinta yang terbaik dan diterima oleh ALLAH swt...
Cinta yang bagaimana, yang dikatakan cinta sebenar terhadap rasulullah  yang dipandang oleh ALLAH SWT ?

mari kita lihat, beberapa kisah, yang menceritakan betapa nabi Muhammad dicintai sepenuh hati oleh para sahabat dulu kala. tetapi cinta bagaimana yang boleh diambil sebagai contoh teladan yang baik untuk kita praktikkan dalam kehiduapn kita hari ini.
cerita ini saya petik dari ceramah audio yang bertajuk ' cara mencinta Rasulullah SAW'
yang disampaikan oleh Ust. abd Rasyid.
Lalu terinspirasi untuk berkongsi di kalam blog ini. Insyaallah, mudah-mudahana menjadi pedoman di kemudian.

CINTA ABU LAHAB (Bapa saudara nabi) 

Nama sebenar, Abd-al-Uzza Bin Abdul Mutalib.
Bapa saudara nabi.
Inilah adalah contoh terawal yang Allah SWT tunjukkan kpd manusia bagaimana seorang lelaki ini begitu hebat menyayangi nabi tetapi betapa kasih sayangnya tidak dinilai, dan kita semua mengetahui bagaimana berakhirnya riwayat hidup Abu lahab.
Dikisahkan, sewaktu Abu Lahab sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya,datang hambanya Thuwaibah membawa khabar bahawa adik iparnya, siti Aminah telah melahirkan seorang putera iaitu Rasulullah saw. Mendengarkan khabar itu, Abu Lahab sangat gembira sehingga memerdekakan hambanya iaitu Thuwaibah dan membuat kenduri menyambut kelahiran Muhammad, anak saudaranya. Setelah 40 tahun beberapa bulan, setelah Rasul diperintah oleh ALLAH swt untuk menyampaikan risalah Islam, Nabi Muhammad menghimpunkan seluruh kaum keluarga nabi. Namun, Abu Lahab muncul dan menentang nabi secara terang-terangan di depan kaum kerabat yang lain.
dengan itu ALLAH terus membalas perbuatan ABU LAHAB  sehingga dikutuk secara kekal di dalam satu surah al-Masad di dalam al-Quran.

begitulah, kalau kita mengambil jalan yang sama seperti ABU LAHAB tadi, iaitu, menolak risalah yang dibawa Nabi Muhammad secara mentah-mentah, segala kasih sayang yang beliau berikan kepada Muhamamd, sudah hilang nilainya. ALLAH langsung tidak menhitung cinta yang ABU LAHAB berikan kepada nabi.
 Menurut hadith sahih riwayat al-Bukhari, walaupun status Abu Lahab itu sehingga dikutuk secara kekal di dalam satu surah al-Masad di dalam al-Quran, akan tetapi kegembiraan beliau mendengar berita kelahiran nabi Muhammad melayakkan Abu Lahab mendapat minuman setelah mati daripada celah ibu jari dan telunjuk nabi. Menurut riwayat daripada al-Abbas, Abu Lahab akan mendapat minuman tersebut setelah mati pada setiap hari Isnin, iaitu hari kelahiran nabi.

wallhua'lam.


CINTA ABU TALIB



Abu Talib juga, merupakan bapa saudara Nabi yang sangat mencintai Nabi Muhammad epnjang riwayat hidupnya. Beliau merupakan antara kaum kerabat Rasulullah yang menyokong perjuangan dakwah Rasulullah. Beliau membesarkan baginda setelah kematian ibunda, dan sehingga Nabi menerima wahyu dari tentang Islam, dia mempercayai Rasululluah, Malah, tidak pernah menentang apa yang dibawa Rasulullah saw. Namun, perjuangan murninya buat Rasulullah, tidak membawanya kepada hidayah ALLAH. Hal ini kerana, beliau wafat bukan sebagai seorang mukmin. Sayangnya dia tetap berpegang kepada agama nenek moyangnya. Justeru dia tidak mendapat kejayaan yang sebenar," katanya.Diceritakan, saat kewafatan Abu Talib, Rasulullah sangat bersedih dan kecewa, kerana dia tidak dapat menolong Abu Talib untuk mendapatkan Hidayah ALLAH..Lalu, Nabi Muhammad dikatakan sangat kecewa dengan berita itu.


Walau bagaimanapun baginda menerima ketentuan yang seperti ini dan lalu berkata: "Akanku pohonkan keampunan (dari Allah) untuk mu wahai bapa saudaraku selagi aku tidak dilarang berbuat demikian".
Lalu Allah turunkan ayat surah at-Taubah, ayat 113 bagi menjawab persoalan mengenai kematian Abu Talib itu.
Firman Allah yang bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang Musyrik itu adalah ahli neraka.
Begitu juga firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). (al-Qasas: 56)






CINTA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

   Saidina Abu Bakar as Siddiq, sahabat Nabi Muhamad saw yang begitu tinggi darjatnya, dijamin masuk syurga dan imannya begitu teguh.


       Abu Bakar as-Siddiq merupakan khalifah pertama bagi umat islam (632-634). Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas beliau memeluk islam beliau menukar nama kepada Abdullah ibni Abi Qahafah. Beliau dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
      Namun beliau sering digelar Abu Bakar ( yang bermaksud unta muda di didalam bahasa arab) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan).
       Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain.
       Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji.

 Beliau mendapat gelaran As-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.

KONKLUSI


begitulah perkongsian cerita cinta Nabi ini yang dpat saya kongsikan. Bersumberkan, sedikit audio ceramah, pembacaan melalui internet tentang para sahabt dan keluarga baginda. Setelah mengenali perjuangan dan memahami cinta yang mereka tanamkan buat Rasulullah saw, bukan semudah yang kita sangkakan untuk  raih redha dan hidayah NYA ALLAH swt..

cuba kita lihat, bagaiman pebezaan cinta antara para sahabt dan kaum keluarga baginda yang lebih mengenali perjuangan Rasulullah saw.
cinta yang bagaimana cinta yang kita  pilih hari ini?
adakah cinta ABU LAHAB?
cinta di awal kelahiran Rasulullah saw, namun mengenepikan segala-galanya apabila baginda bersuara tentang agama Islam dan tuntutan betuhankan ALLAH yang satu kerana sikap angkuh dan bongkaknya.

adakah kita juga seperti itu, melaungkan rasa cinta kepada baginda, tapi sejuah mana kita mengmbil contoh teladan Rasulullah dalam kehidupan kita hari ini. jika kita menolak apa yang diajar Rasulullah, kita tidak ubah seperti ABU LAHAB, yang juga tidak mahu menerima ajaran Rasulullah..
wallahua'lam,
tepuk dada, tanya iman. apa khabar awak, MR IMAN.?
adakah kita meletakkan cinta terhadap Rasulullah itu bertepatan dengan apa yang kita lalui seharian dalam kehidupan ini.

Begitu juga, CINTA ABU TALIB..
tidak pernah menentang apa yang dibawa Rasulullah saw, malah Nabi sentiasa memohon agar bapa saudaranya itu dikurniakan Hidayah ALLAH swt/ Namun, begitulah firman ALLAH, sperti cerita di atas, "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya "..


dan, akhir sekali pilihan yang tepat adalah CINTA ABU BAKAR AS_SIDDIQ.
cinta suci yang perlu kita contohi dan aplikasikan dalam kehidupan kita hari ini.
Mendahulukan Rasulullah dalam segala perihal, dan menyambung risalah Rasullullah saw selepas ketiadaan baginda.

Alhamdulillah, sehingga sini dulu saya kongsikan ilmu yang ada. Semoga, dengan perkongsian ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan buat diri ini yang masih dahagakan ilmu ALLAH yang maha luas ini.
Sama-sama kita manfaatkan.
 WALLAHUA'LAM


Wassalam~

dari  lisan yang mendengar, dari    mata yang melihat,
~cahaya~
120212
12.00am




Wednesday, February 23, 2011

~lukisan alam, potret kehidupan sebenar~

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..
syukur ke hadrat ILLAHi, atas nikmat kurniaan dariNYA..
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw serta sahabat dan keluarga baginda.

ya ALLAH..



sungguhpun, 
diri aku ini lemah,
seringkali aku tersungkur di rimba duniawi ini,
kerana leka dan lalai,
merentasi dunia ini mengikut hawa nafsu,
hidup yang lalu berisi dosa-dosaku padaMU,
hati yang kosong tanpa hangatnya cintaMU,
jiwa yang lemah berhadapan ujianMU,



ampuni ku ya ALLAH,
bimbing aku ke jalan yang benar,
beri aku kekuatan,
untuk menempuhi hari yang mendatang,
dengan harapan ketenangan jiwa,
jiwa yang sentiasa dekat dengan cintaMU,
tunjuki aku jalan yang lurus,
jalan yang Engkau redhai..
amin..


SUBHANALLAH!!..

bagai tak terungkap oleh kata-kata..
betapa aku bersyukur memuji kepadaMU ya ALLAH.
atas segala ketentuan ini.

ujianMU, ku redhai..
cintaMU, ku cari..
kebesaranMU, ku kagumi.
keagunganMU, ku akui..




bagai satu sinar mentari yang menyinari..
menerangi jalan yang harus dilalui..
agar lebih mengerti makna hidup hakiki..


bagai cahaya bulan yang meyelubungi,
menyuluh segala kegelapan dalam hati,
agar mengenali siapakah sebenarnya diri ini..




aku bersujud..
memuji keagunganMU..

sahabat,
lihatlah penciptaan alam ini..
yang merangkumi rahsia dari jutaan ayat-ayat Allah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191)

Al-Imran : 190-191



Allah swt ingin kita merenung kejadian alam ini, yang diciptakan untuk kita memahami makna penciptaanNYA.
terlalu agung penciptaanNYA, hingga membataskan kata kata untuk menggambarkan betapa setiap isi bumi ini mengandungi hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadiannya..
di saat kita melihat, lihat lah dengan mata hati, yang akan memberi gambaran lebih jelas tentang hakikat penciptaan ini.
matahari, bumi, bulan, patuh beredar mengikut orbit yang telah ditetapkan tanpa sedikit ingkar pun.
jika ingkar, buruklah padahnya, pedihlah azabnya seluruh isi dunia.
kejadian manusia, yang bermula dari setitis air mani yang disenyawakan, dilanjuti secara berperingkat2 bermula dengan pembentukan kromosom yang mengandungi gen DNA, sehinggalah dilahirkan seorang manusia ke muka bumi ini, adalah rahsia penciptaan agung yang MAHA ESA.

SUBHANALLAH..

apakan daya,
 keterbatasan kata-kata dalam menyingkap keindahan kejadian alam dan manusia.
ciptaan hakiki YANG MAHA ESA.


ALLAHU AKBAR!

tidakkah kita mahu besyukur dengan apa yang kita ada sehingga hari ini?
walhal, nikmat hidup ini hanyalah satu pinjaman dari DIA semata.

bagaimana kita bisa merasa bangga?
sedangkan dunia ini hanya persinggahan yang tidak akan kekal selamanya..
di saat bumi hancur, ditelan usia..segala kebanggaan hilang sekelip mata.

istighfar!!

memang manusia mudah leka, bila iman di dada belum utuh.
yang difikir hanyalah urusan dunia.
kerana kehidupan di sana masih kabur di pandangan mata.
lihatlah dengan pandangan hati, yang dipandu oleh cahaya ILLAHI untuk menyuluh kehidupan ini.



Desah nafasku detakan  di jantungku,
Air mataku laju merah berpadu,
Langit menjulang nan kukuh tanpa tiang,
Berhias bintang tertata dan melayang,
membentang..
"KARYA TUHAN"


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). (2) 

Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3) 

Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya. (4)

 Ar-ra'du : 2

setelah melihat kebenaran dari ayat ayat ALLAH ini..
masih mampukah kita ingkar pada perintahNYA??
masih lalaikah kita berada di persinggahan dunia??


cermin wajah hati.


mari cermin diri ini,
bukan lagi melihat kebaikan atau kesempurnaan yang ada pada diri,
tetapi melihat jauh dari dalam,
selama wajah ini begitu sempurna kejadiannya, sebegitukah akhlak yang kita bawa selama ini??

astargfirullahal aziim,
malu untuk melihat wajah ini,
yang penuh dengan dosa dosa lalu..
tika lupa, asal usul kejadianku,
tika riak dengan kemewahan dunia,
tika bangga dengan ilmu di dada,
tika lalai dengan tanggungjawab sebagai hambaNYA..

aku sedih..
aku malu..

ya ALLAH,
jika masih ada ruang untuk aku memohon keampunan dariMU,
Engkau perkenankan lah..


ya ALLAH, Engkaulah (Penguasa), tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau,
Engkau Tuhanku, dan aku hambaMU, aku menzalimi diriku dan aku mengakui dosaku, oleh itu ampunilah semua dosaku, kerana sesungguhnya tiada yang mampu mengampuni dosa kecuali Engkau, bimbinglah aku kepada akhlak yang baik, jauhi dari segala keburukan, aku bersandar hanya padaMU, dan kepadaMU aku akan kembali.
aku bertaubat padaMU..




Didiklah hati dengan cahaya rabbani dan nabawi,
 Didiklah akhlak sebagai bunga diri  seindah pekerti nabi,
Ajarlah diri menjadi hambaNYA yang MAHA LATIF,
Coraklah kehidupan dengan AlQuran dan sunnah,
Coretkanlah kitab amalan dengan amal yang soleh, 
semoga kita bertemu husnul khatimah.


INSYAALLAH,dengan izinNYA..
 masih ada sinar yang mendatang..
bebaskan jiwa ini terbang mencari keredhaan ILLAHI..:)

lihatlah dengan mata hati,
~cahaya~
::220211, 12.28am::


Wednesday, February 16, 2011

~cintai dia, kekasih ALLAH~

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillahhirabbilalamin..
walupun, hari sudah menjauh malam, tapi hati ini tidak sabar2 untuk bercerita mengenai dia, kekasih hati yang sentiasa dirindui sepenuh hati, Rasulullah saw, NAbi Muhammad saw..
tentang perjuangan baginda sehingga detik nafas terakhir baginda kepada umatnya..
hanya satu kaalimah,

SUBHANALLAH!!

baru usai, bersama  Halaqah Tv9 ..
satu kupasan tajuk yang sungguh menyayat hati..
"wasiat terakhir"
sempena sambutan maulidur rasul, Nabi Muhammad saw..


syukran,
terlalu banyak info yang baru dan bermanfaat yang dikongsi bersama dari panel, dato seri Noh Gadot..
satu penyampaian yang amat menyentuh qalbu, sehingga air mata tertitis di pipi..
subhanallah, terlalu agung kasihmu ya habibullah..kepada kami, umatmu..

bila kita menyanjung nabi Muhammad saw,
jangan hanya melihat perjuangan nabi Muhammad saw ketika baginda masih hidup sahaja..
lihatlah juga, perjuangan baginda terhadap umatnya ketika detik2 terakhir baginda..
baginda, pemimpin terulung, yang tidak pernah memikirkan dirinya semata, kerana sehingga akhir hayatnya, yang berada dalam pemikirannya hanya untuk membela umatnya...
subhanallah..!!

ikuti kisah wasiat terakhir nabi Muhammad saw di halaman ini..


wahyu terakhir buat baginda nabi Muhammad saw..yang disampaikan oleh jibrail as.

 Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. 
(al Maidah :3)


sahabat,
 jangan sesekali kita lupa pada pusaka yang ditinggalkan oleh Baginda untuk kita..:


"Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepadakamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah akutinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanyapandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara ituialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatupersoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semuakembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu ituberkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."


      1) AL Quran
  2) Sunnah
3) Maut.

wasiat nabi Muhammad s.a.w kepada para sahabat dan kamu muslimin :

1) jagalah solatmu dan apa yang diperintahkan atasmu.
2) bertaqwa kepada ALLAH swt.
3) menjaga kebajikan wanita.


Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali,dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata:"Umatku, umatku." 


kisah agung kasihnya nabi Muhammad kepada umatnya..
Subhanallah!







sungguhpun, aku malu..
selama aku mengaku sebagai umatmu, sudah cukupkah aku buktikan cintaku padamu.??.
sejauh mana aku berpegang pada sunnahmu..??
layakkah  aku akan syafaatmu??.. , wahai habibullah..
ya Rasulullah, Nabi Muhammad saw...


ayuh!..


para sahabat sekalian,
marilah kita bersama ambil pedoman dari kisah ini..


bermula saat ini,
berjanjilah kita semua,
untuk :

             # bertaqwa kepada Allah swt untuk melindungi diri dari kemurkaan ALLAH swt.
                # pegang akidah kita, sepertimana barat "menggigit si iblis dengan gigi geraham."
                      # lakukan ibadah dengan ikhlas, 
              -" sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untukMU."
                      # mmbahagikan 24 jam masa sehari. kpd 4 bahagian:
                      
                         - masa untuk mendekatkan diri pada yang Maha Esa.
- masa unuk mencari rezki yang halal
                                                       - masa untuk kerja2 masyarakat.
                                                       -masa untuk mendidik zuriat atau anak2.


lihatlah, pengorbanan Rasullulah saw  dalam membela nasib umatnya.
bukan sahaja, ketika hayat baginda..malah, di padang mahsyar nanti, Rasullullah saw telah menjanjikan syafaat untuk umatnya yang mengikut ajarannya....subhanallah!




buka mata hati,

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raf :179)

" ya ALLAH, kau beri kami kekuatan,supaya kami sentiasa berpegang teguh kepada ketaatan kami pada MU dan kepada peringatan nabi kami nabi Muhammad saw."





kenali..cintai..teladani, Rasulullah saw..
~cahaya~
::160211,1.18 am::








Tuesday, February 15, 2011

.:gusarnya hati:.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..
Assalamualaikumwbt..

salam 12 rabiu'awal 1432 M,
salam maulidurrasul..ya habibullah..nabi Muhammad s.a.w..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

alhamdulillah..

atas nikmat kurniaan yang Maha Esa..

as salam, sahabat seperjuangan..
bagaimana hari ni? sehat?..:)

saye?
alhamdulillah, sehat..

cume, hari ini hati ini sedikit gusar..nape?..tanpa sebab..

terfikirkan, apa yang aku tulis kat blog ni..
sejak mula menulis sebelum ni. tak pernah pun terfikir pasal ni..hanya mencoretkan apa yang terbuku dalam hati ini, dan dengan keupayaan otak yang membantu jari jari ini berlari kat keyboard ni mengeluarkan perkataan demi perkataan, lalu  menghasilkan apa yang 'tertepek' di kalam blog sekarang ni..
segala yang tertulis pun atas apa yang terdetik saat tu..tidak pernah terlintas pun untuk jadikan blog ini sebagai jalan dakwah dan sebagainya....


subhanallah !


 amatlah berbangga jika berupaya untuk menjadikan blog ini sebagai satu platform dakwah..namun,  kekurangan ilmu dalam bidang ini membatasi..malah,langsung tiada pengalaman dalam dunia seorang dai'e.....aku hanya suka menulis..suka untuk menulis sesuatu yang bisa menyentuh qalbu si pembacanya..
ehem, cett,jiwang!..
apepun,tulisan2 ini hanya berniat untuk berkongsi segala ilmu ynag diperolehi bersama teman2 yang sudi...dan memuhasabah diri ini dan saling mengingati...selain, mencoretkan sedikit catatan kehidupan peribadi...
setidak - tidak, memperoleh manfaat untuk diri ini..
segala yang tertulis di blog ini..bersumber dari pembacaan dan ilmu yang diperoleh dari tazkirah atau ceramah yang aku hadiri..masih banyak yang belum diterokai sebenarnya..




dakwah : bukan jalan mudah..


:(


mood : hati yang gusar..
malu..
kalau hati ini hanya bisa bersuara, tapi..yang lahir hanya ucapan semata.


diri ini memang patut diuji, supaya apa yang diucapkan bukan sekadar di mulut sahaja....ujian inilah yang menentukan dimana kita letak hati kita dalam perjuangan ini..adakah kerana ALLAH swt atau sesuatu yang lain?..


ampuni ku ya RAbbi...




....."ALLAH itu Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.."

at taubah: 16

 ~cahaya~
::150211, 645pm::

Sunday, February 13, 2011

~Sejambak Bunga Cinta~

Assalamualaikum wbt..

ALHAMDULILLAH,
dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan untuk berada di bumiNYa ini menikmati limpah kurniaan 
Sang Pengcipta alam raya ini..
selawat dan salam, buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kekasih ALLAH yang dirindui sepenuh hati..serta sahabat dan keluaurga baginda yang dirahmatiNYA..

sahabat2 juga,
yang singgah di kalam ini, terima kasih..moga kita semua berada dalam Rahmat ILLAHI..:)

hari ni, 13 Februari..bersamaan 10 Rabiu'lawal 1432 M..yang semakin menghampiri hari keputeraan nabi Muhammad s.a.w pada 12 Rabiu'lawal nanti..
sekali lagi, ucapan salam dan selawat ke atas baginda nabi Muhammad saw tanda kita mencintainya..


alhamdulillah..

~sejambak bunga cinta~

tajuk ini, saya petik dari rancangan Halaqah, Akar Tradisi Ilmu, di TV9 tempoh hari..
bercerita mengenai 14 Februari..tarikh yang dianggap keramat bagi penganut agama kristian..yang merayakan hari kekasih ataupun lebih glemer sebagai Valentine's Day..

alhamduillah, saya sempat mengikuti program ni sehingga akhirnya..
kupasan dan penghayatan yang menarik yang diberikan oleh Ustz, Syed Norhisyam Tuan Padang sebagai panel..
akhir kate, USt berpesan, kepada anak2 muda belia yang menonton program ini, termasuk diriku..
untuk menyampaikan ilmu2 yang diperolehi kepada teman2 di luar sana yang tidak mengikuti program ini..
maklumlah, bukan semua yang berminat untuk mengikuti program sebegini kan..
jadi, dengan ilmu yang saya pelajari ni, ingin saya kongsikan sebahagian dari apa yang saya perolehi dari apa yang telah ust sampaikan..
sebenarnya, da seminggu pun rancangan ni ditayangkan, mungkin apa yang saya sampaikan nanti tidaklah 100% menepati, tapi harap maksud dan mesej yang ingin disampaikan, dapat dihayati bersama..:)
insyaAllah..

VALENTINE"S DAY..

sebut je, 14 Februari..saya pasti..remaja kita hari ini lebih mengerti apa yang ada di sebalik tarikh ni..
hari yang menjadi titik kasih bagi pasangan pasangan kekasih untuk melafazkan rasa cinta dan kasih mereka sepenuh hati.." be my valentine"..ucapan yang selalu digunakan oleh pasangan2 kekasih yang meraikan hari ini..segala perasaan cinta akan diluah  tanda  memperingati kekasih hati tentang kisah percintaan mereka...
malah, ada yang menjadikan hari ini sebgai tarikh rasmi untuk 'declare' atau mengesahkan hubungan cinta dengan kekasih hati, ada juga yang menjadikan tarikh ini sbg hari memeterai kasih mereka dengan perkahwinan dan sbgnya....soo sweet~~..>_<'

astargfirullahhalazim...
pernahkah kita tahu apa sebenarnya yang ade di sebalik tarikh ini??
dari mana asal usul nye??

HISTORY

mengikut, Katholik Encyclopedia : ada 3 versi yang berkaian dengan hari Valentine: 

  1. Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi. Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.
  2. Pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.
  3. Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
~portal PTS~

terbukti,
perayaan ini langsung berkaitrapat dengan agama kristian..
tapi, kenapa masyarakat kita hari ini, lebih lebih lagi golongan remaja amat mengagung agungkan
 'hari kekasih ' ini..
ini lah bentuk serangan akidah yang dicipta kaum yahudi terhadap umat islam kini.
malah, para remaja kita dengan membuta tuli tanpa mengambil tahu asal usul kewujudan hari kekasih ini, menyambut nya tanpa sedikit pun keraguan tentang hukum meraikannya....

BUKA MATA!

jika dipandang dari aspek sejarah  kewujudan 'hari kekasih'..perayaan ini langsung tidak relevan dengan agama kita,inikan pula
jika melihat dari segi apa yang dilakukan pada hari tersebut, comfem2lah..
ibarat, 'sudah terang lagi bersuluh', umat islam yang menyambutnya sudah pasti bergelumang dosa...
tambah pula, sikap remaja hari ini yang semakin berani berdepan dengan permasalahan sosial .. mereka melakukan apa sahaja yang mereka inginkan mengikut hawa nafsu dan sanggup berdepan dengan akibat dari perbuatan yang telah mereka lakukan..
lihat sajelah, pembuangan bayi, seks luar nikah yang semakin berleluasa di negara kita ni..
mereka seolah - olah tiada pegangan..tanpa rasa takut akan dosa dan azab yang menanti akiba perbuatan itu..
kajian juga menunjukkan, ramai anak luar nikah dilahirkan  pada bulan, SEPTEMBER..OKTOBER
kenape?
kerana, mengikut kiraan, jika mereka melakukan hubungan seks pada malam tahun baru, dan valentine..selepas 9 bln,mereka akan melahirkan baby pada bulan2 tersebut..ish..:(
scary..kan?..:((

naudzubillahimin zalik..

KENAPA DILARANG ??
  1. Perayaan ini disambut oleh penganut agama kristian..kita dilarang menyerupai sesuatu kaum yang lain.....

Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu ‘Umar, ia berkata bahwa Rasulullah  bersabda :

“Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka.”

Hadits di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara dhahir menunjukkan bahwa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana tersebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:

Barang siapa di antara kamu yang berteman dengan mereka,maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka.”

Hal ini sejalan dengan hadits yang diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr bahwa Nabi  bersabda:

  Barang siapa menetap di negeri kaum musyrik dan ia mengikuti hari raya dan hari besar mereka, serta meniru perilaku mereka sampai mati, maka kelak ia akan dikumpulkan bersama mereka di hari kiamat.” (HR. Baihaqi)

2. Menggalakan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita serta menghampiri zina..

Firman Allah SWT:


"Dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh satu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk" 

(Surah Al-Isra':32)

3) Salah satu bentuk serangan akidah dari Yahudi dan Nasrani terhadap umat islam..


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).

(surah Al-Baqarah : 120)


STOP doing THIS!

# menjadikan tarikh 14 FEB sebagai hari memperingati kekasih.
# memberi hadiah kepada pasangan kekasih di hari ini. (haram!)
# mengucapkan ucapan kasih dan sayang sempena valentine.

BAGAIMANA SOLUSINYA??

1) Peranan ibu bapa dalam menasihati anak2 masing2..pantau pergerakan mereka.
2) didik anak2 dengan agama seawal usia mereka.
3) memantau pergaulan anak2 lihat dengan siapa mereka berkawan.
4) para pendakwah mainkan peranan dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.cth : khutbah jumaat, usrah dsbgnya.
5)  tegur menegur sahabat, keluarga dengan penuh kesabaran.
6) sentiasa berkasih sayang antara keluarga sepanjang waktu, bukan pada hari tersebut sahaja.
7) hapuskan kewujudan hari valentine pada 14 FEB..there's no more valentine on 14 feb.

::KONKLUSI ::

Islam menggalakkan umatnya berkasih sayang antara satu sama lain. Namun, kasih sayang ini haruslah dbajai dengan keimanan dan ketaqwaan yang menetap dalam setiap hati.
hiasi sanubari dengan 3 cinta dalam ISLAM :

~CINTA ALLAH KEPADA HAMBANYA..

~CINTA HAMBA KEPADA PENCIPTANYA..

~ CINTA MAKHLUK SESAMA MAKHLUK CIPTAANYA.

cinta adalah anugerah ILLAHi yang suci, jagalah kesucian cinta ini.
cintailah DIA yang MAHA MENCINTAI..



dan,
bersedialah!! to say NO to VALENTINE"S DAY!!



Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.  (Al-Baqarah :120)


ya ALLAH..
kami mohon..agar kami dilindungi dari segala fitnah dunia ini..
beri kami kekuatan untuk menempuh mujahadah ini dengan redhaMU..

~amiin~


jaga kesucian cintaNYA
~cahaya~
-130211,11.45pm-