Mujahadah mencari keredhaan ILLAHI..

Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

BAHAGIA saya & DIA.




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi MAHA Pengasihani..

Assalamualaikum wbt..

SUBHANALLAH
Nikmat ketenangan merasai cintaNYA yang MAHA hebat..membuahkan perasaan getar di qalbu ini tiap kali diri mencari-cari cinta hakiki.. beri saya kekuatan ya ALLAH..

ALHAMDULILLAH
Nikmat kehidupan yang kian mengecap ke angka 2*.. Bersyukur, kerana hari ini, ALLAH masih membuka hati saya untuk menerima cintaNYa, mengingatiNYA.. Alhamdulillah, kerana hasil tulisan saya sebelum ini, kembali membawa diri saya bermuhasabah tentang kejahilan diri..dan juga, harapan agar kekal istiqamah dalam rasa cinta yang maha hebat ini..

ALLAHUAKBAR
ALLAH Maha Besar, yang menjadikan isi dunia seperti hari ini, kekal utuh di bawah junjungan langit yang tinggi, gagah berdiri di atas pasaknya bumi..yang melindungi kami di bawah RAHMATNYA yang tak pernah kurang walau sedikit..sesungguhnya, Dialah Al-Hafiz, MAHA Pelindung yang memelihara kami dari segala kecelakaan, juga AL-Hasib, MAHA Mencukupi, yang mencukupkan kami dari segala segi..

31 JANUARI 2012, bersamaan 8 Rabiu'l Awal 1433 M..
Kalam saya yang pertama, sesudah mencari-cari waktu untuk dilapangkan sedikit agar hati ini membuahkan bicaranya sendiri. 
Setahun berlalu 2011, meninggalkan memori yang tak bisa diungkap kembali. Ada yang pahit, manis pun tidak kurang hebatnya.. dan, mungkin juga yang sudah dinyah dari ingatan ini, semoga-moga membuahkan sesuatu yang bermakna dalam hidup ini. hanya dengan izinNYA.

Pinta hati, agar tulisan ini tidak sia-sia.. Bukan hanya sekadar tulisan sepi untuk kepuasan hati, moga-moga ia mengembalikan kesegaran hati, dan merungkai semula segala kemelut yang melanda diri. ah, apa  daya..saya hanya seorang pengecut. hanya mampu meluahkan segalanya di sini..Mungkin ini cara yang terbaik, tapi saya tahu DIA sentiasa disisi.. dan itu anugerahNYA yang sangat disyukuri.

Segalanya terlalu menguji. Inilah kehidupan. Inilah dunia. Kadang-kadang terleka dibuai keindahannya..kadang-kadang tenggelam dek kemanisannya. 
Fuhh~ hebatnya dugaan. saya sudah tertewas.




Bila menanti dengan tidak sabar, bila bertutur dengan tidak fikir, bila berbuat dengan tidak ikhlas...
Saya lemah seperti lalang ditiup angin, melonglai mengikut arah tiupannya. Tiada pendirian, tiada kekuatan yang membentengi diri dengan iman dan taqwa. Saya hanyut~





kan?..
kejar bahagia utk diri sendiri.
tapi,
untuk DIA?
........................................

dan, bila mengingatkan ini, hati saya lesu.
memikirkan apa yang perlu saya lakukan.
sudahlah, saya tiada berilmu, lagikan pula kekuatan..
bibir membisu kelu, jantung berdegup lesu, tanda saya terlalu kecewa.

YA ALLAH..
ampunkan saya.

beri masa pada saya.
untuk berfikir..
 fikir saya hanya kerana ingatkanMU..
diam saya hanya kerana ingatkanMU.
sedih saya hanya kerana rindukanMU..
insyaALLAH.

sejauh mana saya melangkah umur yang menginjak ini, bila menemukan satu kebahagiaan yang saya cari, semuanya hanya berstatus sementara. Akhirnya juga, pasti menemukan saya dengan kekesalan saya kerana menjauhi DIA..kerana semua itu bukanlah kebahagiaan hakiki..

saya bijak merancang perubahan.
tapi kenapa tiada kekuatan melaksanakan?

azam.
setiap tahun baru itu, pasti ada azamnya.
tapi, adakah azam itu disempurnakan sepenuhnya.?
di mana kekuatan saya...?


ada ketika, nafas saya tersendu-sendu. air mata saya mengalir laju. bila mengingatkan dosa-dosa yang lalu.
ada kala, saya lupa, saya terlalu seronok, terlalu teruja dengan kemewahan kehidupan..
kerana itu, saya malu.
malu dengan TUHAN YANG SATU.
denganNYA saya meminta kekuatan..
 denganNYA juga saya mengadu kelemahan...

mampukah saya?
membuktikan, saya bukan hanya mengadu kelemahan.
namun, saya juga punya kekuatan.

memulakan satu permulaan.
selangkah demi selanngkah..
agar, ia subur.
kekal istiqamah dalam sang jiwa.
hanya dengan izinNYA.

USAHA, TAQWA, MULIA.

tawakkal tu a'laLLAh..



di sini saya mengundur diri seketika.
mohon doanya dari teman yang sudi.
agar hati ini bukan saja mencari bahagia untuk diri ini, tetapi untuk DIA juga.
wallahua'lam.

Wassalamualaikum wbt..
=)
credit to : rusydee artz untuk pixs y hebat.



Saturday, May 7, 2011

~ sayangi dia, IBU~

Dengan nama Alah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Assalamualaikum wbt..


salam buat sahabat2 yang disayangi kerana ALLAH sekalian..

ALHAMDULILLAH..

sudahkah kalimah itu kita lafazkan hari ini?
jangan lupa ye..
hari ini, buat ke berapa kali entah..
ALLAH masih anugerahkan sehari lagi peluang untuk kita meneruskan kehidupan di bumiNYA ini..
jadi, tidakkah kita mahu berterima kasih pad tuhan ya RAHMAN?..

lets say,
ALHAMDULILLAH.
a simple thing to do..
a simple word to say.
a simple gift to ALLAH,
whenever we've got everything from HIM..
:)
and put a smile onto your face.
to share ur happiness with others..


senyum itu sedekah..:)

** CERITA SAYA**

sayangi dia , ibuku.

~8 may 2011~

hari Ibu sedunia.
HAPPY MOTHER's DAY.

bila tiba bulan MAY, terlalu banyak kegembiraan yang nak dikongsi bersma.
hek, bukan sahaja aku, tapi semua orang kot.
tapi, aku punya happiness tu, ++++ sikit..
hehe.
y?
tunggu..sat lagi aku cerite.

bulan MAY amat glemer dengan sambutan hari2 yang penting.

HARI IBU..
HARI GURU..
HARI PEKERJA..
CUTI SEKOLAH..
n so onn..

haha..taktau dah..:P
tu jela kott.

n paling special, my birthday..hehe.
sebab tu, i like MAY sejuta kali..
every MAY on every YEAR, i'll have my new age.

hurmm..
birthday tu lain entri i cite..
hek,
yang paling diingati bila tiba bulan MAY adalah, HARI IBU.
ape taknye, dari budak2 sekolah hinggala y dah tua pon,
akan mengambil kesempatan pada hari ini, untuk menghadiahi dan merai ibu mereka dgn sesuatu.
even, dengan hanya sekeping kad ucapan pon.
every year, kalau ade kesempatan, mmg kami akan sambut hari ibu.
biasanya dlm family, kami akan berkumpul dan buat sambutan hri ibu beramai2.
sebagai menghargai ibu2 yang tercinta dalm family kami.
waa.. rindu sangat moment itu~

kini,
bila dah dewasa, berjauhan dari fmily.
tak dapat nak join selalu.
ape pon, doaku sentiasa mengiringi.
:)

Sayang ibu ANDA tak?

OF COurSe La!
bila disoal budak kecik pon, mereka akan menjwab yang sama.
sape yang tak sayang ibu.. kan?
hehe.

dalam hadith Rasulullah saw.
juga ada menyebut..
tuntutan kita supaya menyayangi ibu kita..

Petikan hadith rasulullah saw.
Abu Hurairah radhiallahu 'anhu berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

dalam kitabullah juga turut disebutkan tentang suruhan berbuat baik pada ibu ..

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[Luqman 31:14]


*********************

begitulah,
ni baru sepotong dua potong ayat.
masih banyak kisah dan ayat2 yang menuntut kita untuk menyayangi ibu..
bayangkan betapa besarnya darjat seorang ibu.

mengapa ALLAh memuliakan seorang ibu, melebihi seorang bapa, pasti ada hikmahnya..
menghitung nikmat pengorbanan seorang ibu, dari saat mengandung hinggalah saat kita dewasa untuk meniti hari ini, pastinya tiada hitungannnya..

dan, dari ALLAH jualah, yang merencanakan segalanya sebaik mungkin.

mungkin, adakalanya kita tidak sedar betapa tabahnya hati ibu kita menahan perih sepanjang membesarkan kita sehingga dewasa..walau sepahit mana pun dilaluinya, takkan pernah terlihat keluhan darinya.
begitu ALLAH menjadikan seorang ibu dengan sifat kasih sayangnya yang tiada bandingnya.



sahabat,
ingin aku kongsi di sini.. kisah aku dan ibuku.
ALLAH lebih menyayanginya, dan kerana itu, dia berada di sana lebih awal dariku..
semoga dia bahagia disana, bersama orang2 yang beriman.
 wajahnya, namanya, sentiasa ada dalam hati ini..
Alfatihah.
buat arwah ibuku tercinta,  NAPISAH BT CHE SOH.

dibesarkan dengan gelaran 'ma'..
dialah tempat ku bermanja dari waktu kecilku hingga dewasa aku.
disebabkan aku adalah anak perempaun yang pertama, dan jarak untuk mendpat adik perempuan y ke2, agak jauh,  aku sedikit manja dengan ibuku. cepat merajuk, dan selalu mendesak jika menginginkan sesuatu..itu adalah sifat aku, yang perlu dipenuhi oleh ma.

ternyata kasih sayang yang aku terima tiada ternilainya.
mungkin waktu usia remaja, aku masih belum mengerti menghargai kasihnya.
sehinggalah, dewasa... di usia awal 20an, aku mula mengerti.
malah, berada berjauhan darinya juga buatkan kasih sayangku padanya teruji.
bila pulang ke kampung, pasti rindu tu akan terubat dengan layanan mesra utk memenuhi segala  kemahuan aku.
juga, tak lupa..menjamu aku dengan masakan2 yang lazat y juga kegemaranku..
wah, bahagianya rasa bak puteri diraje..huhu..:)

sehinggalah,
suatu saat, bila kami sekeluarga diujiNYA,
bila arwah jatuh sakit..
di situ, bermula saat memeritkan kami sekeluarga.
setiap hari, setiap kali di hujung solat pastinya dilanjutkan doaku, agar ALLAH memberi kesihatan yang baik padanya.
sampai suatu masa, bila dari ke hari kesihatan dia makin teruk.
pelbagai usaha telah kami lakukan untuknya.
dari doa hinggalah ke tawakkal padaNYA.
agar ALLAh memberi kesembuhan pada sakitnya.

namun, ketentuan ALLAH itu pasti ada hikmahNYA.
kami redha dengan ketentuanNYA.
setiap malam, aku berdoa.
agar ALLAH masih bri harapanNYA pd kami.
dan janganlah kau ambilnya dari kami, sebelum kami bersedia menghadapinya.

ya ALLAH.
apalah daya hambaMU, melawan kehendak takdirMU..
walau sepahit apapun yang kami tempuhi, ALLAH telah mengurniakan yang terbaik buat kami.
dan buat dirinya.
ALLAH lebih menyayangi dirinya.
dia pergi dulu dari kami, dan pastinya kami akan menyusuli pemergiannya..
kami redha ya  ALLAH.

ye, kehilangan nya sngt memberi impak dalam kehidupan aku.
segala pengalaman, dan kisah yang aku lalui itu, telah banyak memberi kesedaran pada diri aku.
dari situ, aku mulai kenal tanggungjawab aku kepadaMU..
aku mulai melangkah ke dunia di mana aku punyai tanggungjawab yang lebih berat yang telah aku abaikan selama ini..yang mungkin selama ini aku tak pernah fikirkan pun..
kehilangan dia, menemukan aku dengan satu erti penghidupan yang amat bermakna.
aku mula menghargai nikmat kasih sayang yang ALLAh kurniakan..
ampuni ku ya ALLAH..
ampuni dosaku terhadp ibuku..
ampuni dosa ibuku ya ALLAH...


inilah hikmah dariNYA.


 
kini,
kami dikurniakan sebuah keluarga yang baru
ALHAMDULILLAH.
semoga kasih sayang kami kekal terpelihara dalam redhaMU.
akan kami suburkan mahabbah ini keranaMU..


~hari IBU~



hargailah dia,selagi masih ada.
kadang2, kita tidak sedar kesilapan kita..
sepertimana kita tidak bersyukur dan menghargai apa yang kita ada, apa yang kita perolehi..
dan hanya setelah kehilangannya, baru kita nak sesali dan hargai dirinya..
jangan terlambat untuk membuktikan kasih dan cinta kita padanya.
setelah ketiadaannya..
jangan pernah mengeluh dan berputus asa..kita masih boleh berjasa padanya.
jadilah anak yang solehah yang senantiasa mendoaknnya di penghidupan sana.
jadikan ketiadaanya, sebagai satu titik tolak untuk kita terus kuat mnghadapi segala ujianNYA.
dan, mulailah dengan merubah diri kita, yang selama ini dah terlalu alpa dengan kemewahan nikmat dunia,
ke arah menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmatNYA..
ingatilah ibu anda..
bukan sahaja, pada hari ibu, tetapi dalm setiap hela nafas kita, jadikan
dia seorang insan y bertakhta di hati kita setelah ALLAH dn Rasulullah saw..

sayangi, cintai dan kasihilah ibumu..

bila mereka bercerita tentang hari ibu,
aku terdiam, aku terbisu..
hati aku merintih sayu, menyatakan rindu,
moga kau tenang disana wahai ibuku,
diri ini sentiasa mendoakan dn mengingatimu..

ya ALLAH.
peliharalah ibuku dari segala azabMU,
ampuni dosa2ku padanya,
ampuni dosa2nya,
tempatknnya dia antara orang2 yang beriman.
alfatihah..
aminn..


aku cinta ibu,
~cahaya~






Tuesday, May 3, 2011

~kekuatan dalam kelemahan~

Dengan nama Alah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Assalamualaikum wbt..

Duhai sahabatku,
Wahh..sangat merindui kalam blog ni..sekian lama tak singgah berlama- lamaan di sini..
Pastinya setiap hari tu pasti ada mase menjenguk, tetapi tiada masa untuk melepaskan rindu besamamu..huhu.. maafkan aku ok..;)


Alhamdulillah, setelah seminggu jugak ditarik oleh Tuhan nikmat kesihatan, kini aku beransur pulih. Mungkin kerana kekangan masa yang terlalu menelan waktu istirehat aku .. ape tak nye, 3 minggu berturut2, tiada hujung minggu untuk bermalas-malasan di rumah..wahha..ada baiknya juga, kerana aku tidaklah menghabiskan waktu aku untuk bertiduran sahaja..uhuhu…tapi, itula, waktu rehat juga terbatas…
Nah, itulah natijahnya..terus aku berMC dua hari kerana demam, dan hujung minggu y lalu, aku pulang ke kampung halaman aku.. wah, legaa..

Biaselah, pulang ke kampong memberi peluang untuk aku melepaskan rinduan aku pada keluarga tercinta.. terima kasih ya Tuhan atas nikmat RahmanMu..:)
Bersua mata dengan orang yang tersayang, adalah satu nikmat ketenangan yang Allah kurniakan pada setiap insan.  Dan aku adalah insan yang bertuah kerana punyai ramai orang tersayang di keliling ku..ALHAMDULILLAH.

Ya ALLAH, semoga aku dan keluargaku terus dikurniakan inayahMU.
Kau pinjamkan aku kekuatan MU ya KHALIQ..untuk terus melihat kegembiraan dan keharmonian dalam keluarga kami. INSYA ALLAH.

bagi aku,
kekuatan aku adalah orang yang tersayang.
di situ jugak terletak kelemahan diri aku.
di saat aku ingin melihat orangg tersayang bahagia, aku peroleh segala kekuatan untuk melakukan sesuatu.
tapi, di saat mereka lemah, mereka bersedih.
hati aku ni lagi rapuh..
saat itu hati aku juga dah hancur mungkin. huhuk..

kerana itu,
tiap kali aku perlukan kekuatan untuk melakukan sesuatu,
ianya akan aku sandarkan atas nama orang yang aku sayang.
demi mereka yang aku sayang..
dan sesuatu yang aku lakukan itu akan dilakukan dengan penuh azam dan semangat.
ALHAMDULILLAH.
syukur ya TUHAN.

dan haruslah aku berkata tidak.
tidak mahu melihat kesedihan dalam diri mereka.
kerana jiwa aku terlalu 'fragile' bila bersoal tentang mereka.
mungkin juga sbb aku ni, perempuan. dilahirkan bersama naluri seorang ibu.
bersifat penyayang, dan melindungi.
hek, bukan mahu memuji..tapi itu hakikat yang ikhlas dari aku ek..:)
ALHAMDULILLAH juga, atas nilai2 murni yang dihadirkan dalam diri ini..

saat ini,

Aku berjanji dengan diri aku.
Aku akan melakukan sedaya mungkin untuk melihat keluargaku gembira.
tiada yang lain aku mengharapkan, agar KAU melindungi keluargaku di bawah RahmatMU ya ALLAH.
Kau beri aku kekuatan, untuk menghadapi segala suka duka yang perlu aku lalui demi menjaga keharmonian  dalam rumah tangga ini  ya ALLAH.

ALHAMDULILLAH.
ALLAHUMMAINNI A’UZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZAN.