Mujahadah mencari keredhaan ILLAHI..

Friday, January 28, 2011

ISLAM GENETIK vs ISLAM HIDAYAH


Salam Sayyidul ayyam..
penghulu segala hari..
ALHAMDULILLAH..
dengan inayahNYA masih mampu menghirup udara yang dikurnia ILLAHI..

pagi tadi, saya sempat untuk menghadiri sesi tazkirah
dan ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi..
sebagai bekalan untuk diri dan kalian..
tajuk tazkirah kali ni adalah..

ISLAM GENETIK vs ISLAM HIDAYAH

definisi :

Islam Genetik : islam yang dianuti dari keturunan atau warisan. biasanya orang melayu.
Islam Hidayah : islam yang dianuti setelah mendapat Hidayah dari ALLAH s.w.t

prof. HAMKA : " umat islam hari ini perlu bersyahadah kali kedua, kerana seolah syahadah islam yang pertama tidak diredhaiNYA."

umat islam sekarang menyimpang jauh dari umat islam terdahulu.
perbuatan, kelakuan umat islam hari ini tidak menunjukan keindahan islam yang sebenar..malah menimbulkan fitnah dari orang orang kafir. sehinggakan mereka memandang orang islam ini lebih hina dari kaum kaum mereka. tidak perlu pandang jauh ke negeri luar, lihat saja di negara kita yang tercinta ini..

sedih kan?..untuk hidup di zaman yang penuh dengan fitnah dunia ni..lihat sajalah berapa banyak jenayah atau masalah sosial yang berlaku....malah,perkara perkara maksiat dan jenayah ini sudah dianggap biasa bagi kita.. dan, paling memilukan, golongan yang terlibat dalam masalah ini adalah, orang melayu yang beragama islam..
astargfirullahalazimm..:'(

di mana?
kita letakkan diri kita, bila mana saudara sebangsa dan seagama kita berperilaku demikian?
atau, kita jua terlibat sama dalam hal begini..atau, mungkin jua kita jua menyumbang kepada permasalahan ini..?

antara masalah yang paling ketara dan sudah menjadi biasa :

# pembuangan bayi : setiap 17min : 1 bayi luar nikah dilahirkan..
# pembunuhan berleluasa
...............

dan,
budaya umat islam hari ini yang dikatakan tanpa sedar 'menjual agama':
> tidak sembahyang,puasa
> couple
> berzina
> menyebarkan article/photo yang menhina agama islam. .
> kepercayaan kuat kepada adat : bersanding* ketika kahwin dsbgnya..
-dikatakan adat bersanding ini boleh dilakukan, tetapi secara tertutup dan hanya dilihat oleh adik beradik terdekat sahaja.
> filem atau drama yang mengandungi unsur unsur syirik/khurafat.
> buta agama, buta AlQuran.


astargfirullahalaziim..
terlalu banyak keindahan dunia ini yang melalaikan kita..
fikiran umat Muhammad s.aw kini dijajah oleh anasir anasir jahat yang ingin mencelarukan perpaduan umat islam. kesannya, kita jauh tersasar dari kehidupan beragama yang sebenarnya. budaya beragama sudah lapuk ditelan kemewahan dunia yang fana semata, hingga mengaburkan umat manusia tentang penghidupan di kampung akhirat sana..

zaman hari ini..
facebook..blog..
yang amat berleluasa di minda masyarakat dunia kini.
tidak dinafikan, aku juga di antara golongan ini..
bagi aku, penggunaan Fb / Blog ini terpulang pada si pemiliknya..
jika, diguna sebagai medium untuk mencari ilmu, itu tidak salah..namun, jangan melampaui batasan. aku juga kadang2 terlalu taksub dengan FB bila fungsinya yang mendekatkan kita dengan kawan sahabat handai dengan cepat,senang..tapi,kita harus bijak menggunakan medium ini untuk menimba ilmu dan memperoleh ilmu sebaik mungkin..
bukannya, utk menambah dosa..

INSYAALLAH..
ingin jadi lebih berhemah pasni..:)
kawan2 juga ye..

ust juga menceritakan..
ade seorang pakar bahasa yang memberi pendapatnya kepada beliau..
tentang perkataan ISLAM .
soalnya : " diantara Islam dan islam yang manakah yang menunjukkan agama islam ini adalah praktikal dan merupakan agama yang boleh diterima di seluruh pelusuk dunia??"

katanya lagi : Islam yang ditulis dengan huruf 'I' atau merujuk kepada satu kata ganti nama Khas. sepatutnya ISLAM ditulis sebagai islam menggunakan 'i' yang merujuk pada umum atau kata kerja. kerana islam bukanlah satu kata nama, tetapi kata kerja..bukankah islam itu praktikal, dan harus dilaksanakan..bukan hanya satu kata nama seperti yang dianggap masyarakat dunia kini..

ustaz : boleh diterima juga pendapat dari pakar bahasa ini..memang sekarang islam hanya tinggal pada nama..?? kn?..


benarlah,
Rasulullah s.a.w bersabda :
" akhir zaman ini, islam hanya tinggal pada nama.
akhir zaman ini, ALQuran hanya tinggal tulisan".

naudzubillahiminzalik..:(


inilah dunia akhir zaman..
sudah jelas, makin banyak tanda tanda kiamat itu makin mendekat dengan dunia ini..
bilamana, zaman ini mengulangi zaman jahiliyyah dahulu kala..

rasulullah s.a.w juga bersabda :
" aku, bila diutuskan di dunia, maka kiamat sudah dekat"
- diumpamakan seperti dua jari, iaitu jari telunjuk dan jari manis yang dirapatkan..namun ukurannya tidak pasti, dari segi beza tinggi kedua jari ini atau ingin mnunjukkan kerapatan kedua dua jari tersebut..wallahua'lam..


jadi..
apa yang perlu kita lakukan?..
mungkin tidak untuk merubah orang lain..tapi mulakan dengan mendidik jiwa kita dahulu.
akhir zaman : time to deliver
masa untuk melaksanakan..
bagaimana??

1) beriman kepada ALLAH s.w.t
2) beramal soleh.
3)tegur mengur dengan penuh kesabaran.
4) amalkan budaya 'tanassuh' - nasihat menasihati.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)
Al-Asr : 1-3

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
As- Saff: 8
kita harus didik jiwa kita..
jangan sesekali memandang remeh soal agama dalam semua hal..
merubah cara hidup kita berlandaskan agama islam yang sebenar.
bersama kita sahut seruan ini,

" saya mestilah muslim dalam ibadah."
"saya mestilah muslim dalam akidah"
"saya mestilah muslim dalam akhlak"
"saya mestlah muslim dalam berkeluarga"
"saya mestilah muslim dalam berkawan"


islam hidayah : walau dengan apa cara atau matlamat sekalipun, islam menerima orang yang ingin memeluk agama islam secara terbuka kerana ianya adalah hidayah dari ALLAH s.w.t.

tugas kita sama.
tidak kira islam genetik mahupun hidayah.
kita harus mengembalikan kehidupan beragama pada zaman hari ini..
dengan cara,
menzahirkan iman, menonjolkan kehidupan beragama dan tidak membeza bezakan sesama manusia,malah sama menasihati dan beramal soleh semata mata mengharapkan kesenangan di akhirat sana..
INSYAALLAH..



" jaga agama ALLAH, dan ALLAH akan jaga kita",
~cahaya~
>280111<



No comments: