Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikumwbt..
Alhamdulillah,
syukur terhadap Illahi kerana masih menikmati kehidupan ini.
menikmati indahnya pagi bersama sang suria yang menyinari..
menikmati segarnya sang udara yang menghembus bayu lembut di pagi hari..
menikmati hijaunya si dedaunan pohon yang menyeri alam ini..
SUBHANALLAH,
damainya bila memikirkan keindahan alam ini..
:: IKLAN!::
erm!..baru teringat,
korang tahu x bunga sakura??
hum, ade kat jepun kan? dan musim dia 7hr je di bulan April..(kalau xsilap r kan)..:P
korang betulkan kalo salah..:P
ha, nak habaq ni, korang jgn terkojut!
sekarang kat area bertam indah dan bertam putra pon ade bunga sakura tau..haa..:)
dan memang, orang kat sini panggil bunga sakura pun..
tengok gambar dibawah ni, korang y stay sini comfem la familiar jln ni kan?..
area bertam indah.
ni, gambar amik dr tenet, sbb xsempat lak nak capture y real punye..
tapi ala2 gini la skg kat bertam indah n bertam putra..kalau xcaye, sile datang..:)..
bole melawat i sekali..hehe..:)
indahnya alam ini..
di situ terletak kedamaian yang tiada ternilai..
satu terapi yang baik, untuk hilangkan ketidaktenteraman hati....
ok,
back, to post title..:)
:: NIKMAT BERSAHABAT::
sahabat, teman, kawan, rakan,..
atau apa sahajalah..
yang membawa maksud kepada seseorang yang boleh dikatakan sentiasa di samping kita, atau mungkin seseorang yang selalu dekat dengan kita..tak kiralah, kat tempat kerja ke, sekolah ke, alam maya ke..
yang pasti, mereka itu adalah orang yang paling banyak kita luangkan masa bersama..kan?
ramai kawan itu pasti,..
tapi hanya sesetengah kawan je yang akan buat kita selesa berada bersama mereka..
rite?..
ok.
tak maulah, bercerita panjang..
sebenarnya, aku ingin share rasa gembira aku, punyai sahabat macam mereka..
terima kasih sangat kat mereka, yang banyak memberi sokongan pada aku..
tika suka, tika duka..
yang penting, korang memang tip top!..:)
hehe..
saaayang korang sangat!..
nah! amek love utk uols..:)
mereka adalah..tett..:P
biarlah aku je, dan mereka yang tahu..
kami,
mula mengenali sejak Uitm dulu..serumah, sekelas, selab dan se se...sekian.
dan, tentulah sejantina ok..:P
hinggalah, sekarang..kami masih bertiga..serumah, satu tempat keje..huhu..
memang osmet sepanjang zaman, bak kate dia..;)
yang paling best, kami ni sekepala sehati dan sejiwa..
bersyukur sangat.
sebab dalam hidup ini, ada sahabat yang memberi keceriaan dalam hidup sehari-hari.
tanpe kawan, haish..tak mau bayangkan r..
:: STORI MORI::
semalam,
kami keluar bersama ke jemputan kenduri tahlil kawan di penang.
hurm, time ginilah kami boleh spend masa bersama2 lebih sikit, ye lah, kalau dah keje tu memag jarang lah boleh bergosip2 lebih, maklum sajelah, balik keje, masing2 penat,masuk bilik dan tido..huhu..
so, bila ada masa bersama2 macam ni, boleh lah bercerita or meluahkan rasa masing2 n bergossip.uhukk..
wah, enjoy makan bersungguh-sungguh.
maklumlah makan free..ekk..:p
happy, sebab perut kenyang..^_^
then, selesai bermakan makan dan berbual bual kosong,
ala2 m.cik2 bergosip di majlis kenduri,kami pulang ke rumah..
dalam perjalanan balik tu,
kami berbual bual..
dari satu topik......ke satu topik yang lain..
yang aku ingat, main topik adalah pasal ESQ..
tiba2 aku tanya diorang,
cik madey : "eh, korang.aku pelik lah..kenapa kita je yang selalu bersemangat nak gi ESQ eh?"
kawan2 yang lain yang dah jadi alumni tu, cam xberminat pulak..hurmm"
mereka : " hurm..
cik madey :" em, takpelah, bialah orang nak cakap ape, asalkan aku tahu, yang ape yang kita buat ni, kita je yang lebih paham apa yang kita dapat dari ESQ tu..kan?"
so,kami share luahan rasa masing2..
(diubah dialog dan scene utk menyedapkan dan seng paham,lagipon xhengat dah.. tp tetap xlari tajok)
aku bukan nak share pasal ESQ,
tapi, waktu ni hati aku tersentuh..
tiba2 rasa terharu..
sebab, aku ada kawan yang merasai apa yang aku rasa..
sebab, mereka mendengar luahan hati yang selalu aku pendam sorang2..dan bila aku luahkan, rupanya mereka juga rasa apa yang aku rasa..
ya ALLAH,
susah aku nak gambarkan perasaan aku.
begitu juga tika mereka luahkan perasaan mereka, aku dapat merasainya,..
ALHAMDULILLAH..
kerana mereka adalah sahabatku..
semoga kami akan sentiasa bersama untuk perbaiki diri kami yang hina dina ini menuju kebahagiaan di sana..
INSYAALLAH..
doakan persahabatan kami ye..:)
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
::DOA bUAT SAHABAT::
Ya ALLAH,
Panjangkanlah umur sahabatku,
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangilah hatinya dengan 'nur' pancaran iman,
Tetapkanlah hatinya,
Perluaskanlah rezekinya,
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
Jauhkanlah hatinya daripada kejahatan,
Tunaikanlah segala hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.
ya ALLAH
kurniakanlah sahabatku
kesenangan, ketenangan, kebahagiaan, keberkatan & kecemerlangan
di dunia dan akhirat.
amin..
aku sayang sahabatku.
~cahaya~
::050311,10.30am