Mujahadah mencari keredhaan ILLAHI..

Sunday, February 27, 2011

~terima kasih ya TUHAN~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Assalamualaikum wbt..

Syukur pada ALLAH swt..
masih punyai ruangan dalam kehidupan di bumiNYA..
salam dan selawat, buat ya Habibullah, Nabi Muhammad s.a.w..

mulakan hari dengan senyuman..=)


senyuman itu sedekah.

"more you give, more you get."

"senyum seindah suria, kan membawa bahgia..senyumlah dari hati, duniamu kan berseri.."
ehek, terlanjur berkaraoke pule..:P


maaflah, diriku kebosanan..
~home alone~
cam biaselah, whenever my besties pulang ke kampung masing2..
ana bersendirian di rumah..uhuk..>_<'
nak gi jalan2 pun malas..entahlah, best therapy for myself adalah terperuk dalam umah..
hee..pelik?..tapi benar..

ok.
sebenarnye, kekeringan idea ni untuk berblogging.
no title comes up, sejak 15 min y berlalu mewujudkan post neh..:p
sebab tu lah, duk membebel dari td  ni..hee..

hurm..
mungkin nak share sikit lah, apa yang berlaku sepanjang minggu ni.
sekadar mengisi ruangan ni..:)

:: ESQ=SC2::

last weekend, berpeluang untuk attend ESQ=SC2, di Hotel Flamingo, Ampang KL.
angkatan 001 di Malaysia.
alhamdulillah, menerokai lagi perjalanan spiritual lebih jauh..
kali ini, lebih dalam menyusuri ke dasar lautan,
ya ALLAH, sangat luar biasa pengalamannya.


SUBHANALLAH!

membongkar lebih banyak lagi kehebatan mukjizat AlQuran.
pendedahan yang luar biasa dari model ESQ kali ni.


ALHAMDULILLAH..


sangat membuka mata hati ini, untuk terus merasai kehebatan penciptaan yang MAHA ESA.
selama ini, kalau kita hanya tahu melihat.
penglihatan itu terbatas.
tetapi, dengan pengalaman ini, kehebatan Sang Pencipta dapat dirasai.

ya ALLAH, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.
rahsia penciptaan agung ini.
aku hanya mampu bersyukur, dengan segala nikmat kurniaanMU.

nikmat hidup.
nikmat kesihatan.
nikmat rezeki.
nikmat kebahagiaan.
nikmat kasih sayang.
nikmat petunjukMu.
nikmat Islam, Iman, & Ihsan.

yang telah Engkau limpahkan buat kami.
SYUKUR, Ya ALLAH..



moga hati ini istiqamah di mujahadah ini..amiin..


:: HADIAH::


happy..:)
terima kasih HALAQAH tv9, sebab sudi memilih pandangan saya .
hehe.
alhamdulillah.

tanpa disangka2, memenangi pandangan terbaik semasa siaran 'wasiat terakhir' minggu lepas.
wah, bahagia.
bukan sebab pandangan terbaik, tapi sebab dapat hadiah.
dapat satu buku dari pihak tajaan PTS.
hari selasa lepas, dah dapat buku tersebut.
bertambah2 lah bahagia sebab buku yang sangat menarik.
tak sabar nak baca ni.
belum punya masa gitu..alasan!


apepun,
terima kasih TV9,pihak penaja dan Halaqah.
sangat gembira.

ini bukunya.


:)
tenkiu..like3..

belum start bace lagi, sebab sdg mmbaca buku lain,
INSYAALLAH,
nantii bila dah bace, sy akan share..

akhir kalam,

cintakan diri, diri akan mati.
cintakan ibu bapa, mereka juga akan pergi.
cintakan dunia, takkan kekal abadi.
cintakan ALLAH, kasih sayang yang abadi.

mari kita berkasih sayang kerana ALLAH.

jom..:)

say ALHAMDULILLAH,thank you ALLAH..



thank u my dear ALLAH.
~cahaya~
::270211,12.30am::






Wednesday, February 23, 2011

~lukisan alam, potret kehidupan sebenar~

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..
syukur ke hadrat ILLAHi, atas nikmat kurniaan dariNYA..
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw serta sahabat dan keluarga baginda.

ya ALLAH..



sungguhpun, 
diri aku ini lemah,
seringkali aku tersungkur di rimba duniawi ini,
kerana leka dan lalai,
merentasi dunia ini mengikut hawa nafsu,
hidup yang lalu berisi dosa-dosaku padaMU,
hati yang kosong tanpa hangatnya cintaMU,
jiwa yang lemah berhadapan ujianMU,



ampuni ku ya ALLAH,
bimbing aku ke jalan yang benar,
beri aku kekuatan,
untuk menempuhi hari yang mendatang,
dengan harapan ketenangan jiwa,
jiwa yang sentiasa dekat dengan cintaMU,
tunjuki aku jalan yang lurus,
jalan yang Engkau redhai..
amin..


SUBHANALLAH!!..

bagai tak terungkap oleh kata-kata..
betapa aku bersyukur memuji kepadaMU ya ALLAH.
atas segala ketentuan ini.

ujianMU, ku redhai..
cintaMU, ku cari..
kebesaranMU, ku kagumi.
keagunganMU, ku akui..




bagai satu sinar mentari yang menyinari..
menerangi jalan yang harus dilalui..
agar lebih mengerti makna hidup hakiki..


bagai cahaya bulan yang meyelubungi,
menyuluh segala kegelapan dalam hati,
agar mengenali siapakah sebenarnya diri ini..




aku bersujud..
memuji keagunganMU..

sahabat,
lihatlah penciptaan alam ini..
yang merangkumi rahsia dari jutaan ayat-ayat Allah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191)

Al-Imran : 190-191



Allah swt ingin kita merenung kejadian alam ini, yang diciptakan untuk kita memahami makna penciptaanNYA.
terlalu agung penciptaanNYA, hingga membataskan kata kata untuk menggambarkan betapa setiap isi bumi ini mengandungi hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadiannya..
di saat kita melihat, lihat lah dengan mata hati, yang akan memberi gambaran lebih jelas tentang hakikat penciptaan ini.
matahari, bumi, bulan, patuh beredar mengikut orbit yang telah ditetapkan tanpa sedikit ingkar pun.
jika ingkar, buruklah padahnya, pedihlah azabnya seluruh isi dunia.
kejadian manusia, yang bermula dari setitis air mani yang disenyawakan, dilanjuti secara berperingkat2 bermula dengan pembentukan kromosom yang mengandungi gen DNA, sehinggalah dilahirkan seorang manusia ke muka bumi ini, adalah rahsia penciptaan agung yang MAHA ESA.

SUBHANALLAH..

apakan daya,
 keterbatasan kata-kata dalam menyingkap keindahan kejadian alam dan manusia.
ciptaan hakiki YANG MAHA ESA.


ALLAHU AKBAR!

tidakkah kita mahu besyukur dengan apa yang kita ada sehingga hari ini?
walhal, nikmat hidup ini hanyalah satu pinjaman dari DIA semata.

bagaimana kita bisa merasa bangga?
sedangkan dunia ini hanya persinggahan yang tidak akan kekal selamanya..
di saat bumi hancur, ditelan usia..segala kebanggaan hilang sekelip mata.

istighfar!!

memang manusia mudah leka, bila iman di dada belum utuh.
yang difikir hanyalah urusan dunia.
kerana kehidupan di sana masih kabur di pandangan mata.
lihatlah dengan pandangan hati, yang dipandu oleh cahaya ILLAHI untuk menyuluh kehidupan ini.



Desah nafasku detakan  di jantungku,
Air mataku laju merah berpadu,
Langit menjulang nan kukuh tanpa tiang,
Berhias bintang tertata dan melayang,
membentang..
"KARYA TUHAN"


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). (2) 

Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3) 

Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya. (4)

 Ar-ra'du : 2

setelah melihat kebenaran dari ayat ayat ALLAH ini..
masih mampukah kita ingkar pada perintahNYA??
masih lalaikah kita berada di persinggahan dunia??


cermin wajah hati.


mari cermin diri ini,
bukan lagi melihat kebaikan atau kesempurnaan yang ada pada diri,
tetapi melihat jauh dari dalam,
selama wajah ini begitu sempurna kejadiannya, sebegitukah akhlak yang kita bawa selama ini??

astargfirullahal aziim,
malu untuk melihat wajah ini,
yang penuh dengan dosa dosa lalu..
tika lupa, asal usul kejadianku,
tika riak dengan kemewahan dunia,
tika bangga dengan ilmu di dada,
tika lalai dengan tanggungjawab sebagai hambaNYA..

aku sedih..
aku malu..

ya ALLAH,
jika masih ada ruang untuk aku memohon keampunan dariMU,
Engkau perkenankan lah..


ya ALLAH, Engkaulah (Penguasa), tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau,
Engkau Tuhanku, dan aku hambaMU, aku menzalimi diriku dan aku mengakui dosaku, oleh itu ampunilah semua dosaku, kerana sesungguhnya tiada yang mampu mengampuni dosa kecuali Engkau, bimbinglah aku kepada akhlak yang baik, jauhi dari segala keburukan, aku bersandar hanya padaMU, dan kepadaMU aku akan kembali.
aku bertaubat padaMU..




Didiklah hati dengan cahaya rabbani dan nabawi,
 Didiklah akhlak sebagai bunga diri  seindah pekerti nabi,
Ajarlah diri menjadi hambaNYA yang MAHA LATIF,
Coraklah kehidupan dengan AlQuran dan sunnah,
Coretkanlah kitab amalan dengan amal yang soleh, 
semoga kita bertemu husnul khatimah.


INSYAALLAH,dengan izinNYA..
 masih ada sinar yang mendatang..
bebaskan jiwa ini terbang mencari keredhaan ILLAHI..:)

lihatlah dengan mata hati,
~cahaya~
::220211, 12.28am::


Wednesday, February 16, 2011

~cintai dia, kekasih ALLAH~

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillahhirabbilalamin..
walupun, hari sudah menjauh malam, tapi hati ini tidak sabar2 untuk bercerita mengenai dia, kekasih hati yang sentiasa dirindui sepenuh hati, Rasulullah saw, NAbi Muhammad saw..
tentang perjuangan baginda sehingga detik nafas terakhir baginda kepada umatnya..
hanya satu kaalimah,

SUBHANALLAH!!

baru usai, bersama  Halaqah Tv9 ..
satu kupasan tajuk yang sungguh menyayat hati..
"wasiat terakhir"
sempena sambutan maulidur rasul, Nabi Muhammad saw..


syukran,
terlalu banyak info yang baru dan bermanfaat yang dikongsi bersama dari panel, dato seri Noh Gadot..
satu penyampaian yang amat menyentuh qalbu, sehingga air mata tertitis di pipi..
subhanallah, terlalu agung kasihmu ya habibullah..kepada kami, umatmu..

bila kita menyanjung nabi Muhammad saw,
jangan hanya melihat perjuangan nabi Muhammad saw ketika baginda masih hidup sahaja..
lihatlah juga, perjuangan baginda terhadap umatnya ketika detik2 terakhir baginda..
baginda, pemimpin terulung, yang tidak pernah memikirkan dirinya semata, kerana sehingga akhir hayatnya, yang berada dalam pemikirannya hanya untuk membela umatnya...
subhanallah..!!

ikuti kisah wasiat terakhir nabi Muhammad saw di halaman ini..


wahyu terakhir buat baginda nabi Muhammad saw..yang disampaikan oleh jibrail as.

 Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. 
(al Maidah :3)


sahabat,
 jangan sesekali kita lupa pada pusaka yang ditinggalkan oleh Baginda untuk kita..:


"Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepadakamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah akutinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanyapandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara ituialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatupersoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semuakembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu ituberkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."


      1) AL Quran
  2) Sunnah
3) Maut.

wasiat nabi Muhammad s.a.w kepada para sahabat dan kamu muslimin :

1) jagalah solatmu dan apa yang diperintahkan atasmu.
2) bertaqwa kepada ALLAH swt.
3) menjaga kebajikan wanita.


Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali,dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata:"Umatku, umatku." 


kisah agung kasihnya nabi Muhammad kepada umatnya..
Subhanallah!







sungguhpun, aku malu..
selama aku mengaku sebagai umatmu, sudah cukupkah aku buktikan cintaku padamu.??.
sejauh mana aku berpegang pada sunnahmu..??
layakkah  aku akan syafaatmu??.. , wahai habibullah..
ya Rasulullah, Nabi Muhammad saw...


ayuh!..


para sahabat sekalian,
marilah kita bersama ambil pedoman dari kisah ini..


bermula saat ini,
berjanjilah kita semua,
untuk :

             # bertaqwa kepada Allah swt untuk melindungi diri dari kemurkaan ALLAH swt.
                # pegang akidah kita, sepertimana barat "menggigit si iblis dengan gigi geraham."
                      # lakukan ibadah dengan ikhlas, 
              -" sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untukMU."
                      # mmbahagikan 24 jam masa sehari. kpd 4 bahagian:
                      
                         - masa untuk mendekatkan diri pada yang Maha Esa.
- masa unuk mencari rezki yang halal
                                                       - masa untuk kerja2 masyarakat.
                                                       -masa untuk mendidik zuriat atau anak2.


lihatlah, pengorbanan Rasullulah saw  dalam membela nasib umatnya.
bukan sahaja, ketika hayat baginda..malah, di padang mahsyar nanti, Rasullullah saw telah menjanjikan syafaat untuk umatnya yang mengikut ajarannya....subhanallah!




buka mata hati,

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raf :179)

" ya ALLAH, kau beri kami kekuatan,supaya kami sentiasa berpegang teguh kepada ketaatan kami pada MU dan kepada peringatan nabi kami nabi Muhammad saw."





kenali..cintai..teladani, Rasulullah saw..
~cahaya~
::160211,1.18 am::








Tuesday, February 15, 2011

.:gusarnya hati:.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..
Assalamualaikumwbt..

salam 12 rabiu'awal 1432 M,
salam maulidurrasul..ya habibullah..nabi Muhammad s.a.w..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

alhamdulillah..

atas nikmat kurniaan yang Maha Esa..

as salam, sahabat seperjuangan..
bagaimana hari ni? sehat?..:)

saye?
alhamdulillah, sehat..

cume, hari ini hati ini sedikit gusar..nape?..tanpa sebab..

terfikirkan, apa yang aku tulis kat blog ni..
sejak mula menulis sebelum ni. tak pernah pun terfikir pasal ni..hanya mencoretkan apa yang terbuku dalam hati ini, dan dengan keupayaan otak yang membantu jari jari ini berlari kat keyboard ni mengeluarkan perkataan demi perkataan, lalu  menghasilkan apa yang 'tertepek' di kalam blog sekarang ni..
segala yang tertulis pun atas apa yang terdetik saat tu..tidak pernah terlintas pun untuk jadikan blog ini sebagai jalan dakwah dan sebagainya....


subhanallah !


 amatlah berbangga jika berupaya untuk menjadikan blog ini sebagai satu platform dakwah..namun,  kekurangan ilmu dalam bidang ini membatasi..malah,langsung tiada pengalaman dalam dunia seorang dai'e.....aku hanya suka menulis..suka untuk menulis sesuatu yang bisa menyentuh qalbu si pembacanya..
ehem, cett,jiwang!..
apepun,tulisan2 ini hanya berniat untuk berkongsi segala ilmu ynag diperolehi bersama teman2 yang sudi...dan memuhasabah diri ini dan saling mengingati...selain, mencoretkan sedikit catatan kehidupan peribadi...
setidak - tidak, memperoleh manfaat untuk diri ini..
segala yang tertulis di blog ini..bersumber dari pembacaan dan ilmu yang diperoleh dari tazkirah atau ceramah yang aku hadiri..masih banyak yang belum diterokai sebenarnya..




dakwah : bukan jalan mudah..


:(


mood : hati yang gusar..
malu..
kalau hati ini hanya bisa bersuara, tapi..yang lahir hanya ucapan semata.


diri ini memang patut diuji, supaya apa yang diucapkan bukan sekadar di mulut sahaja....ujian inilah yang menentukan dimana kita letak hati kita dalam perjuangan ini..adakah kerana ALLAH swt atau sesuatu yang lain?..


ampuni ku ya RAbbi...




....."ALLAH itu Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.."

at taubah: 16

 ~cahaya~
::150211, 645pm::

Sunday, February 13, 2011

~Sejambak Bunga Cinta~

Assalamualaikum wbt..

ALHAMDULILLAH,
dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan untuk berada di bumiNYa ini menikmati limpah kurniaan 
Sang Pengcipta alam raya ini..
selawat dan salam, buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kekasih ALLAH yang dirindui sepenuh hati..serta sahabat dan keluaurga baginda yang dirahmatiNYA..

sahabat2 juga,
yang singgah di kalam ini, terima kasih..moga kita semua berada dalam Rahmat ILLAHI..:)

hari ni, 13 Februari..bersamaan 10 Rabiu'lawal 1432 M..yang semakin menghampiri hari keputeraan nabi Muhammad s.a.w pada 12 Rabiu'lawal nanti..
sekali lagi, ucapan salam dan selawat ke atas baginda nabi Muhammad saw tanda kita mencintainya..


alhamdulillah..

~sejambak bunga cinta~

tajuk ini, saya petik dari rancangan Halaqah, Akar Tradisi Ilmu, di TV9 tempoh hari..
bercerita mengenai 14 Februari..tarikh yang dianggap keramat bagi penganut agama kristian..yang merayakan hari kekasih ataupun lebih glemer sebagai Valentine's Day..

alhamduillah, saya sempat mengikuti program ni sehingga akhirnya..
kupasan dan penghayatan yang menarik yang diberikan oleh Ustz, Syed Norhisyam Tuan Padang sebagai panel..
akhir kate, USt berpesan, kepada anak2 muda belia yang menonton program ini, termasuk diriku..
untuk menyampaikan ilmu2 yang diperolehi kepada teman2 di luar sana yang tidak mengikuti program ini..
maklumlah, bukan semua yang berminat untuk mengikuti program sebegini kan..
jadi, dengan ilmu yang saya pelajari ni, ingin saya kongsikan sebahagian dari apa yang saya perolehi dari apa yang telah ust sampaikan..
sebenarnya, da seminggu pun rancangan ni ditayangkan, mungkin apa yang saya sampaikan nanti tidaklah 100% menepati, tapi harap maksud dan mesej yang ingin disampaikan, dapat dihayati bersama..:)
insyaAllah..

VALENTINE"S DAY..

sebut je, 14 Februari..saya pasti..remaja kita hari ini lebih mengerti apa yang ada di sebalik tarikh ni..
hari yang menjadi titik kasih bagi pasangan pasangan kekasih untuk melafazkan rasa cinta dan kasih mereka sepenuh hati.." be my valentine"..ucapan yang selalu digunakan oleh pasangan2 kekasih yang meraikan hari ini..segala perasaan cinta akan diluah  tanda  memperingati kekasih hati tentang kisah percintaan mereka...
malah, ada yang menjadikan hari ini sebgai tarikh rasmi untuk 'declare' atau mengesahkan hubungan cinta dengan kekasih hati, ada juga yang menjadikan tarikh ini sbg hari memeterai kasih mereka dengan perkahwinan dan sbgnya....soo sweet~~..>_<'

astargfirullahhalazim...
pernahkah kita tahu apa sebenarnya yang ade di sebalik tarikh ini??
dari mana asal usul nye??

HISTORY

mengikut, Katholik Encyclopedia : ada 3 versi yang berkaian dengan hari Valentine: 

  1. Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi. Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.
  2. Pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.
  3. Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
~portal PTS~

terbukti,
perayaan ini langsung berkaitrapat dengan agama kristian..
tapi, kenapa masyarakat kita hari ini, lebih lebih lagi golongan remaja amat mengagung agungkan
 'hari kekasih ' ini..
ini lah bentuk serangan akidah yang dicipta kaum yahudi terhadap umat islam kini.
malah, para remaja kita dengan membuta tuli tanpa mengambil tahu asal usul kewujudan hari kekasih ini, menyambut nya tanpa sedikit pun keraguan tentang hukum meraikannya....

BUKA MATA!

jika dipandang dari aspek sejarah  kewujudan 'hari kekasih'..perayaan ini langsung tidak relevan dengan agama kita,inikan pula
jika melihat dari segi apa yang dilakukan pada hari tersebut, comfem2lah..
ibarat, 'sudah terang lagi bersuluh', umat islam yang menyambutnya sudah pasti bergelumang dosa...
tambah pula, sikap remaja hari ini yang semakin berani berdepan dengan permasalahan sosial .. mereka melakukan apa sahaja yang mereka inginkan mengikut hawa nafsu dan sanggup berdepan dengan akibat dari perbuatan yang telah mereka lakukan..
lihat sajelah, pembuangan bayi, seks luar nikah yang semakin berleluasa di negara kita ni..
mereka seolah - olah tiada pegangan..tanpa rasa takut akan dosa dan azab yang menanti akiba perbuatan itu..
kajian juga menunjukkan, ramai anak luar nikah dilahirkan  pada bulan, SEPTEMBER..OKTOBER
kenape?
kerana, mengikut kiraan, jika mereka melakukan hubungan seks pada malam tahun baru, dan valentine..selepas 9 bln,mereka akan melahirkan baby pada bulan2 tersebut..ish..:(
scary..kan?..:((

naudzubillahimin zalik..

KENAPA DILARANG ??
  1. Perayaan ini disambut oleh penganut agama kristian..kita dilarang menyerupai sesuatu kaum yang lain.....

Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu ‘Umar, ia berkata bahwa Rasulullah  bersabda :

“Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka.”

Hadits di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara dhahir menunjukkan bahwa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana tersebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:

Barang siapa di antara kamu yang berteman dengan mereka,maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka.”

Hal ini sejalan dengan hadits yang diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr bahwa Nabi  bersabda:

  Barang siapa menetap di negeri kaum musyrik dan ia mengikuti hari raya dan hari besar mereka, serta meniru perilaku mereka sampai mati, maka kelak ia akan dikumpulkan bersama mereka di hari kiamat.” (HR. Baihaqi)

2. Menggalakan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita serta menghampiri zina..

Firman Allah SWT:


"Dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh satu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk" 

(Surah Al-Isra':32)

3) Salah satu bentuk serangan akidah dari Yahudi dan Nasrani terhadap umat islam..


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).

(surah Al-Baqarah : 120)


STOP doing THIS!

# menjadikan tarikh 14 FEB sebagai hari memperingati kekasih.
# memberi hadiah kepada pasangan kekasih di hari ini. (haram!)
# mengucapkan ucapan kasih dan sayang sempena valentine.

BAGAIMANA SOLUSINYA??

1) Peranan ibu bapa dalam menasihati anak2 masing2..pantau pergerakan mereka.
2) didik anak2 dengan agama seawal usia mereka.
3) memantau pergaulan anak2 lihat dengan siapa mereka berkawan.
4) para pendakwah mainkan peranan dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.cth : khutbah jumaat, usrah dsbgnya.
5)  tegur menegur sahabat, keluarga dengan penuh kesabaran.
6) sentiasa berkasih sayang antara keluarga sepanjang waktu, bukan pada hari tersebut sahaja.
7) hapuskan kewujudan hari valentine pada 14 FEB..there's no more valentine on 14 feb.

::KONKLUSI ::

Islam menggalakkan umatnya berkasih sayang antara satu sama lain. Namun, kasih sayang ini haruslah dbajai dengan keimanan dan ketaqwaan yang menetap dalam setiap hati.
hiasi sanubari dengan 3 cinta dalam ISLAM :

~CINTA ALLAH KEPADA HAMBANYA..

~CINTA HAMBA KEPADA PENCIPTANYA..

~ CINTA MAKHLUK SESAMA MAKHLUK CIPTAANYA.

cinta adalah anugerah ILLAHi yang suci, jagalah kesucian cinta ini.
cintailah DIA yang MAHA MENCINTAI..



dan,
bersedialah!! to say NO to VALENTINE"S DAY!!



Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.  (Al-Baqarah :120)


ya ALLAH..
kami mohon..agar kami dilindungi dari segala fitnah dunia ini..
beri kami kekuatan untuk menempuh mujahadah ini dengan redhaMU..

~amiin~


jaga kesucian cintaNYA
~cahaya~
-130211,11.45pm-




Saturday, February 12, 2011

::JANGAN LaYan::

dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

salam ukhuwah..:)
mood: bosan di hujung minggu....tanpe idea baru,untuk blogging.
so, belek2 untuk mengedit post, terjumpe this post yang xdi published..huhu..
mungkin x abis karang waktu tu..so, saje2 ringankan tulang jari ni untuk menyambung post ni, n publish it today..walaupun, xsarat sangat, tapi okela..asalkan mesj y nk disampaikn tu tercapai..hee..:)


back to tajuk yang diberi : jangan LAYAN
ilham dapat dari majalah solusi isu : 27
under columm TANBIH : perjuangan masih panjang..
by,
NORASLINA JUSIN
@
one of my faveret blogger:
ummuhusna99.blogspot.com..
kalau xsilap, beliau ialah isteri kepada ust Zaharudin..;)

sekadar ingin berkongsi pandangan ini di sini..
sebab sgt tertarik dengan topik ni..
dan sangat berguna untuk diriku dan dirimu jue..:)
the whole article cter pasal ..
bila kita tgok article pasal penghinaan terhadap islam..ape kite buat?
maklumlah..skarang ni banyak sgt gambar/ page yang macam ni..yang menghina Islam secara terang terangan..
masalhnye di sini..ape tindakan kite??

baik,
usah citer pasal orang lain..aku sendiri..
klu sebelum ni, bile tengok benda2 gini memang rase terkilan sangat..
sedih..sebab tak boleh buat ape2 pon bile agama dihina sebegitu..
rase mcm iman di dada ni lemah sangat.
n sumtimes..yela..terkutuk juge..terkate juge benda2 yang tak elok..
sebab dah rs geram sgt..~_~"
then dengan xsegan silunye.tanpa pikir ape2 terus forward atau share ngn others..hurmm..
itu, tandanya kita 'care' dengan agama kita, dan ingin sebarkan pada yang lain kan?..
pastu, kalu cth di FB la kn,
mesti dah kene kutuk habis la page/people/artcle tu ..
dan, yang kutuk2 tu, mestilah semua orang yang xpuas hati dengan pihak yang buat benda tu..kn?
tanpe fikir, relevan ke apa yang kita buat ni??
adakah apa yang kita buat ni, menunjukkan kita seorang umat islam sejati??



then..
bile terbaca article dr ummuhusna ni..
terbuka skit minda..
n skrang kene lebih hati hati untuk handle hal2 sebegini..jangan mudah melatah.
"SABAR itu separuh dari iman."
mengapa begitu?

ok. ni penjelasannye..
pendapat dari suami ummuhusna : ust zaharuddin..
petikan dr Solusi: 27: m/s 58
" pada pendapat abang(ust zaharudin), gambar -gambar menghina agama seumpama itu tidak perlu disebarluaskan. Memang tujuan pengukir, atau sesiapa pun yang bencikan Islam mahu menyakitkan hati umat Islam dengan gambaran gambaran yang menghina seumpama itu."
kate suaminye.

hmm.
dia juga kata..xsalah..untuk menyebarkan tapi lebih elok untuk delete saje..
bile hal seperti itu disebarkan ia seprti menyokong atau memprovokasi lagi benda tu..
tapi, kalau kita hanya melenting dek perkara sebegini, tapi tak melakukan apapun  untuk memperbaik diri kita, usaha tu sia sia je.

erm....apa yang saya paham dari kata2 ust zaharudin ni, ..
dalam pada kita duk kutuk2 tu, comfem la kita da hilang segala kesopanan dalam tatacara interaksi kita..
yela, maklumlah..bila dah guna ayat yang kasar, mencarut dsbgnyelah..sebagai cara meluahkan kemarahan.
kite, kalu marah,ish..ala2 pantang dicabar la kan??
sehingga gagal melawan perasaan marah tu, dan hilang kesabaran..
akhirnya, bukankah kita juga yang rugi?..menambah dosa kerana sumpah seranah yang kita keluarkan tu..

mase nilah..bila kita rasa kita sangat 'care' dengan agama ,
tapi  sebenarnya..kita memprovok atau dalam erti kate lain mempromot pihak2 terbabit untuk menghasilkan lagi karya2 gitu, sebab diorang seronok kot lihat umat islam ni duk marah-marah...
sebenarnya, memang tujuan mereka nak buat orang islam marah dengan perbuatan mereka tu..
dan,objektif utama mereka, memang mereka mahu benda itu disebar luas..

ya ALLAH..terpikirkah kita??
 selama ni..
tindakan kita meng'forward' atau meng'share' article2 ni
umpama kita menolong mereka mencapai kejayaan mereka tanpa kita sedar..
astarghfirullah, 
tanpa sedar juge,  kita membantu mereka meruntuhkan agama kita sendiri..

ya ALLAH, ampuni kami..


tambahan pula,
kalau hanya suara je lantang bercakap soal agama, menentang habis habisan padapenghinaan terhadap agama..tapi,
tanpa berbuat apa untuk memperbaik ibadah dan akhlak kita....usaha tu lansung tak berguna..
sia -sia..
oleh itu,
sebelum melakukan usaha sebenar untuk memperjuangkan agama , kita rujuk diri kita terlebih dulu..itu lebih baik kan? kita perjuangkan diri kita terhadap agama terlebih dahulu..perbaiki amal ibadah kta..perbaiki cinta kita padaNYA...mengamalkan kebaikan, meninggalkan keburukan..INSYAALLAH..:)
kita sama2 berjuang untuk diri kita ye!

so now,
baru paham..
dan INGAT!! jangan LAYAN!..
kalu terjumpe, terlihat atau terbace
mane2 article yang mempunyai unnsur2 gini..
harap,
jangan SEBARKAN!
tapi, DELETE!

repeat again..


jangan SEBARKAN!
tapi DELETE!!

sebab, untuk stopkan provokasi terhadap benda2 gini..
stop doing this on base of care..
this is no more care!!
hanya permainan orang orang yahudi yang ingin mencelarukan akhlak umat ISLAM..
astarghfirullahalaziim...
moga ALLAH lindungi kita dari perbuatan ini..
bersama kita jaga kesucian agama kita..INSYAALAH...


moral value :: sabarlah, jangan mudah marah..
"orang yang gagah adalah orang yang mampu mengawal kemarahan."



untuk maklumat lebih lanjut, sahabt boleh baca kat majalah solusi edisi 23 k..;)
there are many good info inside..
wallahua'lam..
as salam..

~cahaya~
::1202011,6.00pm::