Mujahadah mencari keredhaan ILLAHI..

Saturday, May 7, 2011

~ sayangi dia, IBU~

Dengan nama Alah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Assalamualaikum wbt..


salam buat sahabat2 yang disayangi kerana ALLAH sekalian..

ALHAMDULILLAH..

sudahkah kalimah itu kita lafazkan hari ini?
jangan lupa ye..
hari ini, buat ke berapa kali entah..
ALLAH masih anugerahkan sehari lagi peluang untuk kita meneruskan kehidupan di bumiNYA ini..
jadi, tidakkah kita mahu berterima kasih pad tuhan ya RAHMAN?..

lets say,
ALHAMDULILLAH.
a simple thing to do..
a simple word to say.
a simple gift to ALLAH,
whenever we've got everything from HIM..
:)
and put a smile onto your face.
to share ur happiness with others..


senyum itu sedekah..:)

** CERITA SAYA**

sayangi dia , ibuku.

~8 may 2011~

hari Ibu sedunia.
HAPPY MOTHER's DAY.

bila tiba bulan MAY, terlalu banyak kegembiraan yang nak dikongsi bersma.
hek, bukan sahaja aku, tapi semua orang kot.
tapi, aku punya happiness tu, ++++ sikit..
hehe.
y?
tunggu..sat lagi aku cerite.

bulan MAY amat glemer dengan sambutan hari2 yang penting.

HARI IBU..
HARI GURU..
HARI PEKERJA..
CUTI SEKOLAH..
n so onn..

haha..taktau dah..:P
tu jela kott.

n paling special, my birthday..hehe.
sebab tu, i like MAY sejuta kali..
every MAY on every YEAR, i'll have my new age.

hurmm..
birthday tu lain entri i cite..
hek,
yang paling diingati bila tiba bulan MAY adalah, HARI IBU.
ape taknye, dari budak2 sekolah hinggala y dah tua pon,
akan mengambil kesempatan pada hari ini, untuk menghadiahi dan merai ibu mereka dgn sesuatu.
even, dengan hanya sekeping kad ucapan pon.
every year, kalau ade kesempatan, mmg kami akan sambut hari ibu.
biasanya dlm family, kami akan berkumpul dan buat sambutan hri ibu beramai2.
sebagai menghargai ibu2 yang tercinta dalm family kami.
waa.. rindu sangat moment itu~

kini,
bila dah dewasa, berjauhan dari fmily.
tak dapat nak join selalu.
ape pon, doaku sentiasa mengiringi.
:)

Sayang ibu ANDA tak?

OF COurSe La!
bila disoal budak kecik pon, mereka akan menjwab yang sama.
sape yang tak sayang ibu.. kan?
hehe.

dalam hadith Rasulullah saw.
juga ada menyebut..
tuntutan kita supaya menyayangi ibu kita..

Petikan hadith rasulullah saw.
Abu Hurairah radhiallahu 'anhu berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

dalam kitabullah juga turut disebutkan tentang suruhan berbuat baik pada ibu ..

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[Luqman 31:14]


*********************

begitulah,
ni baru sepotong dua potong ayat.
masih banyak kisah dan ayat2 yang menuntut kita untuk menyayangi ibu..
bayangkan betapa besarnya darjat seorang ibu.

mengapa ALLAh memuliakan seorang ibu, melebihi seorang bapa, pasti ada hikmahnya..
menghitung nikmat pengorbanan seorang ibu, dari saat mengandung hinggalah saat kita dewasa untuk meniti hari ini, pastinya tiada hitungannnya..

dan, dari ALLAH jualah, yang merencanakan segalanya sebaik mungkin.

mungkin, adakalanya kita tidak sedar betapa tabahnya hati ibu kita menahan perih sepanjang membesarkan kita sehingga dewasa..walau sepahit mana pun dilaluinya, takkan pernah terlihat keluhan darinya.
begitu ALLAH menjadikan seorang ibu dengan sifat kasih sayangnya yang tiada bandingnya.



sahabat,
ingin aku kongsi di sini.. kisah aku dan ibuku.
ALLAH lebih menyayanginya, dan kerana itu, dia berada di sana lebih awal dariku..
semoga dia bahagia disana, bersama orang2 yang beriman.
 wajahnya, namanya, sentiasa ada dalam hati ini..
Alfatihah.
buat arwah ibuku tercinta,  NAPISAH BT CHE SOH.

dibesarkan dengan gelaran 'ma'..
dialah tempat ku bermanja dari waktu kecilku hingga dewasa aku.
disebabkan aku adalah anak perempaun yang pertama, dan jarak untuk mendpat adik perempuan y ke2, agak jauh,  aku sedikit manja dengan ibuku. cepat merajuk, dan selalu mendesak jika menginginkan sesuatu..itu adalah sifat aku, yang perlu dipenuhi oleh ma.

ternyata kasih sayang yang aku terima tiada ternilainya.
mungkin waktu usia remaja, aku masih belum mengerti menghargai kasihnya.
sehinggalah, dewasa... di usia awal 20an, aku mula mengerti.
malah, berada berjauhan darinya juga buatkan kasih sayangku padanya teruji.
bila pulang ke kampung, pasti rindu tu akan terubat dengan layanan mesra utk memenuhi segala  kemahuan aku.
juga, tak lupa..menjamu aku dengan masakan2 yang lazat y juga kegemaranku..
wah, bahagianya rasa bak puteri diraje..huhu..:)

sehinggalah,
suatu saat, bila kami sekeluarga diujiNYA,
bila arwah jatuh sakit..
di situ, bermula saat memeritkan kami sekeluarga.
setiap hari, setiap kali di hujung solat pastinya dilanjutkan doaku, agar ALLAH memberi kesihatan yang baik padanya.
sampai suatu masa, bila dari ke hari kesihatan dia makin teruk.
pelbagai usaha telah kami lakukan untuknya.
dari doa hinggalah ke tawakkal padaNYA.
agar ALLAh memberi kesembuhan pada sakitnya.

namun, ketentuan ALLAH itu pasti ada hikmahNYA.
kami redha dengan ketentuanNYA.
setiap malam, aku berdoa.
agar ALLAH masih bri harapanNYA pd kami.
dan janganlah kau ambilnya dari kami, sebelum kami bersedia menghadapinya.

ya ALLAH.
apalah daya hambaMU, melawan kehendak takdirMU..
walau sepahit apapun yang kami tempuhi, ALLAH telah mengurniakan yang terbaik buat kami.
dan buat dirinya.
ALLAH lebih menyayangi dirinya.
dia pergi dulu dari kami, dan pastinya kami akan menyusuli pemergiannya..
kami redha ya  ALLAH.

ye, kehilangan nya sngt memberi impak dalam kehidupan aku.
segala pengalaman, dan kisah yang aku lalui itu, telah banyak memberi kesedaran pada diri aku.
dari situ, aku mulai kenal tanggungjawab aku kepadaMU..
aku mulai melangkah ke dunia di mana aku punyai tanggungjawab yang lebih berat yang telah aku abaikan selama ini..yang mungkin selama ini aku tak pernah fikirkan pun..
kehilangan dia, menemukan aku dengan satu erti penghidupan yang amat bermakna.
aku mula menghargai nikmat kasih sayang yang ALLAh kurniakan..
ampuni ku ya ALLAH..
ampuni dosaku terhadp ibuku..
ampuni dosa ibuku ya ALLAH...


inilah hikmah dariNYA.


 
kini,
kami dikurniakan sebuah keluarga yang baru
ALHAMDULILLAH.
semoga kasih sayang kami kekal terpelihara dalam redhaMU.
akan kami suburkan mahabbah ini keranaMU..


~hari IBU~



hargailah dia,selagi masih ada.
kadang2, kita tidak sedar kesilapan kita..
sepertimana kita tidak bersyukur dan menghargai apa yang kita ada, apa yang kita perolehi..
dan hanya setelah kehilangannya, baru kita nak sesali dan hargai dirinya..
jangan terlambat untuk membuktikan kasih dan cinta kita padanya.
setelah ketiadaannya..
jangan pernah mengeluh dan berputus asa..kita masih boleh berjasa padanya.
jadilah anak yang solehah yang senantiasa mendoaknnya di penghidupan sana.
jadikan ketiadaanya, sebagai satu titik tolak untuk kita terus kuat mnghadapi segala ujianNYA.
dan, mulailah dengan merubah diri kita, yang selama ini dah terlalu alpa dengan kemewahan nikmat dunia,
ke arah menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmatNYA..
ingatilah ibu anda..
bukan sahaja, pada hari ibu, tetapi dalm setiap hela nafas kita, jadikan
dia seorang insan y bertakhta di hati kita setelah ALLAH dn Rasulullah saw..

sayangi, cintai dan kasihilah ibumu..

bila mereka bercerita tentang hari ibu,
aku terdiam, aku terbisu..
hati aku merintih sayu, menyatakan rindu,
moga kau tenang disana wahai ibuku,
diri ini sentiasa mendoakan dn mengingatimu..

ya ALLAH.
peliharalah ibuku dari segala azabMU,
ampuni dosa2ku padanya,
ampuni dosa2nya,
tempatknnya dia antara orang2 yang beriman.
alfatihah..
aminn..


aku cinta ibu,
~cahaya~






No comments: