Mujahadah mencari keredhaan ILLAHI..

Saturday, November 19, 2011

CIK DeeBA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengaishani..

Assalamualaikum wbt..

Ya Allah..Ya Rabbi..
Alhamdulilah atas kurniaanMU yang penuh dengan nikmat..


dan yang terbaik adalah, 
nikmat kehidupan yang masih punyai ruang untuk berada di bumiNYA..

sudah lama jari ni tak berlari di keyboard, menyatakan luahan hati yang dah lama ..dah berbuku2 agaknye.


hmm. sebab itulah rase mcm  xdan mase je nak meluahkan kat blog ni.
tapi jugak kat hati ni pun dah tak cukup space nak letak ..ehhe. :)
so, bila ade kelapangan macam ni, tetiba rasa mcm nak share kat kalam blog ni..
walaupon selalu je merindui nak tulis blog selalu, tapi tak berkesempatnn...huuhuhu. 
(ape yang dibizikan pon taktaulah)...~_~



atau..MUNGKIN..


duk berangan je all de time. hOhO..:p

OKE. mereben je lebih. hehe.
godek punya godek, last post masa bula pose ari tu..huhu.
tulah. kita hanya mampu merancang, tapi habok pon tarak hehe, saying to myself
<padan muka!>

aih, burukkk..





::MY STORY::


~HARI RAYA AIDILFITRI~


alhamdulillah, disambut dengan meriah sekali.
macam biasala , keluarga dan sanak saudara berkumpul sekali.
cuma kali ni, tak jalan2 dengan kawan2, sebab cuti takdan.
keje selepas raye, so kna balik penang awal la pulak...huhu

huhu.
susah nak cite. tapi nak cite jugak.
raye kali ni jugak la agak bermakna dalam hidup neh.
satu pengalaman yang sangat berharga.
tak ternilai kot..

~ CIK DEEBA ~


cik DEEBA? ..hoho. wait n c. sapekah..

setelah berhempas pulas beraya kat kampung, so terpakselah pulak bersuka ria nak balik penang..
(teknik reverse psycho, kome hade?..haha..).hu-hu
kali ni, convoi ngn cik muni, dia baru dpt keja kat bayan lepas. so, nak convoi la sekali. cik deeba ade gang!
jalan punya jalan. daki punya daki..
sudah ditakdirkan pun, kami accident pulak kat
GRIK- JALAN KUALA RUI. 
(nak highlight besaq2 jugak..noh..PENTING KOT..)



ohoi. agak terok. 
cik deeba i masuk longkang . gara-gara en.vios yang konon macho tuh, pi buat u-turn tak tentu pasal kat jalan aku. haiyak...konon ikut GPS. aiceh, jalan grik je pom, tadop nok kona2.
  kalo boleh karate, nak KARATE jugak si driver tuh,malam tuh.. hahaha - 

huhu. macam-macam perasaan yang tak boleh digambarkan waktu itu.
segalanya macam berlaku sekelip mata je.
DUM.DUM.DAM!!
PUTIH...
tengok2, kami da selamat berada dlm longkang besaq tepi jalan tu.
alhamdulillah, masih sedarkan diri dan berupaya la nak keluar dari keta.
dengan keadaan pening-pening lalat, aku pi jerit kat kawan aku suruh dia keluar, kot jadi pape pulak dalam keta tu..

ya ALLAH. ALLAHUAKBAR. ALLAH yang MAHA BESAR.

yang maha BERKUASA..
 melindungi kami dari segala kecelakaan.
alhamdulillah, tiada setitik darah pun yang keluar. cuma, sebijik benjol kat atas dahi sebelah kiri.
toing! sebijik teloq ataih dahi.
kawan aku MARDIAH, alhamdulillah, takde pape jugak. cuma cedera lebam2 akibat pakai seat belt.
hmm..satu pengajaran yang sangat bermakna..
bila merasai cemas2 takut nak mati..hanya tUHAN yang tau, sebab waktu tu apa yang aku pikirkan adalah masihkah ALLAH bagi aku peluang untuk berada kat sini.
yep. bukan cedera parah, tapi takot de pape komplikasi sebb terantuk kat stereng.
bengkak yang agak besar. SCARY..

hmm.
pastu, masuk A&E jap. check ape yang patot.
alhamdulillah, semuanya OKE.=)
cuma, cik Deeba lah.
cedera parah ..
kna hantar ICU for over 2 months.
terpakse berpisah dengan dia..

jauh di mate, dekat di hati..
tetiba meleleh ..


bila igt orang2 tersayang. rase macam sentiasa menyusahkan diorang.
huhuu. selepas setel semua, baru CALL abah. kena marah kaw2 sebab bgtau lewat.
bukan ape, aku tak nak nanti dioarang nak dtg kelam kabut pulak..lagipon takde  pape pon, aku OK.
cuma MENTAL BLOCK je ckit.
aku dah tak macam aku lah malam tu.
BLUR. TAKUT. KECEWA. MARAH.GERAM.PENING.TERKEJUT.
semua pon ade. susah nak cite. betul.. susah..

pas habis episod hospital, pegi berbalai polis pulak.
buat repot bagai.
hampir nak gaduh jugak dengan pak cik polis yang bengap selow melow tuh..
kasi tanya banyak sangat soklan. pening. uhuuu. naseb la subjektif..jawab je ikut dan.
then, ke tempat Ambulans yang bawak cik deeba.

hhuhu.
terduduk kejap pas tgok cik Deeba.
dia dah tak ghupe dia.
haiseh. mau nanges je rase. tapi abang2 towtruck hensem sgt, so contrOL..
be strONG.
cukup lah teloq sebijik ataih dahi..hilang cun jap.. huhu.

pastu, balik SIK. umah kak mardyah. abang dia dtg ambik.
alhamdulillah. segalanya berjalan lancar.
esoknya kembali bekerja spt biase..
yang lainnye adalah.
LIFE WITHOUT CIK DEEBA.
tu je yang kena tempuhi.
meleleh lagik..& sambil sapu air mate..

NAMUN...
itulah ketetapan yang terbaik.
itulah coretan yang tercalit dalam diari kehidupan aku.
atleast, bole share with others, in other way, bagi advice sekadar mampu.
dan juga, MOS is berhati-hati di jalan RAYA yang terlalu menakutkan..
JUGA..
satu pengalaman yang tak dapat dijual beli kat pasar malam or kat mane2..
kenapa?
ye lah..
ade ke orang mintak naik kereta nak accident?..nak rasa. suka-suka.
kalo selamat, ALHAMDULILLAH..kalo tak, ALFATIHAH..
naudzubillah.
mencegah tu lebih hebat dari merawat kan?
jangan sesekali  takbur kat jalan raya.
ape, ingat pakai keta cc lagi power dr keta depan,
  CANNOT GO SLOW r
err..
NO.NO.NO
belum cuba, belum tahu..
belum kena, belum rasa.
dah kena, taulah nanti rupa.

dan,
sekarang dan sampai bila-bila, aku rela digelar PENAKUT.
bak tajuk lagu YUNA y membuaikan tuh.
(ini tidak adil 3x berkumandang dlm minda)..lalalala~
ahh, tak kesah la.
orang nak maki hamun ke hape, yang penting aku tahu kenapa aku begitu.
dan kome pon tahu kan?..
eh, TAK?..takpe. buat2 tahu je. =)
hehe.

Akhir kalam,
tulisan ini, rasa ini
aku baitkan kembali dalam blog neh, semoga memori ini  selalu menjadi peringatan buat aku..
dan kawan-kawan mungkin.
kalaupon, sedikit kurang bertertib bahasa dan ejaan, maksud tercapai rasanya.
AMPUN  ye.
akan cuba perbaiki masalah ejaan dan perkataan di lain kalam.
dah terbiase mengeja ikut care bace. wek~
SEE! 
opps~ i did it again..
=P
OK. PROmise.
INSYAALLAH K. saya janji.

terima kasih.
kerana melapangkan waktu layan cerita yang takde kaitan dengan hidup korang neh.
kalo terlayan pon, maapkan saye dong. ehehe.

semoga tulisan ini juga, sebagai salah satu wadah untuk saya membina kekuatan diri kembali.
mohon doa kawan-kawan juga, yang sudi mendoakan keselamatan dan kesihatan saya di kemudian hari..
juga, keselamatan dan kesihatan CIK DEEBA saya ya.
many thanks..=)


keadaan CIK DEEBA selepas kejadian.

selepas 3 bulan di ICU. here, cik deeba dah balik. selamat berkhidmat balik~


Assalamualaikumwbt..




footnote: saya sangat sayang CIK DEEBA. sory to hurt u~ :'(

No comments: