Assalamualaikum wbt..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Pengasihani..
Alhamdulillah, bersyukur ke hadhrat ILLAHI, kerana dengan limpah kurnia inayah dan izinNYa, nikmat kelapangan ini mengizinkan saya mencoretkan lagi sedikit tulisan di kalam blog " CAHAYA" ni..
Tulisan ini didedikasikan untuk hamba buat diri sendiri, yang selalu alpa dan leka dalam memenuhi kesibukan dunia. Mungkin tak seberapa, tetapi saya hanya berkongsi, apa yang diberi, dari kaca mata yang melihat, dari gema telinga yang mendengar,dari getar hati yang merasai...anugerah yang tidak ternilai dari MAHA PENCIPTA, YA RABBI.
Tulisan kali ini menjurus kepada kecintaan manusia kepada Nabi Muhammad SAW,
Ya Rasulullah, Ya Habibullah...Kekasih ALLAH, kekasih seluruh umat manusia di bumiNya ini.
Hari ini, 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiul'Awal 1433 M, ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad Saw yang disambut di seluruh dunia. Ya, mungkin cukup sinonim kita dengar, bila adanya hari sambutan, tatkala itulah baru kita mengingati. Ye,itu benar. Bersyukur jugak, MALAYSIA mengiktirafkan hari ini sebagai hari cuti umum. JAdi, bolehlah, kita beristirehat, join sambutan ataupun tulis blog macam saya buat sekarang ni..hehehe....Suda terbiasa, sambutan Maulidur rasul di segala genap peringkat seperti JKKK, daerah, Negeri, dan kebangsaaan pastinya amat meriah di kala ini. Malahan, untuk anak-anak remaja hari ini , almaklumlah semua nya di hujung jari, so..mungkin hanya sekadar ucapan di Fb WALL anda, berkongsi sunnah/hadith nabi, mengalunkan selawat bertubi-tubi, mencari cerita/sirah nabi kat p.cik 'Google' ataupun sekadar mendengar lagu nasyid perihal Rasulullah..itu dah dikira 'awesome' OK. At least, anda tahu siapa Nabi Muhammad saw, anda cintakan nabi Muhammad saw dan berselawat ke atasnya... kan?
Namun, ada yang memandang serong. mungkin kerana egonya barangkali.
" ALA, time nilah nak post pasal sayangnya nabi, cintanya nabi, time lain buat2 lupa?" err..tipikal Melayu?...
MASYA ALLAH..itu dikira sombong tau. buat-buat tidak peduli. Jika pun, diri sudah terlalu megah dengan ilmu di dada, tiada salahnya kan turut serta meraikan hari ulangtahun Nabi Muhammad ni. Dan, janganlah sesekali memandang rendah terhadap orang lain. Apa kata, share something jugak untuk disampaikan dan dimanfaatkan bersama.. better kan~
| hehee... |
OK.
bersempena sambutan kali ini, kalau untuk menyertai sambutan itu tidak berkempatan, pelbagai cara lagi boleh kita buat untuk meraikan Nabi Muhammad SAW ni.. antar nya mengenali Rasulullah saw dengan lebih mendalam lagi. Yelah, bak kata orang melayu " Tak kenal, maka tak cinta." kan?.. sebab itu kita perlu kenal siapa Nabi Muhamad Saw dengan lebih mendalam, agar cinta kita padanya juga lebih mendalam..
di situ, akan membuahkan bait-bait rindu kita pada Rassulullah, dan kita akan sentiasa mengingati Baginda dalam setiap saat dalam kehidupan kita. Selain, menmbahkan ilmu di dada yang masih banyak ruang untuk diisi kan?..
CINTA TERHADAP RASULULLAH SAW
satu persoalan..
bagaimana kita meluahkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW..?
mungkin banyak cara untuk kita menyatakan rasa cinta kita kepada baginda.
tetapi,
adakah hanya kita sahaja yang mencinta rasul terulung ini?
adakah cinta yang kita lahirkan ini cukup hebat berbanding para sahabat di zaman pemerintahan Nabi Muhamad saw?
sejauh mana kita letakkan rasa cinta ini untuk rasulullah saw berbanding makhluk/benda lain dlm kehidupan?
bukankah, cinta kita lebih terjurus kepada keluarga?
cinta kepada sahabat?
cinta kepada pasangan ?
cinta kepada harta benda?
cinta kepada kehidupan?
dan apa bukti kita mencintai Nabi Muhammad SAW berbanding cinta dunia kita?
sebelum meletakkan cinta terhadap Rasulullah saw, kita harus berpegang pada beberapa asas.
iaitu, sebelum kita mencintai Nabi Muhammad SAW, telah ramai para sahabat yang terlebih dahulu mencintai nabi lebih dari apa yang kita mampu saat ini. Sebelum kita lahir juga, telah wujud jutaan umat yang mencintai nabi Muhammad saw. jangan sesekali menganggap bahawa cinta kita sudah cukup hebat berbanding umat baginda yang lain.
Persoalannya, adakah nilai cinta itu adalah nilai cinta yang terbaik dan diterima oleh ALLAH swt...
Cinta yang bagaimana, yang dikatakan cinta sebenar terhadap rasulullah yang dipandang oleh ALLAH SWT ?
mari kita lihat, beberapa kisah, yang menceritakan betapa nabi Muhammad dicintai sepenuh hati oleh para sahabat dulu kala. tetapi cinta bagaimana yang boleh diambil sebagai contoh teladan yang baik untuk kita praktikkan dalam kehiduapn kita hari ini.
cerita ini saya petik dari ceramah audio yang bertajuk ' cara mencinta Rasulullah SAW'
yang disampaikan oleh Ust. abd Rasyid.
Lalu terinspirasi untuk berkongsi di kalam blog ini. Insyaallah, mudah-mudahana menjadi pedoman di kemudian.
CINTA ABU LAHAB (Bapa saudara nabi)
Nama sebenar, Abd-al-Uzza Bin Abdul Mutalib.
Bapa saudara nabi.
Inilah adalah contoh terawal yang Allah SWT tunjukkan kpd manusia bagaimana seorang lelaki ini begitu hebat menyayangi nabi tetapi betapa kasih sayangnya tidak dinilai, dan kita semua mengetahui bagaimana berakhirnya riwayat hidup Abu lahab.
Dikisahkan, sewaktu Abu Lahab sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya,datang hambanya Thuwaibah membawa khabar bahawa adik iparnya, siti Aminah telah melahirkan seorang putera iaitu Rasulullah saw. Mendengarkan khabar itu, Abu Lahab sangat gembira sehingga memerdekakan hambanya iaitu Thuwaibah dan membuat kenduri menyambut kelahiran Muhammad, anak saudaranya. Setelah 40 tahun beberapa bulan, setelah Rasul diperintah oleh ALLAH swt untuk menyampaikan risalah Islam, Nabi Muhammad menghimpunkan seluruh kaum keluarga nabi. Namun, Abu Lahab muncul dan menentang nabi secara terang-terangan di depan kaum kerabat yang lain.
dengan itu ALLAH terus membalas perbuatan ABU LAHAB sehingga dikutuk secara kekal di dalam satu surah al-Masad di dalam al-Quran.
begitulah, kalau kita mengambil jalan yang sama seperti ABU LAHAB tadi, iaitu, menolak risalah yang dibawa Nabi Muhammad secara mentah-mentah, segala kasih sayang yang beliau berikan kepada Muhamamd, sudah hilang nilainya. ALLAH langsung tidak menhitung cinta yang ABU LAHAB berikan kepada nabi.
Menurut hadith sahih riwayat al-Bukhari, walaupun status Abu Lahab itu sehingga dikutuk secara kekal di dalam satu surah al-Masad di dalam al-Quran, akan tetapi kegembiraan beliau mendengar berita kelahiran nabi Muhammad melayakkan Abu Lahab mendapat minuman setelah mati daripada celah ibu jari dan telunjuk nabi. Menurut riwayat daripada al-Abbas, Abu Lahab akan mendapat minuman tersebut setelah mati pada setiap hari Isnin, iaitu hari kelahiran nabi.
wallhua'lam.
CINTA ABU TALIB
Abu Talib juga, merupakan bapa saudara Nabi yang sangat mencintai Nabi Muhammad epnjang riwayat hidupnya. Beliau merupakan antara kaum kerabat Rasulullah yang menyokong perjuangan dakwah Rasulullah. Beliau membesarkan baginda setelah kematian ibunda, dan sehingga Nabi menerima wahyu dari tentang Islam, dia mempercayai Rasululluah, Malah, tidak pernah menentang apa yang dibawa Rasulullah saw. Namun, perjuangan murninya buat Rasulullah, tidak membawanya kepada hidayah ALLAH. Hal ini kerana, beliau wafat bukan sebagai seorang mukmin. Sayangnya dia tetap berpegang kepada agama nenek moyangnya. Justeru dia tidak mendapat kejayaan yang sebenar," katanya.Diceritakan, saat kewafatan Abu Talib, Rasulullah sangat bersedih dan kecewa, kerana dia tidak dapat menolong Abu Talib untuk mendapatkan Hidayah ALLAH..Lalu, Nabi Muhammad dikatakan sangat kecewa dengan berita itu.
Walau bagaimanapun baginda menerima ketentuan yang seperti ini dan lalu berkata: "Akanku pohonkan keampunan (dari Allah) untuk mu wahai bapa saudaraku selagi aku tidak dilarang berbuat demikian".
Lalu Allah turunkan ayat surah at-Taubah, ayat 113 bagi menjawab persoalan mengenai kematian Abu Talib itu.
Firman Allah yang bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang Musyrik itu adalah ahli neraka.
Begitu juga firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). (al-Qasas: 56)

CINTA ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Saidina Abu Bakar as Siddiq, sahabat Nabi Muhamad saw yang begitu tinggi darjatnya, dijamin masuk syurga dan imannya begitu teguh.
Abu Bakar as-Siddiq merupakan khalifah pertama bagi umat islam (632-634). Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas beliau memeluk islam beliau menukar nama kepada Abdullah ibni Abi Qahafah. Beliau dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
Namun beliau sering digelar Abu Bakar ( yang bermaksud unta muda di didalam bahasa arab) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan).
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain.
Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji.
Beliau mendapat gelaran As-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
KONKLUSI
begitulah perkongsian cerita cinta Nabi ini yang dpat saya kongsikan. Bersumberkan, sedikit audio ceramah, pembacaan melalui internet tentang para sahabt dan keluarga baginda. Setelah mengenali perjuangan dan memahami cinta yang mereka tanamkan buat Rasulullah saw, bukan semudah yang kita sangkakan untuk raih redha dan hidayah NYA ALLAH swt..
cuba kita lihat, bagaiman pebezaan cinta antara para sahabt dan kaum keluarga baginda yang lebih mengenali perjuangan Rasulullah saw.
cinta yang bagaimana cinta yang kita pilih hari ini?
adakah cinta ABU LAHAB?
cinta di awal kelahiran Rasulullah saw, namun mengenepikan segala-galanya apabila baginda bersuara tentang agama Islam dan tuntutan betuhankan ALLAH yang satu kerana sikap angkuh dan bongkaknya.
adakah kita juga seperti itu, melaungkan rasa cinta kepada baginda, tapi sejuah mana kita mengmbil contoh teladan Rasulullah dalam kehidupan kita hari ini. jika kita menolak apa yang diajar Rasulullah, kita tidak ubah seperti ABU LAHAB, yang juga tidak mahu menerima ajaran Rasulullah..
wallahua'lam,
tepuk dada, tanya iman. apa khabar awak, MR IMAN.?
adakah kita meletakkan cinta terhadap Rasulullah itu bertepatan dengan apa yang kita lalui seharian dalam kehidupan ini.
Begitu juga, CINTA ABU TALIB..
tidak pernah menentang apa yang dibawa Rasulullah saw, malah Nabi sentiasa memohon agar bapa saudaranya itu dikurniakan Hidayah ALLAH swt/ Namun, begitulah firman ALLAH, sperti cerita di atas, "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya "..
dan, akhir sekali pilihan yang tepat adalah CINTA ABU BAKAR AS_SIDDIQ.
cinta suci yang perlu kita contohi dan aplikasikan dalam kehidupan kita hari ini.
Mendahulukan Rasulullah dalam segala perihal, dan menyambung risalah Rasullullah saw selepas ketiadaan baginda.
Alhamdulillah, sehingga sini dulu saya kongsikan ilmu yang ada. Semoga, dengan perkongsian ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan buat diri ini yang masih dahagakan ilmu ALLAH yang maha luas ini.
Sama-sama kita manfaatkan.
WALLAHUA'LAM
Wassalam~

dari lisan yang mendengar, dari mata yang melihat,
~cahaya~
120212
12.00am

No comments:
Post a Comment