Mujahadah mencari keredhaan ILLAHI..

Wednesday, February 9, 2011

hidup ini perlu kekuatan..cont..

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah..
bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Tuhan pada seisi makhluk di bumi ini....
terima kasih ya Tuhan..
kerana masih memberi kesempatan buat diri ini..
untuk meneruskan lagi langkah  seterusnya dalam kehidupan ini..

dari hari ke hari..
betapa nikmat kurniaanMu begitu melimpah ruah kepada kami..hingga tiada terhitung lagi..
hari ke hari..
menjanjikan pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi..
disini la, 
menuntut kekuatan pada diri..bagi mengisi waktu di bumi ini...untuk terus mencari ilmu bekalan diri dan melaksanakan tangungjawab kita menuju kemudian hari...

INSYAALLAH..

dengan izinNYa,
kita mesti terus berjalan..
untuk mencari cintaNYA ILLAHi..
dengan berbekalkan panduan  sunnah dan hadis nabi..
lalui kehidupan hari ini yang kian penuh onak duri..
segala kesakitan, mesti ada penawarnya..
segala persoalan. mesti ada jawabnya..
hanya harus percaya pada ketetapan ILLAHI...


zaman hari ini..
menuntut kekuatan jati diri..
yang perlu dihiasi iman dan taqwa sebagai pagar hati..
untuk terus kekal dalam mujahadah terbaik demi ILLAHI..

kehidupan hari ini,
terlalu menguji..
ketetapan iman dalam hati..

diri ini tak cukup kuat..
untuk tempuhi semua kepalsuan duniawi..
kadangnya, diri ini akur dengan keindahan ini..

bismillahirrahanirrahim..

alhamdulilahirabbilalamin..
selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta keturunan baginda..

ya ALLAH..
ampuni segala dosa dosa ku..
dosa yang telah lepas, mahupun yang mendatang..
dosa yang dilakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja..
dosa yang dilakukan secara terang terangan atau sembunyi..
hanya Engkau tempatku memohon keampunan untuk diri ini..
ku mohon kekuatan dariMU..
ku mohon perlindungan dariMU..
kurnakan aku akhlak yang baik..
bimbingku di jalan yang lurus...

YA ALLAH..
kurniakan aku cintaMU..
beri aku ketetapan iman..
teguhkan hati ku pada agamaMU..
tunjuki aku jalan yang benar..
jalan yang Engkau redhai..

ya Tuhanku..
terimalah dariku amalan ku..
berkati kehidupan ku di bumiMu..
beri aku jalan keluar di setiap kebuntuan dunia ini,
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..

ya Tuhan,
beri aku ilmu pengetahuan tentang agamaMU,
tunjuki aku jalan yang Engkau redhai,
berkatilah ilmu yang aku cari,
kurniakan aku InayahMU..
perkenankan doaku..
ya RABBI..
~amin~


memikirkan kehidupan ini, aku jadi rungsing..
selama kehidupan yang aku telah lalui..

siapa aku padaNYA?..
apa yang aku  telah berikan padaNYA?
apa yang aku cari selama ini??
ke mana aku bawa diri ini??
di mana aku letak cintaku padaNYA??

ampuni hambaMU ini ya Tuhan..
diri ini terlalu leka..
dalam urusan dunia..
hingga melupakan urusan sebenar yang menanti..
moga masih diberi kesempatan untuk kembali...


~cahaya~
::090211,10.00pm::







2 comments:

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..trime kasih atas artikel ini..semoga kita ambil pengajaran

~cahaya~ said...

insyaAllah..:)