Assalamualaikum wbt..
ALHAMDULILLAH,
dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan untuk berada di bumiNYa ini menikmati limpah kurniaan
Sang Pengcipta alam raya ini..
selawat dan salam, buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kekasih ALLAH yang dirindui sepenuh hati..serta sahabat dan keluaurga baginda yang dirahmatiNYA..
sahabat2 juga,
yang singgah di kalam ini, terima kasih..moga kita semua berada dalam Rahmat ILLAHI..:)
hari ni, 13 Februari..bersamaan 10 Rabiu'lawal 1432 M..yang semakin menghampiri hari keputeraan nabi Muhammad s.a.w pada 12 Rabiu'lawal nanti..
sekali lagi, ucapan salam dan selawat ke atas baginda nabi Muhammad saw tanda kita mencintainya..
alhamdulillah..
~sejambak bunga cinta~
tajuk ini, saya petik dari rancangan Halaqah, Akar Tradisi Ilmu, di TV9 tempoh hari..
bercerita mengenai 14 Februari..tarikh yang dianggap keramat bagi penganut agama kristian..yang merayakan hari kekasih ataupun lebih glemer sebagai Valentine's Day..
alhamduillah, saya sempat mengikuti program ni sehingga akhirnya..
kupasan dan penghayatan yang menarik yang diberikan oleh Ustz, Syed Norhisyam Tuan Padang sebagai panel..
akhir kate, USt berpesan, kepada anak2 muda belia yang menonton program ini, termasuk diriku..
untuk menyampaikan ilmu2 yang diperolehi kepada teman2 di luar sana yang tidak mengikuti program ini..
maklumlah, bukan semua yang berminat untuk mengikuti program sebegini kan..
jadi, dengan ilmu yang saya pelajari ni, ingin saya kongsikan sebahagian dari apa yang saya perolehi dari apa yang telah ust sampaikan..
sebenarnya, da seminggu pun rancangan ni ditayangkan, mungkin apa yang saya sampaikan nanti tidaklah 100% menepati, tapi harap maksud dan mesej yang ingin disampaikan, dapat dihayati bersama..:)
insyaAllah..
VALENTINE"S DAY..
sebut je, 14 Februari..saya pasti..remaja kita hari ini lebih mengerti apa yang ada di sebalik tarikh ni..
hari yang menjadi titik kasih bagi pasangan pasangan kekasih untuk melafazkan rasa cinta dan kasih mereka sepenuh hati.." be my valentine"..ucapan yang selalu digunakan oleh pasangan2 kekasih yang meraikan hari ini..segala perasaan cinta akan diluah tanda memperingati kekasih hati tentang kisah percintaan mereka...
malah, ada yang menjadikan hari ini sebgai tarikh rasmi untuk 'declare' atau mengesahkan hubungan cinta dengan kekasih hati, ada juga yang menjadikan tarikh ini sbg hari memeterai kasih mereka dengan perkahwinan dan sbgnya....soo sweet~~..>_<'
astargfirullahhalazim...
pernahkah kita tahu apa sebenarnya yang ade di sebalik tarikh ini??
dari mana asal usul nye??
HISTORY
mengikut, Katholik Encyclopedia : ada 3 versi yang berkaian dengan hari Valentine:
- Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi. Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.
- Pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.
- Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
~portal PTS~
terbukti,
perayaan ini langsung berkaitrapat dengan agama kristian..
tapi, kenapa masyarakat kita hari ini, lebih lebih lagi golongan remaja amat mengagung agungkan
'hari kekasih ' ini..
ini lah bentuk serangan akidah yang dicipta kaum yahudi terhadap umat islam kini.
malah, para remaja kita dengan membuta tuli tanpa mengambil tahu asal usul kewujudan hari kekasih ini, menyambut nya tanpa sedikit pun keraguan tentang hukum meraikannya....
BUKA MATA!
jika dipandang dari aspek sejarah kewujudan 'hari kekasih'..perayaan ini langsung tidak relevan dengan agama kita,inikan pula
jika melihat dari segi apa yang dilakukan pada hari tersebut, comfem2lah..
ibarat, 'sudah terang lagi bersuluh', umat islam yang menyambutnya sudah pasti bergelumang dosa...
tambah pula, sikap remaja hari ini yang semakin berani berdepan dengan permasalahan sosial .. mereka melakukan apa sahaja yang mereka inginkan mengikut hawa nafsu dan sanggup berdepan dengan akibat dari perbuatan yang telah mereka lakukan..
lihat sajelah, pembuangan bayi, seks luar nikah yang semakin berleluasa di negara kita ni..
mereka seolah - olah tiada pegangan..tanpa rasa takut akan dosa dan azab yang menanti akiba perbuatan itu..
kajian juga menunjukkan, ramai anak luar nikah dilahirkan pada bulan, SEPTEMBER..OKTOBER
kenape?
kerana, mengikut kiraan, jika mereka melakukan hubungan seks pada malam tahun baru, dan valentine..selepas 9 bln,mereka akan melahirkan baby pada bulan2 tersebut..ish..:(
scary..kan?..:((
naudzubillahimin zalik..
KENAPA DILARANG ??
- Perayaan ini disambut oleh penganut agama kristian..kita dilarang menyerupai sesuatu kaum yang lain.....
Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu ‘Umar, ia berkata bahwa Rasulullah bersabda :
“Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka.”
Hadits di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara dhahir menunjukkan bahwa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana tersebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:
“Barang siapa di antara kamu yang berteman dengan mereka,maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka.”
Hal ini sejalan dengan hadits yang diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr bahwa Nabi bersabda:
“Barang siapa menetap di negeri kaum musyrik dan ia mengikuti hari raya dan hari besar mereka, serta meniru perilaku mereka sampai mati, maka kelak ia akan dikumpulkan bersama mereka di hari kiamat.” (HR. Baihaqi)
2. Menggalakan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita serta menghampiri zina..
Firman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh satu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk"
(Surah Al-Isra':32)
3) Salah satu bentuk serangan akidah dari Yahudi dan Nasrani terhadap umat islam..
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
(surah Al-Baqarah : 120)
STOP doing THIS!
# menjadikan tarikh 14 FEB sebagai hari memperingati kekasih.
# memberi hadiah kepada pasangan kekasih di hari ini. (haram!)
# mengucapkan ucapan kasih dan sayang sempena valentine.
BAGAIMANA SOLUSINYA??
1) Peranan ibu bapa dalam menasihati anak2 masing2..pantau pergerakan mereka.
2) didik anak2 dengan agama seawal usia mereka.
3) memantau pergaulan anak2 lihat dengan siapa mereka berkawan.
4) para pendakwah mainkan peranan dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.cth : khutbah jumaat, usrah dsbgnya.
5) tegur menegur sahabat, keluarga dengan penuh kesabaran.
6) sentiasa berkasih sayang antara keluarga sepanjang waktu, bukan pada hari tersebut sahaja.
7) hapuskan kewujudan hari valentine pada 14 FEB..there's no more valentine on 14 feb.
::KONKLUSI ::
Islam menggalakkan umatnya berkasih sayang antara satu sama lain. Namun, kasih sayang ini haruslah dbajai dengan keimanan dan ketaqwaan yang menetap dalam setiap hati.
hiasi sanubari dengan 3 cinta dalam ISLAM :
~CINTA ALLAH KEPADA HAMBANYA..
~CINTA HAMBA KEPADA PENCIPTANYA..
~ CINTA MAKHLUK SESAMA MAKHLUK CIPTAANYA.
cinta adalah anugerah ILLAHi yang suci, jagalah kesucian cinta ini.
cintailah DIA yang MAHA MENCINTAI..
dan,
bersedialah!! to say NO to VALENTINE"S DAY!!
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah :120)
ya ALLAH..
kami mohon..agar kami dilindungi dari segala fitnah dunia ini..
beri kami kekuatan untuk menempuh mujahadah ini dengan redhaMU..
~amiin~
jaga kesucian cintaNYA
~cahaya~
-130211,11.45pm-





2 comments:
thanks ling :) td baru tgk ulangan halaqah tu :) semoga kita dilindungi-NYA.. aminn..
tenkiu for de visit..:)
Post a Comment