bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwbt..
salam sayyidul ayyam buat para sahabat sekalian..:)
Pertamanya, mohon maaf jika tajuk yang tertera itu, adalah sangat tidak enak untuk dibaca mahupun dipandang..
namun, rasenye itulah tajuk yag sesuai untuk kisah yang akan saya ceritakn sebentar lagi..
ilham ini, ditaja oleh, ..... hehe..
taklah,
apa yang saya tulis ni sebenarnya, apa yang saya peroleh dari sesi ' short tazkirah' di tempat keja pagi tadi..
satu info atau ilmu yang sangat bermanfaat dan baru bagi saya..
ALHAMDULILLAH..
terima kasih, kerana diberi peluang untuk bersama sahabat sahabat se-tazkirah sekalian, dalam satu majlis ilmu yang disampaikan oleh UST. Johari..
dan,dirujuk dari ' Kitab Umdatul Ahkam'..
jadi, sekadar menyampaikan sedikit pemahaman dan penghayatan tentang ilmu ini kepada sahabat sahabat yang sudi menjenguk blog hamba ini..tenQ.:)
orang MELAYU vs Anjing??
salah faham orang Melayu dan Anjing..!!
sahabat, tolong jangan salah faham dulu,
niat saya bukan untuk menyamakan orang melayu dan anjing... ( ish,..tak logik la kan..)
tajuk ni hanya nak menampakkan betapa anti- nya orang melayu kepada anjing..
kenapa orang melayu??
sebab :
- orang melayu adalah orang islam..
- dan hanya agama islam yang mengharamkan umatnya kepada dua binatang ini..anjing dan khinzir.
tapi, sebelum menilai ape2, hayati dulu apa yang ingin saya kongsikan ini!!
anjing?
tentu kita semua tahu apa itu anjing kan??
mengikut pahaman agama islam juga, ketika kita belajar kelas agama pada waktu sekolah rendah dahulu, anjing adalah binatang haram untuk disentuh apatah lagi dimakan...
terkena najisnya, gigitannya juga dikira sebagai najis mughallazah..
hukum untuk mengangkat najis ini perlu samak dengan basuhan 1 kali air tanah, dan dibilas dengan 7 kali basuhan air yang bersih..
kita juga mesti pernah mendengar tentang pemahaman
"basah- basah"," kering -kering",basah-kering".dsbgnya..
paham x maksud ni??
ok,macam ni..
basah - basah : maksudnya, bila tangan kita basah, menyentuh bulu anjing yang basah, hukumnya wajib samak.
kering - kering : bila tangan kita kering, bulu anjing itu kering, hukumnya tak perlu samak.
ataupun,
kering-basah : tangan kita kering, tapi bulu anjing basah,atau sebaliknya , hukumnya wajib samak.
ni la contoh, cara kita menghafal hukum bagi najis mughalazzah ini mase sekolah2 dulu kan??
dan macam inilah, pemahaman yang kita bawa dari dulu sampai sekarang..
tambahan lagi, orang melayu macam kita..termasuk diriku ini,
confem-confemla kita mengambil berat tentang hal ni kan..??
malah, bila tengok anjing je, kita da rasa takut semacam..menjijikkan..
yela, mesti kita rasa jijik kan,..sebab memang dari kecik sampai la ni, mak ayah kita memang suruh/ ajar kita benci dengan anjing ni..sama la jugak dengan satu lagi binatang yang dikaitkan dengan najis ini iaitu, khinzir...memang kita dah set mind bahawa kedua2 binatang ini haram di sisi agama..
ye, ini adalah fakta..
tapi, kawan2..
sebenarnya..
kita belum habis belajar ilmu tentang hukum yang berkaitan dengan binatang binatang ini, khususnya anjing..
disini, saya khususkan kepada anjing ..
hadis nabi :
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:" Membersihkan bejana yang dijilat anjing itu adalah dengan membasuhnya (dengan air mutlak) sebanyak tujuh kali dan basuhan yang pertama mestilah bercampur dengan tanah (yang suci). (riwayat Muslim)
mengikut hadis yang diaca Ust. Johari pagi tadi, dia menjelaskan :
ada dua perkara, apabila dijilat anjing, perlu samak :
1) bejana (pinggan/mangkuk)
2) tubuh badan. (dar beberapa ulama' lain)
cara samak :
1) 1 kali air campuran tanah + 7 kali basuhan air mutlak.
2) 7 kali basuhan air mutlak dan diakhiri dengan 1 kali air campuran tanah.
* diingatkan juga, hanya AIR TANAH yang boleh digunakan..tidak boleh menggunakan bahan2 sepeti sabun yang dibuat dari tanah atau sebagainya..
* diingatkan juga, hanya AIR TANAH yang boleh digunakan..tidak boleh menggunakan bahan2 sepeti sabun yang dibuat dari tanah atau sebagainya..
Imam Nawawi : bahagian manakah pada seekor anjing yang dianggap najis mughollazah.??
jawapan : lidah, air liur, dan mulut.
jadi,
selain dari bahagian tersebut, seperti
bulu, najis, dan yang lain2 cukup sekadar membasuhnya dengan sabun sahaja. tidak perlu samak..
juga, dibenarkan untuk bela anjing, tapi dengan syarat :
1) untuk tujuan keselamatan.
2) untuk dilatih dalam pemburuan.
ermm...
, teringat pulak satu kisah..
ini kisah benar
yang memang ade kait mengait dengan hal ni,
alkisah, p.cik saya kat klang, yang selalu merungut tentang penyewa yang menyewa umah die yang suka membela haiwan..kucing, burung2 sume ade..dan termasuklah, anjing.
so, ape lagi..
memang selalu mengumpat pasal dia la..
sebab suka bela anjing, sehinggakan memandang dia dan familinya sebagai keluarga pelik dan kotor.
ye, ngaku jugak memang menggelikan la, bila hari2 tengok anjing tu lepak depan umah die, dah macam tuan dia dah..malah, diorang bagi makn n biarkan je anjing tu di depan umah..
mula 2 tu pikir, maybe dia nak suruh jaga umah dia kan..hum..
tapi tu la, kita, orang melayu memg mind set dah lihat anjing tu kotor dan menjijikkan..so, xleh terima la..
tapi, skg..
p.cik saya dah ambik balik umah tu dan tinggal kat situ..
memang totally diubah, renovate la..
dan dibasuh totally...a.k.a 'samak'..
erm, selama ni..sebelum tahu hal ni, memang saya melihat tindakan penyewa tu memang tak logik dan pelik..
tapi, bila dah belajar tentang ni baru tahu..rupanya..xsalah..
mungkin dia terlalu sayangkan haiwan2 dan membela anjing tersebut atas dasar keselamatan..
tambahan lagi,
bila saya minta bantuan dari p.cik google tentang hal ni,
terjumpa satu blog yang ada article yang menceritakan tentang hal ini..
blog ini banyak menceritakan perihal anjing ini..
jom ziarah disini..!!
subhanallah..
mula2 buka blog ni, amat terkejut,dengan gambar dan kandungannya.
namun.
bile meneliti setiap penerangan yang diberi,..
ternyata, sangat bermanfaat untuk dihayati..
namun begitu,
kita harus juga berwaspada..!!
hal ini juga harus dibatasi..
tindakan kita haruslah berlandaskan hukum syarak yang betul..
walaupun membela anjing ini dibenarkan, tapi harus ingat!!.
terdapat perkara yang dilarang Nabi Muhammad saw dalam hal ini..
Memelihara Anjing Tanpa Ada Keperluan..
Termasuk yang dilarang oleh Nabi ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada suatu keperluan.Banyak kita ketahui, ada beberapa orang yang berlebih-lebihan dalam memberikan makan anjingnya.Ada pula yang kita saksikan orang-orang yang tidak cukup membiayai anjingnya itu dengan hartanya untuk melatih anjing, bahkan seluruh hatinya dicurahkan kepada anjing itu, sedang dia acuh tak acuh terhadap kerabatnya dan melupakan tetangga dan saudaranya.
Adanya anjing dalam rumah seorang muslim memungkinkan terdapatnya najis pada bejana dan sebagainya karena jilatan anjing itu.
Dimana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Apabila anjing menjilat dalam bejana kamu, maka cucilah dia tujuh kali, salah satu di antaranya dengan tanah. " (Riwayat Bukhari)Sebagian ulama ada yang berpendapat, bahwa hikmah dilarangnya memelihara anjing di rumah ialah: Kalau anjing itu menyalak dapat menakutkan tetamu yang datang, bisa membuat lari orang-orang yang datang akan meminta dan dapat mengganggu orang yang sedang jalan.
Rasulullah s.a.w. pernah mengatakan:
"Malaikat Jibril datang kepadaku, kemudian ia berkata kepadaku sebagai berikut: Tadi malam saya datang kepadamu, tidak ada satupun yang menghalang-halangi aku untuk masuk kecuali karena di pintu rumahmu ada patung dan di dalamnya ada korden yang bergambar, dan di dalam rumah itu ada pula anjing. Oleh karena itu perintahkanlah supaya kepala patung itu dipotong untuk dijadikan seperti keadaan pohon dan perintahkanlah pula supaya korden itu dipotong untuk dijadikan dua bantal yang diduduki, dan diperintahkanlah anjing itu supaya dikeluarkan.
(Riwayat Abu Daud, Nasa'I, Tarmizi dan Ibnu Hibban)Anjing yang dilarang dalam hadis ini hanyalah anjing yang dipelihara tanpa ada keperluan.
Memelihara Anjing Pemburu dan Penjaga, Hukumnya Mubah
Adapun anjing yang dipelihara karena ada kepentingan, misalnya untuk berburu, menjaga tanaman, menjaga binatang dan sebagainya dapat dikecualikan dari hukum ini. Sebab dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain,Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa memelihara anjing, selain anjing pemburu atau penjaga tanaman dan binatang, maka pahalanya akan berkurang setiap hari satu qirat." (Riwayat Jamaah)Berdasar hadis tersebut, sebagian ahli fiqih berpendapat, bahwa larangan memelihara anjing itu hanya makruh, bukan haram, sebab kalau sesuatu yang haram samasekali tidak boleh diambil/dikerjakan baik pahalanya itu berkurang atau tidak.
Dilarangnya memelihara anjing dalam rumah, bukan berarti kita bersikap keras terhadap anjing atau kita diperintah untuk membunuhnya.
Sebab Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Andaikata anjing-anjing itu bukan umat seperti umat-umat yang lain, niscaya saya perintahkan untuk dibunuh." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)Dengan hadis tersebut Nabi mengisyaratkan kepada suatu pengertian yang besar dan realita yang tinggi sekali nilainya seperti halnya yang ditegaskan juga oleh al-Quran:
"Tidak ada satupun binatang di bumi dan burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan suatu umat seperti kamu juga." (al-An'am: 38)Rasulullah pernah juga mengkisahkan kepada para sahabatnya tentang seorang laki-laki yang menjumpai anjing di padang pasir, anjing itu menyalak-nyalak sambil makan debu karena kehausan. Lantas orang laki-laki tersebut menuju sebuah sumur dan melepas sepatunya kemudian dipenuhi air, lantas minumlah anjing tersebut dengan puas.
Setelah itu Nabi bersabda:
"Karena itu Allah berterimakasih kepada orang yang memberi pertolongan itu serta mengampuni dosanya." (Riwayat Bukhari)
ALHAMDULILLAH..
mendapat sedikit gambaran jelas tentang hal ini..
terlihat,
islam bukan sahaja memelihara hak hak manusia, tetapi juga hak hak haiwan..
haiwan haiwan ini juga adalah makhluk ciptaan Tuhan..
akhir kata,
inilah hakikat..
masih banyak ilmu yang belum diterokai..
insyaALlah..
moga ALLAH pimpin jalan ini..
untuk terus mencari ilmu sebagai panduan diri..
sekian..
credit to sumber rujukan :
Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi
Alih bahasa: H. Mu'ammal Hamidy
Penerbit: PT. Bina Ilmu, 1993
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi
Alih bahasa: H. Mu'ammal Hamidy
Penerbit: PT. Bina Ilmu, 1993
moga peroleh manfaat,
~cahaya~
::110211, 10.00pm::


No comments:
Post a Comment